Resort

Senarai Resort Menarik di Kelantan

 

Seperti yang kita sedia maklum, negeri Kelantan adalah satu dari tiga buah negeri ‘Pantai Timur’ yang menghadap Laut China Selatan. Sudah pasti banyak resort atau chalet menarik di sepanjang persisiran pantai negeri ini.

Dari Pantai Cahaya Bulan hinggalah ke Tok Bali yang berdekatan dengan Terengganu, ada pelbagai resort menarik yang anda boleh pilih.

Tapi sebelum ke sana kita perlulah buat research dulu. Tengok yang apa yang best ditawarkan oleh setiap resort. Tempat menarik yang berdekatan pun perlu diambil kira. Dan yang paling penting berapa bajet percutian anda.

Jadi, kami akan senaraikan beberapa buah resort menarik di Kelantan. So, anda boleh pilih resort yang dekat dengan lokasi yang dituju dan mengikut kemampuan anda.

Okay, kami mulakan dengan resort di Tumpat dan Pantai Cahaya Bulan dahulu, kemudian kita turun ke Bachok.

Sekitar Tumpat

Maena Water Chalet (RM140 – Booking.com)

Terletak di Tumpat, Maena Water Chalet ini adalah penginapan di tepi sungai. Walaupun agak jauh dengan pusat bandar dan lapangan terbang, Maena Water Chalet menjanjikan kamar selesa, pemandangan mengagumkan, serta penuh dengan aktiviti outdoor yang menarik. Nah, anda tengok sendiri kemudahan dan aktiviti yang aboleh dilakukan di sini.

Nak shopping? Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor Cuma 1.1km dari chalet ini. Di sini bolehlah anda membeli-belah sepuasnya kerana barang yang dijual cukup murah.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Pasar Siti Khadijah – 26km
  • Aeon Mall – 25km

Cerana Villa Resort & medan Ikan Bakar (RM75 – Agoda)

Resort ini berkonsepkan kampung dan alam semula jadi. Harga pun bawah RM100, so tak mewah sangat. Kami kategorikan sebagai resort murah di Kelantan. Tapi selesa dan cukup dengan kemudahan asas. Terletak di Jalan Raja Sakti dan memakan masa kira-kira 20 minit untuk ke pusat bandar. Penulis cadangkan supaya anda cuba hidangan seafood di Restoran Terapung di sini.

https://www.agoda.com/cerana-villa-resort-medan-ikan-bakar/hotel/kota-bharu-my.html?cid=-164

Kemudahan – Mesra kanak-kanak, restoran, chalet dan asrama, dewan.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Bazar Tok Guru – 11km
  • Kampung Kraftangan – 11km
  • Muzium Kelantan – 10km

Sekitar Pantai Cahaya Bulan

PCB Resort (RM125 – Agoda)

PCB PCB Resort merupakan antara yang paling popular di Pantai Cahaya Bulan. Di sini, kemudahannya boleh dikatakan cukup. Wifi dan breakfast tu semua ada. Tak dapat mandi pantai? Jangan risau, di sini kolam renang besar disediakan. Chalet disediakan agak luas. Dengan harga RM125 di Agoda, ia sesuai untuk yang datang berdua, dengan keluarga, mahupun atas urusan kerja.

http://pcbresort.com.my/

Kemudahan – Swimming pool, restoran, Wifi

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Airport – 3.8km
  • Pasar Siti Khadijah – 8.3km

Perdana Resort

Resort ni terletak betul-betul di tepi pantai. Mula beroperasi sejak 1990, ia menjadi salah satu pilihan utama pelancong kerana kawasan dan chaletnya agak luas. Disebabkan anda tidak boleh bermandi manda di pantai kerana ombaknya yang besar, boleh berenang di swimming pool yang disediakan. Anak-anak pasti suka. Perdana Resort menyediakan restoran dan gift shop untuk anda yang bercadang ingin membawa pulang cenderamata.

https://www.hotelscombined.com/Hotel/Perdana_Beach_Resort.htm

Kemudahan – Swiming pool, Wifi, restoran, aktiviti outdoor

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Pasar Siti Khadijah – 10km
  • Kampung Kraftangan – 9.7km
  • KB Mall – 16km
  • Bazar Tok Guru – 11km

Home Beach Village Resort

Terletak di tengah-tengah antara PCB dan pusat bandar. Bonus jika anda ingin jalan-jalan di kedua tempat ini. Kami yakin anda akan selesa bermalam di resort dua bintang ini. Lebih-lebih lagi jika datang membawa keluarga besar.

https://www.agoda.com/home-beach-village-resort/hotel/kota-bharu-my.html?cid=-164

Kemudahan – Swimming pool, Wifi, memancing, family room

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Airport – 4.2km
  • Aeon Mall – 13km
  • Pusar bandar – 11.6km

Resort di Bachok

Bayu Melawi Chalet (RM110 – Booking.com)

Dikelilingi pokok kelapa dan pasri memutih, Bayu Melawi Chalet terletak di Kampung Sungai Dua iaitu 28km dari Kota Bharu. Chalet yang berada di tepi Pantai Melawi, Bachok ini tidaklah mewah. Tapi cukup untuk menghilangkan kepenatan setelah seminggu berkerja keras.

https://www.agoda.com/bayu-melawi-chalet/hotel/kota-bharu-my.html?cid=-164

Kemudahan – Mini swimming pool, Wifi, tv satellite, aircond.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Airport – 23km
  • Jeti Kuala Besut – 25km

Sudara Beach Resort

Resort berlandskap indah ini terletak di Tok Bali. Kawasan resort ini cukup luas, sesuai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti outdoor kerana di sini anda boleh menunggang kuda dan memancing.

https://www.booking.com/hotel/my/sudara-beach-resort.html

Kemudahan – Swimming pool luas, Wifi, pusat spa & kesihatan, restoran, kawasan pantai peribadi, BBQ, memancing, karaoke.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Airport – 37km
  • Pusat Bandar – 37km
  • Besut- 21km

Villa Danialla (RM350 – Booking.com)

Ingin bercuti sambil menghirup udara pantai yang segar di tempat eksklusif? Villa Danialla tidak akan mengecewakan anda. Dekorasi dan kedudukannya di persisiran pantai Tok Bali menjadikan resort ini benar-benar terserlah. Malah, anda pasti akan terpukau akan infinity pool yang menghadap Pulau Perhentian dan Laut China Selatan ini. Padanlah, ia sentiasa menjadi pilihan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Harganya agak tinggi, tapi bila tengok rating pelanggan semua bagi respon yang positif.

https://www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g298285-d1787712-i110366425-Villa_Danialla_Beach_Resort-Kota_Bharu_Kelantan.html
https://www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g298285-d1787712-i110366425-Villa_Danialla_Beach_Resort-Kota_Bharu_Kelantan.html

Kemudahan – Swimming pool, sauna, Wifi, menunggang kuda, laundry service, tv satellite, restoran, private beach.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Pasar Tok Bali – 5km
  • Jeti Kuala Besut – 18km
  • Sultan Ismail Airport – 30km
  • Kota Bharu – 40km

Tok Aman Bali (RM138 – Agoda)

Satu lagi resort mewah dan terkenal di Tok Bali. Dari jauh lagi anda pasti akan nampar resort ini sebab ia terletak di tepi jalan raya. Resort ini sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang mahukan percutian mewah, selesa, dan lengkap dengan segala kemudahan. Terutamanya yang inginkan ketenangan dan menhirup udara segar pantai.

Harga yang ditawarkan serenda RM138, namun anda boleh pilih jenis dulexe ataupun suites mengikut bajet.

https://tokamanbali.reserve-online.net/about

Kemudahan – Swimming pool, breakfast, restoran, gimnasium, spa, cafe, taman permainan, arcade games, Wifi

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • Kota Bharu – 52km
  • Airport – 52km
  • Jeti Kuala Besut – 7.2km

Bukan main banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di setiap resort di Kelantan ni. Setiap daripadanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Pastikan anda bijak memilih supaya percutian anda bersama keluarga atau rakan menjadi lebih bermakna.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!