Tempat Menarik

10 Tempat Menarik di Cherating

Terletak di sempadan Pahang dan Terengganu, Cherating menjadi salah sebuah tempat percutian menarik di Pahang dan terkenal di Pantai Timur. Tetapi apabila kita sebut sahaja Pantai Cherating yang terlintas di fikiran hanyalah aktiviti di tepi pantai sahaja. Walhal banyak lagi tempat dan aktiviti menarik di Cherating.

Sebelum itu Team Travel ingin terangkan di mana Cherating memakan masa kira-kira 3 jam dari bandar Kuala Lumpur jika melalui Lebuhraya Pantai Timur. Manakala jika anda menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, perjalanan memakan masa selama 50 minit.

Manakala jika anda dari Kuala Terengganu pula, perjalanan mengambil masa kira kira 2 jam 14 minit. Dari Kuantan pula hanya 30 minit pemanduan.

Tadi kami ada menyebut banyak tempat dan aktiviti menarik di Cherating bukan? Kami akan kongsikannya dalam artikel ini. Anda pasti teruja akan betapa banyaknya tempat best yang boleh dilawati dan tidak hanya terhad kepada aktiviti mandi-manda sahaja.

#1 Pantai Cherating

Lokasi utama adalah Pantai Cherating sendiri. Tidak dinafikan pantai ini sangat cantik dan menenangkan. Keindahan alam semula jadinya dikagumi pelancong baik tempatan mahupun luar negara.

Pantainya juga bersih dan terjaga.Pantai Cherating memang sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana ombaknya tidak begitu kuat dan masih lagi di zon selamat. Yang datang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil pasti akan mengabadikan percutian di Cherating ini.

Dalam pada itu, banyak juga hotel, resort, dan chalet yang boleh anda pilih di sini. Dari hotel mewah hinggalah ke chalet murah. Itu semua bergantung kepada bajet anda. Antara resort dan chalet di tepi Pantai Cherating adalah:

Resort mewah di Cherating:

  • Legend Cherating Beach Resort (RM214)
  • Residence Inn Cherating (RM202)
  • Club Med (bermula RM570 tidak mengikut bilik tetapi per-pax)
  • The Kasturi (RM411)
  • Royale Chula (RM521)

Resort dan chalet murah Cherating

  • Tanjung Inn (RM115)
  • Erya Suria Cherating (RM136)
  • Eastana Cherating Beach Resort (RM120)
  • Holiday Villa Resort (RM168)

Pastikan anda semak laman menempah seperti Booking.com atau Trivago terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.

#2 Kelip kelip di Sungai Yah Yah

Bila kali terakhir anda lihat ribuan kelip-kelip atau nama lainnya kunang-kunang? Jikalau anda memasang hajat unutk melihat keindahan cahaya haiwan bersayap itu singgahlah ke Sungai Yah Yah.

Cuma kira-kira setangah jam dari Cherating, Sungai Yah Yah menjadi santuari kelip-kelip. Terdapat perkhidmatan bot yang membawa pelancong untuk melihat cahaya yang bergemerlapan sepanjang sungai.

http://interesting-place-in-terengganu.blogspot.com/2006/04/kampung-iboks-firefly-sanctuary.html

Untuk melihat kelip-kelip ini anda perlu hubungi En Ghani Agro Tourism di talian 019-9174012.

Alamat: Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu

Google Maps Location

#3 Cherating Turtle Sanctuary

Terletak di Pantai Chendor atau Pantai Chendor, Cherating Turtle Sanctuary merupakan pusat pemuliharaan penyu dalam usaha melindungi haiwan ini dari pupus.

Menariknya anda turut dibenarkan melawat pusat ini pada waktu malam untuk lihat penyu bertelur, itu pun jika kena pada musimnya.

Pusat ini mempamerkan banyak informasi tentang penyu dari segi spesis, habitat, makanan, dan lain-lain. Pendedahan ini sangat bagus untuk kanak-kanak memandangkan anda diberi peluang untuk mendekati haiwan itu melalui kolam yang disediakan.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30am – 4.30pm)

Harga tiket: Percuma

Alamat: KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman, 26080 Kuantan

Google Maps Location

#4 Zoo Kemaman

Kemaman Zoo & Recreation Park terletak di Kampung Tabuan, Chukai, iaitu cuma 24 km atau 32 minit sahaja dari Cherating. Tak rugi kalau bawak anak-anak datang Zoo Kemaman ni.

Zoo ini menempatkan pelbagai jenis haiwan liar termasuklah haiwan eksotik. Lebih menarik pengunjung boleh menaiki mini kereta api dan mengelilingi zoo untuk melihat haiwan-haiwan ini.

Zoo ini menggabungkan taman buah-buahan, taman herba, tropikal, dan taman rekreasi air. Jadi landskapnya memang mengagumkan.

