Tempat Menarik

Tempat Menarik di Sungai Lembing

Negeri Pahang memang kaya dengan alam semulajadi yang indah. Sebut sahaja percutian jenis apakah yang anda mahu. Tepi pantai, tanah tinggi, pulau, tempat bersejarah, atau tempat membeli-belah? Senang cerita negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini dipenuhi dengan khazanah ekopelancongan. Daerah Sungai Lembing tidak terkecuali. Sungai Lembing pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah kedua terbesar dunia. Kini ia menjadi tarikan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya. Nak tahu tempat-tempat menarik di Sungai Lembing? Teruskan membaca artikel ini.

Jika anda dari bandar Kuantan, jarak perjalanan untuk ke Sungai Lembing adalah 38.5 km iaitu kira-kira 40 minit pemanduan.

#1 Muzium Sungai Lembing

Oleh kerana Sungai Lembing pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah, tapak cari galinya kini dibuka kepada orang ramai. Muzium Sungai Lembing menempatkan peralatan dan sejarah berkenaan industri perlombongan bijih timah untuk tatapan pengunjung.

Susun atur artifak yang dipamerkan mengikut kronologi sejarah. Banyak juga gambar-gambar asli serta infografik menarik dipaparkan. Ini adalah supaya ia mudah difahami dan membolehkan pengunjung menghargai bijih timah yang pernah menjadi sumber pendapatan negara pada suati ketika dahulu.

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: 9 am – 5 pm

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang (Google Maps Location)

#2 Lombong Tai Pei Tong

Lombong Tai Pei Tong merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang membawa pengunjung melihat sisa aktiviti perlombongan pada zaman dahulu. Menariknya, pengunjung perlu menaiki keretapi lokomotif sepanjang 80 meter kemudian berjalan untuk melihat info menarik yang terpapar pada diding. Kalau nak tahu, keretapi yang bakal anda naiki itu pernah digunakan untuk membawa pelombong.

Pada kami Lombong Tai Pei Tong adalah salah satu tempat menarik di Pahang yang patut anda terokai. Ia bukan sahaja mempunyai nilai sejarah, bahkan bakal memberi pengalaman menarik.

Harga tiket: Dewasa RM31.80 | Kanak-kanak RM15.90

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: Lombong Bijih Timah Bawah Tanah sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang (Google Maps Location)

#3 Jambatan Gantung Kolong Pahat

Berusia lebih 100 tahun, Jambatan Kolong Pahat merupakan antara jambatan gantung tertua di Malaysia. Diperbuat daripada besi membuatkan ia masih kukuh dan digunakan hingga ke hari ini.

Mungkin bagi mereka yang gayat, berjalan di atas jambatan ini sedikit menakutkan. Kerana ia bergerak-gerak dan di bawahnya adalah sungai yang mengalir deras.

Jambatan sepanjang 80 meter membawa anda ke sebuah perkampungan yang terkenal dengan pembuatan mee. Memang terkenal di kalangan pelancong kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang melihat pembuatan mee. Dalam masa yang sama ingin menjadikannya sebagai cenderamata.

Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang (Google Maps Location)

#4 Air Terjun Pelangi

Air terjun ini mendapat namanya daripada fenomena pelangi yang sering terhasil di tengah-tengah air terjun. Ini menjadikan kawasan air terjun ini bertambah indah dan mempersonakan.

Jika anda datang pada waktu tertentu, dapatlah melihat pelangi ini terhasil. Pasti gambar yang dirakam bertambah cantik.

Untuk ke Air Terjun Pelangi, anda berlu jungle trekking kira-kira 1 km atau menaiki perkhidmatan pacuan empat roda 4WD sejauh 4 km.

Agak mencabar, tapi segala penat lelah anda bakal terubat selepas melihat pelangi terbentuk di air terjun ini.

Alamat: (Google Maps Location)

#5 Sungai Pasir Kubur

Selain Air terjun Pelangi, terdapat satu lagi tempat mandi Β di Sungai Lembing yang tidak memerlukan anda meredah hutan. Anda boleh ke Pasir Kubur. Kawasan ini memang sangat sesuai untuk aktiviti perkelahan lebih-lebih lagi untuk mandi.

lizaeja.wordpress.com

Tanahnya landai, airnya cetek dan tenang. Memang sesuai untuk semua golongan. Malangnya kemudahan seperti tandas dan tempat persalinan tidak disediakan.

Alamat: Kg.Seberang Kuala Kenau, Sg.Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang (Google Maps Location)

#6 3D Gallery Sungai Lembing

Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah muzium 3D Sungai Lembing. Seperti biasa, galeri seumpama ini memaparkan lukisan dindin yang kelihatan nyata. Ini membolehkan anda merakam gambar unik dari sudut berbeza.

Lukisan-lukisan ilusi seperti ini bakal memberikan pengalaman menyeronokkan. Lebih-lebih lagi anda boleh merakam banyak gambar kenangan bersama yang tersayang.

Galeri ini terletak di betul-betul hadapan pokok besar yang menjadi mercu tanda Sungai Lembing.

Harga tiket: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM12

Waktu operasi: 9.30 am – 6 pm

Alamat: 27, North Canton Street, Sg Lembing, 26300, Sungai Lembing, 26200 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#7 XCape Resort

Jika anda berada di Sunga Lembing, resort yang menyediakan perkhidmatan terbaik adalah XCape Resort. Anda bukan sahaja dapat menginap di chalet yang selesa, bahkan mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Sungai Lembing.

Resort ini menawarkan aktiviti jungle trekking, water jump, stand up paddle, water slide, river slack lining, rentas halangan, dan fish feeding.

Terdapat 13 unit chalet yang boleh memuatkan hingga 5 orang. Fasiliti di sini semua lengkap termasuklah peralatan BBQ. Kalau anda seorang penggemar aktiviti lasak, wajib menginap di sini.

Facebook: https://www.facebook.com/xcaperesort/

Alamat: Sungai Lembing, 27000 Sungai Lembing, Pahang (Google Maps Location)

Pakej Sungai Lembing

Namun, sekiranya anda merancang untuk menggunakan pakej yang disediakan oleh HolidayGoGoGo. Mereka bakal membawa anda ke tempat-tempat menarik di Sungai Lembing sepanjang 3 hari 2 malam. Dalam tempoh itu anda akan ke lokasi-lokasi yang kami sebutkan di atas.

Sebenarnya cara ini lebih mudah dan terurus. Memandangkan banyak tempat yang memerlukan anda di temani orang yang berpengalaman seperti jungle trekking untuk ke Air Terjun Pelangi.

Hubungi: simon@Holidaygogogo.com

Tempat menarik di Kuantan

Memandangkan jarak antara Sungai Lembing ke Kuantan cuma memakan masa 40 minit sahaja, kami cadangkan anda singgah ke Kuantan. Banyak tarikan pelacongan yang ada di bandar Kuantan. Antaranya:

  • Zoo Teruntum
  • Teluk Cempedak
  • Taman Gelora
  • Taman Esplanade
  • East Coast Mall

Banyak bukan tempat-tempat menarik di Sungai Lembing? Untuk anda yang inginkan kelainan, kami sangat sarankan anda berkunjung ke daerah ini. Sungai Lembing kaya dengan khazanah semulajadi dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *