Tawau

Tempat Menarik di Tawau

Tawau merupakan salah satu daerah popular di Sabah. Untuk pengetahuan, tawau pernah dijajah Brunei pada kurun ke 15. Kemudian jatuh ke tangan Inggeris, Jepun, dan Jerman pada Perang Dunia Kedua. Disebabkan itulah Tawau mempunyai banyak tinggalan sejarah penting negara. Selain itu, daerah ini menyimpan banyak keindahan alam yang boleh anda terokai. Nak tahu di mana tempat menarik di Tawau? Teruskan membaca artikel ini.

#1 Menara Loceng Tawau

Menara Loceng ini dibina pada 1898 lagi. Ia menjadi bukti pemerintahan Inggeris di Tawau iaitu sebelum Sabah bersatu dengan Semenanjung untuk membentuk Malaysia.

Namanya sahaja Menara Loceng, tetapi loceng sudah tiada. Ia terletak di tepi jalan dan mudah dilihat oleh pengguna jalan raya.

Menara berusia lebih 100 tahun ini menjadi monumen paling tua di Tawau.

Alamat: Jalan Pejabat Pos, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#2 Teck Guan Cocoa Village & Cocoa Museum

Kalau nak tahu, Tawau merupakan pengeluar koko utama di Malaysia. Oleh itu, sebuah muzium didedikasikan khas untuk menceritakan sejarah dan pembuatan koko.

Di Teck Guan Cocoa Village & Cocoa Museum, pengujung berpeluang melihat penanaman dan pemprosesan coklat. Selain itu peralatan yang digunakan turut dipamerkan untuk tatapan anda.

Inilah masanya untuk anda lihat bagaimana dari bijih koko diproses hingga menjadi coklat yang enak.

Jangan lepaskan peluang untuk minum coklat panas dan membeli pelbagai snek berasaskan koko di sini.

Waktu operasi: 8am – 5pm | tutup pada Ahad

Harga tiket: RM20

Alamat: Mile 2, Tanjung Batu Laut, Teck Guan Factory, Tawau

#3 Pasar Gantung Tawau

Juga dikenali sebagai Centeral Market, pasar ini menjual pelbagai barangan runcit baik basah mahupun kering. Di sinilah tempat anda mendapatkan snek Sabah yang tidak boleh didapati di negeri lain.

Barangan cenderamata seperti kraftangan juga banyak dijual di sini. Pasar Gantung ini boleh dikatakan tempat membeli belah di Sabah yang popular. Terutamanya dikalangan pelancong. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli cenderamata untuk yang tersayang.

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#4 Taman Bukit tawau

Terletak kira kira 22 kilometer dari bandar tawau, Taman Bukit Tawau adalah sebahagian daripada banjaran Brassey.

Hutan simpan ini menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang penting untuk negeri Sabah.

Taman Bukit Tawau menjadi salah satu lokasi ekopelancongan di mana banyak aktiviti riadah yang boleh anda lakukan di sini antaranya:

  • Berkelah
  • Berkhemah
  • Mandi air terjun
  • Kolam air panas
  • Jungle trekking

Harga tiket: Dewasa RM4 | Kanak kanak RM2

Alamat: Tawau Hills Park, Tawau, Sabah

#5 Maliau Basin

Maliau Basin juga dikenali sebagai the Lost World of Sabag. Merupakan lokasi terbaik buat mereka yang cintakan alam sekitar. Terdapat 12 buah hutan berbeza di sini dan setiap satunya mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

Ia dikatakan berbentuk seperti sebuah besen disempadani oleh tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut.

Untuk pengetahuan, Maliau Basin juga merupakan kawasan paling banyak air terjun di Malaysia iaitu sebanyak 40 buah. Ini termasuk air terjun 7 tingkat yang indah lagi tinggi.

Tidak ada masalah sekiranya anda ini ke sini. Banyak infrastruktur yang tersedia seperti laluan pejalan kaki dan menara tinjau.

Nombor telefon: 088-486 168

#6 Hutan Simpan Bukit Gemok

Bukit Gemok merupakan sebuah lagi tempat menarik di Sabah yang harus anda lawati. Hutan Simpan ini mempunyai banyak keistimewaan.

Terdapat titian sepanjang 231 meter untuk sampai ke puncak. Segala penat lelah pasti akan hilang apabila tiba di puncak. Ini kerana anda boleh lihat pemandangan bandar Tawau.

Oh ya, Bukit Gemok ini dikelilingi tanaman pokok kelapa sawit, getak, serta koko. Ketika anda berada di atas titian, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan.

