Resort

Tok Aman Bali Resort Harga Bilik

Untuk pengetahuan anda Tok Bali merupakan salah satu tempat peranginan tepi pantai yang popular di Kelantan. Kedudukan pantainya yang dekat dengan Terengganu membuatkan berkongsi keindahan persisiran pantai yang sama dengan Terengganu. Maka, terdapat banyak resort di Tok Bali, Kelantan yang menarik untuk di inap. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, kami syorkan anda menginap di Tok Aman Bali.

Tok Aman Bali terletak kira kira 51.2km, dan mengambil masa sekitar 1 jam 5 minit dari Kota Bharu.

Mewah, mempunyai persekitaran yang menari, luas, betul-betul di tepi pantai, dan jauh dari kesibukan bandar menyembabkan resort ini sentiasan menjadi pilihan pengunjung.

Tok Aman Bali merupakan resort bertaraf empat bintang, dan sudah pasti ia memiliki segalam macam kemudahan tersedia buat pelanggan. Dari segi keselesaan, jangan ceritalah, memang tip top!

Empat jenis bilik mewah tersedia untuk anda pilih. Setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya adalah

  • Double Deluxe Room with Lake View
  • Deluxe Triple Room with Lake View
  • Deluxe Twin Room with Lake View
  • Deluxe King Room with Lake View.

Setiap bilik mempunyai long bathtub yang elegan lagi mewah dan individual shower. Peti sejuk mini turut tersedia untuk anda menyimpan air minuman. Lebih sedap jika diminum sejuk pada cuaca panas bukan?

Selain itu kemudahan lain seperti peralatan membancuh kopi, meja tulis, hair dryer, DVD player, dan tv LCD berserta beberapa saluran Astro terpilih untuk tontonan anda.

Tarikan utaman Tok Aman Bali sudah semestinya kolam renangnya yang terbentang luas. Berbeza dengan resort lain yang meletakkan kolam renang di belakang , swimming pool Tok Aman Bali terletak dihadapan dan boleh dilihat dari jalan besar. Mungkin juga faktor inilah yang menjadi daya penarik resort ini.

Kolam renang terbuka ini memang sesuai untuk kanak-kanak memandangkan dua buah gelongsor dibina yang terus menuju ke dalam kolam. Kami pasti anak-anak kecil akan gembira berenang di sini.

Selain berenang dalam kolam renang, banyak lagi aktiviti menari yang disediakan Tok Aman Bali. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah:

  • Memancing
  • Menaiki buggy car
  • Berbasikal
  • Berkayak
  • Pedal bot
  • Paint ball
  • Water ball

Pendek kata, anda tidak akan bosan sekiranya bercuti di sini kerana masa anda akan diluangkan dengan melakukan aktiviti berkualiti dengan yang tersayang.

Pakej Tok Aman Bali Resort

Memandangkan resort ini bertaraf empat bintang, maka harga biliknya sudah tentu lebih mahal. Tetapi percayalah harga yang ditetapkan memang berbaloi dengan servis yang bakal anda rasai. Anda boleh semak harga bilik Tok Aman Bali di Trivago.

  • Deluxe Room – RM298
  • Deluxe Triple – RM358
  • Family Room – RM598
  • Suite – RM598

Gambar Tok Aman Bali Resort

Anda boleh lihat sendiri keindahan dan mewahnya resort ini melalui gambar di bawah:

Kemudahan: Wifi, parking percuma, restoran, gimnasium, spa, taman permainan, room service.

Jarak dengan tempat menarik

  • Pasar Siti Khadijah – 53km, 1 jam
  • Aeon Mall – 51.2 km, 1 jam 2 minit
  • Pasar Wakaf Che Yeh – 47 km, 59 minit
  • Bazar Tok Guru –  50 km, 1 jam

Alamat: 6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Kelantan (Google Maps Location)

Terdapat sebuah lagi resort seumpamanya di kawasan berdekatan iaitu Sudara Beach Resort. Kawasan resort ini cukup luas, sesuai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti outdoor kerana di sini anda boleh menunggang kuda dan memancing. Kolam renang turut disediakan.

Jika anda inginkan chalet murah di Tok Bali, kami cadangkan anda menginap di Sweet Beach Resort yang hanya 11 minit pemanduan dari Tok Aman Bali. Di sana kemudahan agak terhad tetapi turut menjanjikan keselesaan anda sekeluarga.

Jika anda sedang merancang untuk Tok Bali dan mempunyai bajet lebih, pilihlah untuk menginap di sini. Anda boleh pilih pakej Tok Aman Bali Resort yang sesuai dengan peruntukkan dan kapasiti. Kami yakin anda pasti tidak akan kecewa akan servis, aktiviti, dan keselesaan yang ditawarkan resort ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!