Hotel

Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Review

Hotel Seri Malaysia Kepala Batas ni sebenarnya last option selepas Hotel Jannah dan Hotel Kamelia penuh. Geram juga sebab tak book awal awal. Mula mula, saya fikir tak ada lah ramai sangat, sebab kat parking tak banyak kereta pun berbanding dengan sebelum ni, tapi penuh pula.

Adoi. Erm tak apa lah. saya memang kena menginap di area situ, sebab training saya di sana.

Dan bila suruh wife saya google semula, terjumpa la Hotel Seri Malaysia. Pilihan pertama kalau ada homestay di kawasan sekitar sana. Sebab memang banyak rumah situ, tapi rasanya memang akan cecah 300 kan? Buka nya ramai pun, saya dengan isteri sahaja.

Lantas, kami pun pergi lah ke Hotel Seri Malaysia.

Saya Tak Suka Hotel Seri Malaysia

Bila sebut sahaja hotel seri malaysia, walaupun ia memang memudahkan, sebab di mana mana pun ada. Hotel seri malaysia juga, antara hotel yang luas bilik nya. Anda pergi mana sahaja semua akan nampak luas. Antara nya, Hotel Seri Malaysia untuk cawangan Genting Highlands.

Tapi itu lah, luas sahaja belum tentu OK, sebab hotel ni pasti akan ada peralatan yang usang.

Tu yang saya malas tu.  😊

2 Problem Saya di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

Air Tak Laju + AirCon Usang

Saya ingatkan, bilik saya sahaja yang air slow, OK lah kot, mungkin sebab bilik saya ni di tingkat 6, yang paling atas sekali. Rupanya, banyak juga review review oleh pelanggan lain ulang ayat yang sama. Wife saya lah nampak, saya tak perasan.

Tak apa lah, janji ada air kan.

Tapi yang paling rimas, air con tak cukup power. Mungkin kena cuci ke apa kan. Bukan masalah horse power tau. kalau tak silap, air con tu dalam 1.0 hp kot. Tak kesah lah berapa, tapi saya rasa tak ada masalah pun kalau hotel tu 1.0 hp. Yang penting berfungsi dengan baik. Itu sebab la bilik tersangat lambat nak jadi sejuk. Dan tak boleh pun nak sejuk sejuk sangat.

Sabar je lah ya.

Apa Yang Saya Suka Pula?

Ikutkan pengalaman saya bila menginap di Hotel Seri Malaysia, untuk mana mana cawangan sekali pun. Pastikan akan ada 3 perkara ni yang buatkan saya sangat puas hati.

  1. ruang bilik hotel yang luas
  2. breakfast yang best
  3. kemudahan yang bakal kita dapat,  walaupun kadang tu agak usang.

Contoh peti sejuk mini, dulu masa mula mula duk menginap hotel ni, memang saya tak berapa nak guna sangat peti sejuk mini ni. Tapi sekarang baru lah rasa cerdik nya sikit.

Untuk breakfast pula, lain dengan hotel hotel yang lain. Bila hotel seri malaysia yang sediakan dah macam resort punya makanan. Sebab banyak. Pilihan pun pelbagai. Contoh, seperti yang saya nginap di kepala batas ni dan juga di Genting Highlands.

Oh ya, hotel seri malaysia juga kebanyakannya ada personal iron board sendiri. Tak perlu nak sewa atau terpaksa iron di luar.

Cuma, itu lah, air tu memang la slow. Tekanan rendah, tapi rasanya time petang sahaja. Atau mungkin sebab tingkat yang saya nginap yang paling tinggi? entah lah. Time pagi pagi tu ok lagi, yang nak naik ke petang yang masalah nya tu. Tapi yang paling problem bagi saya ialah air con yang usang. Lambat betul nak sejuk. Bunyi bising sikit tu boleh tahan lagi lah.

Oh ya, wife saya tambah, apa yang dia tak suka di Hotel Seri Malaysia ialah:

  • sinki tak ada yang paip untuk air panas
  • hair dryer tak ada ( saya tak guna pun ni )

 

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!