Tempat Menarik

Tempat Menarik di Rompin

Jika anda berkunjung ke negeri Pahang, salah satu daerah yang wajib di lawati adalah Rompin. Daerah ini tidak kurang juga hebatnya kerana banyak tarikan pelancongan yang berbaloi untuk anda kunjungi. Geografi Rompin begitu unik kerana memiliki khazanah alam seperti hutan simpan, laut, sungai, dan pulau. Memang lengkap percutian anda kalau berkunjung ke sini. Kalau nak tahu tempat menarik di Rompin, teruskan membaca artikel ini.

Rompin terletak di bahagian tenggara Pahang. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Agak lama, tetapi percayalah, percutian anda ke sini bakal merakam memori indah. Sebab Rompin banyak destinasi percutian yang best.

#1 Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin merupakan sebahagian daripada Taman Negara yang menyimpan hasil alam yang mempersonakan. Ia terletak bersempadanan di antara Pahang dan Johor.

Ramai yang tertanya-tanya, apa yang kita boleh buat dalam hutan ni? Banyak! Ia bergantung pada pakej yang anda ambil. Anda boleh pilih sama ada untuk menjalankan aktiviti dalam satu hari sahaja ataupun 2 hari 1 malam.

Antara aktiviti menarik sepanjang tempoh tersebut adalah jungle trekking, mandi air terjun Sri Mahkota, berkayak  di Jeram Panjang, night walk, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej Taman Negara Endau-Rompin, layari http://www.tamannegara.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=135&Itemid=172

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Rompin, Johor, Kampung Pulau Lang, 26800 Rompin, Pahang (Google Maps Location)

#2 Pulau Tioman

Siapa tidak kenal akan Pulau Tioman? Salah satu pulau peranginan terkemuka di Malaysia. Airnya yang jernih dan mempunyai ekosistem hidupan laut yang pelbagai. Tidak hairanlah jika Pulau Tioman tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia.

Ia menjadi syurga dunia buat penggemar aktiviti skuba diving dan snorkeling.

Bagi yang ingin lari dari bebanan kerja dan hiruk pikuk kota, percutian ke Pulau Tioman adalah pilihan ideal. Anda boleh menghabiskan cuti hujung minggu denga menatap keindahan pulau, mandi pantai, dan banyak lagi.

Banyak chalet dan resort menarik yang boleh anda pilih.

Cara ke Pulau Tioman:

Menaiki feri di Jeti Tanjung Gemok, perjalanan dari jeti ini ke Pulau Tioman mengambil masa 2 jam sahaja.

Alamat: Kampung Tanjung Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang (Google Maps Location)

#3 Pantai Hiburan, Rompin

Terletak 1.7 km atau cuma 3 minit dari Bandar baru Rompin. Pantai Hiburan sering menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang dan hujung minggu. Rata-rata datang ke pantai Rompin ini untuk menenangkan fikiran dan dalam masa yang sama meluangkan masa bersama keluarga.

Pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti mandi pantai, lepak, dan menikmati makanan laut.

Hujung minggu memang meriah dengan kehadiran pengunjung. Anda boleh bermain layang-layang dan untuk kanak-kanak , terdapat blow up playground buat mereka.

Alamat: 26800 Pantai Hiburan Kuala Rompin, Pahang, Malaysia (Google Maps Location)

Bagi yang tengah mencari penginapan menarik di Rompin, jangan risau. Kami akan senarai beberapa jenis penginapan yang mampu inap untuk anda. Ia terdiri daripada hotel, chalet, dan resort. Anda boleh pilih penginapan yang sesuai dengan bajet, kapasiti, dan jarak dengan lokasi yang anda tuju.

Hotel di Rompin

  • Hotel Seri Malaysia Kuala Rompin – RM131
  • Hotel Vogue Rompin – RM88
  • Hotel Jeti Tanjung Gemok – RM112

Resort di Rompin

  • Terdapat beberapa buar resort menarik di Rompin yang boleh anda pilih. Kesemuanya berada di tepi pantai.
  • Lanjut Beach & Golf Resort – RM198
  • Rompin Beach Resort – RM172 Resort yang paling popular di pesisir pantai Rompin. Lengkap dengan kolam renang, breakfast, dan restoran.

Chalet di Rompin

Kalau anda lebih memilih untuk bercuti secara bajet, memilih untuk menginap di chalet adalah idea yang bernas.

  • Chedoq Beach Resort – RM138

Mempunyai beberapa unit chalet yang mampu inap, selesa, dan bersih. Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan aktiviti menyeronokkan seperti berkayak, flying fox, mandi pantai, berbasikal, dan banyak lagi.

Laman web: http://chedoqdamai.blogspot.com/

Rugi kalau tak singgah ke tempat menarik di Rompin yang kami senaraikan di atas. Setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan itu sahaja, kami yakin ia dapat menjadikan percutian anda bersama yang tersayang menjadi lebih bermakna.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!