Alamat: Jalan Merotai – Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#7 Balung River Eco Resort

Balung River Eco Resort adalah lokasi percutian sempurna buat mereka yang ingin mencari ketenangan. Di sini, anda bukan sahaja dapat menikmati keindahan panorama yang menghijau, bahkan banyak aktiviti diuruskan orleh resort.

Resort ini terletak di dalam kawasan pertanian seluas 1,295 hektar. Siapa sangka kawasan pertanian seperti ini mempunyai penginapan menarik yang selesa dan mewah.

Banyak aktiviti santai yang boleh anda lakukan di resort ini seperti:

  • Bemain badminton
  • Bola sepak
  • Bermandi manda di kolam renang
  • Memancing di kolam buatan
  • Jungle trekking
  • Berkhemah
  • Bersantai di tepi anak sungai

Untuk ketahui harga, anda boleh semak laman menempah seperti Agoda dan Booking.

Alamat: Balung River; 91009 Tawau

#8 Pasar Tanjung Tawau

Sebuah lagi tempat Shopping di Tawau adalah Pasar Tanjung yang terletak di Bandar Tawau. Menempatkan kira kira 6,000 buah kedai, ia dikatakan pasar yang terbesar di Malaysia.

Aras bawah menempatkan barangan kering seperti kerepek, snek, makanan tempatan dan juga dari Indonesia. Di sinilah tempat untuk anda membeli kudapan Sabah untuk dibawa pulang.

Barangan kraftangan juga boleh didapati pada harga murah. Jangan lupa untuk tawar menawar ya?

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#9 Tawau Mural Art

Bercuti ke tempat orang memang tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke lokasi yang penuh dengan lukisan unik.

Jika anda berada di Tawau, jangan lepaskan peluang untu bergambar di mural gergasi di Jalan Persatuan.

Ia bukan sahaja mural biasa tetapi lukisan tersebut menceritakan akan keindahan dan keunikan daerah ini.

Tak susah nak cari lokasi ini, ia terletak di hadapan HSBC Bank.

#10 Columnar Basalt Balung Cocos

Menariknya di sini anda boleh lihat columnar basalt atau pillow lava. Fenomena ini terhasil apabila lava basalt dari dasar laut menyejuk, naik ke atas, kemudian mengembang. Ia adalah salah satu tempat menarik di Sabah.

Sangat unik apabila ia membentuk menjati batu-batu bulat dan kelihatan seperti tangga disepanjang tenbing Sungai Balung. Mengingatkan penulis pada salah satu babak dari filem Harry Potter and The Deathly Hollows. Hehe.

Anda boleh mandi di sini ada jeram kecil di mana airnya cetek sahaja.

Alamat: 91000 Tawau, Sabah

Kalau anda mencari pulai menarik di Tawau, anda pasti akan kecewa. Akan tetapi, untuk ke Pulau Semporna, anda boleh menaiki bot dari Tawau. Yang itu, akan kami kongsikan dalam artikel akan datang.

#11 Taman Rekreasi Air Panas Tawau

Berkedudukan 8 km dari pusat bandar, Taman Rekreasi Air Panas Tawau menjadi tempat mandi manda di Tawau yang sangat popular.

Ada beberapa buah kolam disediakan dan setiap satu daripadanya mempunyai kepanasan berbeza.

Jangan lepaskan peluang untuk berendam dalam air panas semula jadi ini. Banyak khasiatnya untuk kulit dan sendi.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM5

Alamat: 91000 Tawau, Sabah

#12 Sankina Hotsping Park

Terletak dekat sahaja dengan Taman Rekreasi Air Panas Tawau. Selain kolam air panas semula jadi, kolam biasa turut disediakan.

Tetapi kolam yang airnya bersuhu biasa dikhaskan untuk kanak-kanak. Ini kerana airnya cetek dan terdapat taman permainan di dalam air.

Kalau anda bawa anak kecil jalan-jalan di Tawau, jangan lupa singgah di sini.

Harga tiket: Dewasa RM35 | Kanak kanak RM25

Alamat: Jalan Hotspring, 91000 Tawau, Sabah

Tempat menarik di Sandakan

  • Sepilok Orang Utan Rehabilitation Center
  • Gua Gomantong
  • Turtle Island

Bukan main hebat lagi tempat-tempat menarik di Tawau. Tawau boleh dikatakan lokasi sesuai buat mereka yang benar benar inginkan ketenangan. Jauh dari kebisingan kota dan beban kerja. Kami pasti anda akan berpuas hati bercuti di Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!