Salah satu sebab adalah kerana ia dijaga dengan baik walaupun dikelaskan sebagai mini zoo. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat haiwan haiwan di dalam sangkar, bahkan berpeluang untuk memberi mereka makan.

Zoo ini turut menyediakan perkhidmatan melihat kelip-kelip di Sungai Yah Yah yang kami sebut tadi. Ini menjadikan ia sebagai salah satu tempat menarik di Kuantan. Ini menjadikannya sebagai salah sebuah tempat menarik di Kemamn

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 5-12 Tahun RM7 | Kolam Renang: RM5

Alamat: Kampung Tabuan, 24000 Chukai, Terengganu,

Google Maps Location

#5 Surfing di Cherating

Penggemar sukan surfing, anda pasti tidak akan kecewa kerana Cherating merupakan salah satu lokasi surfing di Malaysia. Walaupun sukan ini hangat pada musim monsun kerana pada waktu itu ombak besar.

Tetapi anda juga boleh surfing pada hari-hari biasa. Bahkan. Terdapat pakej menarik yang ditawarkan oleh resort-resort sekitar di mana anda boleh menyewa surf boad dan belajar meluncur.

Untuk lebih formal, anda boleh ke surf school, CheratingPoint mempelajari selok-belok sukan luncur ni.

Alamat: Cherating, 26080 Balok, Pahang

Google Maps Location

#6 Pantai Teluk Mak Nik

Satu lagi tempat menarik di sekitar Cherating adalah Pantai Teluk Mak Nik. Walaupun pantai ini terletak di negeri Terengganu, ia cuma memakan masa selama 14 minit sahaja dari Cherating.

Dah alang-alang anda berada di Cherating, singgahlah ke Pantai Teluk Mak Nik sebab pemandangannya cukup menarik. Anda boleh lihat bukit bukau di sebelah kanan pantai dan inilah yang membezakannya dengan pantai lain. Kalau nak tahu, tempat ini juga dipanggil Monica Bay.

http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2014/12/pantai-teluk-mak-nik.html

Pada hujung minggu pantai ini pasti akan dipenuhi orang ramai.

Alamat: 24000 Chukai, Terengganu

Google Maps Location

#7 Makan sata dan otak-otak di Kampung Geliga

Sudah puas mandi pantai? Jom isi perut dengan menikmati sajian tradisional iaitu sata dan otak-otak di Kampung Geliga.

Di sini adalah kawasan gerai-rumah tepi jalan cukup terkenal dengan penyediaan makanan tradidisi Terengganu ini. Ia dijual oleh orang kampung sendiri. Memang sangat sedap sehingga ramai yang datang dari jauh hanya untuk makan sata di sini sahaja.

Google Maps Location

#8 Limbong Art Cherating

Jangan lepaskan peluang untuk melawat butik pembuatan batik ini di mana anda dapat melihat seni Malaysia menggunakan cat dan lilin untuk mengubah kain menjadi karya seni batik.

Pusat ini juga menawarkan kursus murah di mana anda boleh mencuba tangan anda untuk membuat sapu tangan atau kain sarung anda sendiri – ada juga kedai cenderahati di sini di mana anda boleh membeli kreasi batik.

Alamat: Limbong Art Sdn. Bhd, 2/1000 Kg. Cherating Lama

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10.00am – 10.00pm.

Google Maps Location

#9 Pulau Ular

Nak melakukan aktiviti snorkeling tapi bajet tidak mencukupi untuk ke Pulau Tioman atau Pulau Perhentian. Jangan risau, memandangkan anda sudah berada di Cherating, anda boleh bersnorkeling ni Pulau Ular.

Terdapat perkhidmatan bot yang membawa anda ke Pulau Ular itu nanti. Jarak dari pesisir pantai ke pulau itu cuma 30 minit sahaja bergantung kepada keadaan ombak.

http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/cherating-hotel-dan-terokai-4-destinasi-menarik.html

Google Maps Location

#10 Club Med Cherating

Okay, ini merupakan antara resort ataupun penginapan mewah yang ada di Cherating. Club Med resort dikelilingi hutan rimba dan pantai bersih memutih.

Bezanya dengan resort lain, harga penginapan tidak mengikut bilik tertapi per kepala. Harga untuk penginapan seorang tetamu di dalam bilik superior pada hujung minggu adalah RM640 dan RM720 pada waktu puncak.

Dari segi servis, lanskap, pantainya yang dijaga rapi, keselesaan, dan kebersihan, semuanya pada tahap antarabangsa. Walaupun mahal, kami yakin tetamu pasti akan puas hati jika menginap di sini.

Alamat: Batu 29 miles Jalan Kuantan, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan

Google Maps Location

Memandangkan Cherating Cuma **km dan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja untuk ke bandar Kuantan, kami kira elok juga anda memandu ke sana. Boleh melawat tempat-tempat menarik Kuantan.

Semoga artikel tempat menarik di Cherating ini dapat memberikan anda idea tentang aktiviti yang bakal dilakukan kat sana nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *