Jikalau anda mahukan tarikan percutian yang pelbagai di Johor, admin cadangkan anda sekeluarga bercuti di daerah Kota Tinggi. Terletak kira-kira 42 kilometer dari Johor Bahru, banyak tempat menarik di Kota Tinggi yang boleh menceriakan hujung minggu anda.
Kota Tinggi terletak di antara Johor Bahru (JB) dan Mersing. Rugi kalau tak ke sini. Tarikan yang ada meliputi keindahan alam sekitar, taman buaya, air terjun yang menyeronokkan, tempat bersejarah, serta pantainya.
Tanpa membuang masa, jom lihat senarai tempat menarik di Kota Tinggi
#1 Muzium Kota Tinggi
Berbeza dengan muzium-muzium lain di Johor, Muzium Kota Tinggi dikhususkan untuk memaparkan peristiwa-peristiwa bersejarah Kesultanan Johor Lama.
Pelbagai informasi yang boleh didapati di sini sejak dari awal pemerintahan hinggalah sekarang.
Pameran diterjemahkan dalam bentuk ilustrasi, video, gambar asal, patung, dan disokong oleh artifak-artifak yang berkaitan.
Cukup menarik jika anda dapat menghayat bagaimana sultan-sultan terdahulu memerintah.
Lebih menarik, Muzum Kota Tinggi ini kini berwajah baru. Pameran di naik taraf dan diberi nafas baru.
Waktu operasi: 8 am – 6 pm
Harga tiket: Percuma
Alamat: Jalan Niaga, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor
#2 Kota Johor Lama
Sebuah lagi tempat bersejarah di Johor, iaitu Kota Lama Johor. Lokasi ini pernah menjadi pertempuran orang Melayu dan penjajah pada zaman kolonial. Bahkan anda boleh lihat kesannya hingga ke hari ini.
Tedapat sebuah muzium kecil di dalamnya yang menceritakan semua momen yang berlaku. Kalau nak tengok kesan perang, tempat bersejarah di Johor Lama inilah jawapannya.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan), Lot 1468, Kampung Johor Lama, Johor, 81940 Kota Tinggi
#3 Desaru Coast Adventure Waterpark
Ia merupakan tempat menarik di Kota Tinggi 2018 kerana baru sahaja beroperasi pada Oktober lalu. Desaru Coast Adventure Waterpark meliputi taman tema air, resort, pusat golf, dan tempat makan mewah.
Pendek kata, semua keseronokkan boleh ditemui dalam satu tempat sahaja. Antara tarikan yang ada di sini adalah:
- Waterpark
- The Els Club Desaru Coast
- 4 buah hotel mewah
- Desaru Coast Riverside
- Desaru Coast Conference Center
Tarikan utama sudah pasti taman tema airnya. Memang seronok, lebih lebih lagi pelbagai saiz gelongsor disediakan serta terdapat pantai dan ombak buatan.
Ini adalah salah satu tempat menarik di Johor. Bertaraf antarabangsa, setanding dengan taman tema lain di JB.
Harga tiket Desaru Waterpark:
Dewasa RM121 | Kanak-kanak (MyKad) RM90
Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
#4 Kota Tinggi Firefly Park
Taman untuk menyaksikan kelip-kelip sentiasa menjadi tarikan pelancong. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan cahaya haiwan bersayap itu di Kota Tinggi Firefly Park. Kerana taman ini adalah antara yang terbaik di Malaysia.
Pengunjung perlu menaiki bot dan menyusuri Sungai Johor untuk ke lokasi kunang-kunang ini. Setibanya di sana, anda pasti terpesona akan cahaya kuning yang menerangi kegelapan.
Dalam masa yang sama saksikan juga keindahan alam sekitar di sepanjang sungai. Kerajaan Johor telah mengarahkan supaya kawasan ini tidak disentuh untuk tujuan pembangunan. Pemandu bot akan menerangkan sejarah serta informasi berkaitan tempat tersebut di sepanjang perjalanan.
Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM12
Alamat: Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
#5 Air Terjun Kota Tinggi
Hah! Salah satu tempat mandi di Johor ini sangat popular di kalangan penduduk tempat dan juga pelancong. Ini kerana Air terjun di sini sangat luas dan bertingkat.
Setiap tingkat mempunyai kedalaman yang berbeza. Ada yang dalam untuk dewasa dan ada juga cetek yang mesra kanak-kanak.
Apa yang menarik, terdapat gelongsor panjang berterowong yang membawa anda terus ke dalam kolam.
Bahkan pengunjung boleh menyewa pelampung pada harga yang sangat berpatutan.
Walau bagaimanapun terdapat bayaran masuk untuk mandi di sini.
Harga tiket:
Dewasa RM7.50 | Kanak kanak RM3.50 | Kereta RM3 | Motosikal RM1
Alamat: 81900 Kota Tinggi Johor
#6 Taman Buaya Teluk Sengat
Suasana Taman Buaya Teluk Sengat sentiasa meriah dengan kehadiran pelancong. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang melihat pelbagai spesis buaya termasuklah buaya tembaga.
Pengunjung juga disambut dnegan seekor buaya yang diletakkan di atas meja. Usah risau kerana buaya tersebut masih kecil dan jinak. Bahkan, mulutnya juga diikat. Memang seronok jika dapat melihat haiwan ini.
Lebih-lebih lagi jika kehadiran anda tepat pada waktu makan. Bolehlah saksikan bagaimana petugas di sini memberi buaya makan. Anak-anak pasti teruja.
Harga tiket: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Alamat: Jalan Sembilang, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Pantai di Kota Tinggi
#7 Pantai Tanjung Buluh
Agak popular di kalangan penduduk tempat. Memiliki pemandangan cantik, pantai yang landai dan berbatu. Airnya juga tidak bergelora, sesuai untuk aktiviti berkelah pada hujung minggu.
Malah, terdapat beberapa buah wakaf untuk pengunjung lepak dan makan angin. Cuma, kawasan ini tidak terjaga. Ia telah dicemari dengan sampah sarap serta vandalism.
#8 Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay)
Terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kota Tinggi. Lokasi terbaik untuk berkelah dan mandi pantai kerana Pantai Teluk Mahkota menawarkan panorama indah dan persekitaran yang mesra pengunjung.
Deretan pokok rhu di sepanjang pantai membangkitkan rasa tenang. Pengunjung boleh berteduh di bawah pokok sambil menghirup udara pantai yang nyaman.
Alamat: Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, 81900 Kota Tinggi, Johor
#9 Pantai Tanjung Balau
Pantai Tanjung Balau cukup meriah pada setia hujung minggu dan cuti sekolah. Mana tidaknya, banyak aktiviti pantai yang boleh dilakukan di sini. Air lautnya juga lebih jernih berbanding pantai lain di Kota Tinggi.
Bukan itu sahaja, buat kaki pancing, anda boleh sediakan joran dan memancing di jeti yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk bermain layang-layang.
Kemudahan asas seperti tandas, tempat mandi, gerai, dan podok rehat juga lengkap.
#10 Pantai Desaru
Salah satu tempat peranginan di Johor yang anda wajib singgah. Pantai Desaru juga digelar “Land of Casuarinas” kerana terdapat deretan pokok casuarinas di sepanjang pantai.
Lokasi ini dijadikan sebagai tempat riadah setiap petang dan hujung minggu. Cukup meriah dengan kehadiran orang ramai bermandi manda dan melakukan aktiviti pantai. Anda boleh menaiki banana boat, parasailing, berkayak, surfing, menaiki ATV, dan lain-lain.
Dek kerana keindahan pantainya, maka banyaklah resort dan chalet menarik di Pantai Desaru. Antaranya:
- Lotus Desaru Beach Resort & Spa
- Kota Heritage
- Desaru Holiday Chalet
- Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa
- Tunamaya Beach & Spa Resort
Nah, bukan main banyak lagi tempat menarik di Kota Tinggi yang boleh anda lawati. Admin yaking, bercuti di Kota Tinggi pasti akan menceriakan cuti hujung minggu anda. Lebih-lebih lagi apabila banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga. Selamat bercuti!