Langkawi

Bawa Kereta ke Langkawi

Percutian ke Pulau Langkawi memang menjadi idaman setiap orang. Mana tidaknya, permata negeri Kedah ini menyimpan 1001 keseronokkan. Tarikan pelancongan di Langkawi meliputi aktiviti pantai, keindahan alam sekitar, tempat bersejarah, serta pusat membeli-belah bebas cukai. Untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, agak susah untuk bergerak. Jadi jalan terbaik adalah bawa kereta ke Langkawi.

Ada yang beranggapan bawa kereta ke langkawi ini agak leceh. Sebenarnya tidak sama sekali. It is hustle free. Sebab setibanyak anda di sana kelak, sudah tidak perlu pening kepala memikirkan urusan pengangkutan untuk ke tempat menarik.

Apatah lagi tambang teksi dan Grab agak tinggi terutama bagi mereka yang mempunyai anak ramai. Lagi pula kos minyak kereta ke Langkawi tidaklah tinggi jika dibandingkan dengan menaiki teksi.

Jadi dalam artikel ini kami akan kongsikan bagaimana cara dan bajet yang perlu anda sediakan sekiranya ingin bawa kereta ke Langkawi.

Cara ke Langkawi dengan kereta

Satu-satunya cara untuk bawa kereta ke Langkawi adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri yang mengangkut kenderaan ke sana. Terdapat DUA syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu

  • Langkawi Auto Express
  • Langkawi RO-RO

Anda perlu bertolak dari Jeti Kuala Perlis dan akan turun di Dermaga Tanjung Lembung, dan bukannya Jeti Kuah.

Tempah tiket feri kenderaan

Cara terbaik adalah membuat tempahan secara online. Ini kerana permintaan sangat tinggi. Bukan hanya pelancong tetapi rakyat Langkawi sendiri yang berulang alik dari pulau ke tanah besar.

Tempahan boleh di buat melalui laman web rasmi syarikat feri:

Elakkan beli tiket setibanya anda di sana kerana jika tidak bernasib baik anda memang tak dapat naik kerana memberi laluan kepada mereka yang membuat tempahan awal. Cuba bayangkan betapa ramainya yang bawa kereta ke Langkawi pada hari minggu. Lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.

Harga tambang feri ke Langkawi dengan kereta

Tambang berbeza mengikut jenis kereta. Contohnya jika memandu MPV agak tinggi berbanding kereta jenis sedan. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk kadar tambang dan jenis kereta anda.

Tambang kenderaan

  • Kereta sedan bawah 1500 cc : RM156/RM302 (sehala/pergi-balik)
  • Kereta sedan bawah 2000 cc : RM186/RM352 (sehala/pergi-balik
  • Kereta sedan bawah 2000 cc : RM226/RM432
  • MPV / 4WD bawah 2000 cc: RM206/RM392

Tambang Penumpang

  • Dewasa: RM18/RM36 (sehala/pergi-balik)
  • Kanak-kanak : RM13/RM26

Tiket dah beli, apa yang perlu anda lakukan seterusnya?

Pastikan anda tiba lebih awal dari masa berlepas. Setibanya di sana, terus ke kaunter dan tunjukkan bukti tempahan dan dokumen yang diperlukan. Anda kemudian akan diberikan tiket untuk menaiki feri.

Anda kemudian dibenarkan ke pintu untuk membawa kenderaan masuk dalam feri.  Untuk pengetahuan, penumpang tidak dibenarkan berada dalam kereta sepanjang perjalanan ke sana. Terdapat tempat duduk selesa (free seating) untuk penumpang.

Pada waktu ini, anda boleh menyaksikan pemandangan melalui tingkap ataupun menonton filem yang ditayangkan di skrin. Kalau bosan, penumpang boleh ke dek atas untuk lihat pemandangan indah.

Kemudahan dalam feri:

  • Surau
  • Tandas
  • Kedai runcit

Tidak seperti menaiki feri biasa, perjalanan feri yang membawa kereta ke Langkawi mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

Untuk warga kota, ramai yang memilih dari Kuala lumpur ke Langkawi naik kereta sahaja. Maklumlah, keluarga besar dan masing-masing memasang niat untuk shopping di Langkawi.  Banyak coklat dan pinggan mangkuk yang perlu di beli. Bila lagi nak merasa shopping barangan bebas cukai kan?

Dalam pada itu, saya senaraikan juga harga tiket feri ke Langkawi yang tidak membawa kereta.

Harga tiket feri Langkawi 2019 dari Kuala Perlis

Pergi & balik/ dua hala

  • Dewasa (12 tahun ke atas) – RM36
  • Kanak-kanak (3 – 11 tahun) – RM26
  • Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma (tiada tempat duduk)

Tempoh perjalanan: 1 jam 15 minit

Okay, bagi mereka yang sedang merancang untuk bawa kereta ke Langkawi, semoga artikel ini dapat membantu anda. Selamat bercuti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!