Tempat Makan

18 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur

Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur memiliki segala-galanya. Dari segi pembangunan, shopping, pusat hiburan, rekreasi, dan termasuklah tempat makan menarik yang punyai pelbagai cita rasa.

Disebabkan bandar Kuala Lumpur ni besar, dan ditambah dengan sikap rakyat Malaysia yang terbuka dalam menerima segala jenis hidangan dari negara luar. Sebut sahaja apa yang anda nak makan, masakan kampung,Western, Chinese, Japanese, Arab, Indian, Thai, fusion? Semuanya ada di sini.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tempat makan best di sekitar Kuala Lumpur yang sememangnya sudah popular dan yang mendapat review baik di kalangan pengunjung.

Antaranya ialah:

#1 Restoran Sambal Hijau

Sambal Hijau cukup popular bagi mereka yang inginkan masakan kampung. Di sini, lebih 80 jenis masakan Melayu disediakan. Menu paling popular sudah tentulah daging salai dan udang masak lemak cili api, gulai tunjang ikan bakar, dan patin tempoyak.

Ulam-ulaman dan kerabu turut disediakan disamping aneka sambal/air asam atau pencicah yang boleh dipilih.

Sambal Hijau pernah dikunjungi ‘food program’ tempatan paling popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Kalau sampai masuk tv, terbukti sedaplah kan?

Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula jam 7.30 am – 2 am

Google Maps Location

#2 Me’nate Steak Hub

Restoran ini menjadi bualan ramai dek kerana namanya yang agak pelik isitu Me’nate. Sehingga ada sesetengah pihak menganggap nama premis ini adalah mempunyai unsur mencarut, hanya kerana ia seakan sama dengan bahasa kasar mengikut dialek Kelantan.

Me’nate Steak Hub merupakan tempat ideal untuk mereka yang gemarkan masakan barat khususnya yang berasaskan daging.

Antara menu yang ditawarkan lamb ribs, beef ribs, angus steak, wagyu ribeye, wagyu striploin, lamb loin, lamb rack dan matsusaka.

Ingin kami ingatkan harga hidangan di sini sangat mahal kerana daging yang dihidangkan adalah yang terbaik dan diimport dari Australia. Malah rasanya juga original seperti masakan Barat.

Alamat: StarParc Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, Jalan 8/23e, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, dari jam 3pm – 12am

Google Maps Location

#3 Village Park Restaurant

Restoran ini menyajikan nasi lemak, iaitu menu sarapan pagi yang paling digemari rakyat Malaysia. Cukup popular, sehingga mendapat jolokan ‘best nasi lemak in town’.

Penulis sendiri pernah cuba nasi lemak di sini. Ternyata memang sedap dan antara paling sedap yang penulis pernah makan setakat ini! Sambalnya cukup rasa, ayam goreng berempah yang besar dan enak, nasinya juga lembut.

Village Park turut menyediakan beberapa masakan tradisi Malaysia lain seperti lontong, naasi dagang, assam laksa, soto ayam, mi kari, chee cheong fun, pan mee, dan Ipoh Hor Fun Soup.

Malah, hidangan sarapan pagi lain seperti telur separuh masak dan roti bakar turut menjadi pilihan pelanggan yang hadir.

Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, dari jam 6.30am – 7.30pm

Google Maps Location

#4 Nasi Kandar Pelita

Siapa tidak suka nasi kandar? Labih-lebih lagi kalau masakannya pure India? Nasi Kandar Pelita yang terletak di Ampang ini cukup terkenal dengan keenakan nasi kandar dan aneka rotinya.

Restoran mamak ini menjadi pilihan ramai tidak kira bangsa dan usia untuk menikmati lauk campur dan roti canai. Ramai juga yang datang untuk lepak bersama rakan. Nak lebih meriah, datang pada waktu malam dan ketika berlangsungnya perlawanan bola.

Perut lapar diwaktu malam? Jangan risau kerana restoran ini beroperasi selama 24 jam!

Alamat: 149, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 24 jam

Google Maps Location

#5 Satay Zaini

Satu lagi makanan kegemaran rakyat Malaysia, Satay! Keenakan Satay Zaini sudah diketahui seluruh penduduk KL. Kalau tidak, masakan restoran ini mampu bertahan selama 35 tahun? Rasa daging satay dan kuah kacang tiada tolok bandingnya.

Terdapat pelbagai jenis satay yang boleh anda pilih seperti satay perut muda, hati ayam, kambing, limpa, dan lain-lain. Jadi ia tidak terhad pada daging lembu dan ayam sahaja.

Restoran ini juga menjadi pilihan JJCM suatu ketika dahulu.

Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, dari 6.30pm – 11.30pm

Google Maps Location

#6 Sri Nirwana Maju @ Banana Leaf Rice

Cukup unik kerana mereka menghidangkan nasi dan lauk di atas daun pisang segar bagi menggantikan pinggan. Dihidangkang dengan tiga jenis sayur utama, keropok papadom, dan anda boleh pilih aneka kuah dan lauk lain.

Lauk seperti sotong dan ayam goreng cukup popular di sini. Tiga sayur utama juga sentiasa mendapat pujian pelanggan. Terutama sayur yang digoreng rangup di mana rasanya lain dari yang lain. Ditambah dengan kombinasi kuah kari pekat dan ayam oreng berempah, pasti memikat selera sesiapa sahaja terutama penggemar masakan India.

Cuma harganya agak tinggi kira-kira RM20 untuk satu hidangan termasuk lauk tambahan. Tetapi portionnya cukup besar dan berbaloi.

Alamat: Sri Nirwana Maju, 43 Jalan Telawi Tiga, Bangsar Baru, 59100, KL

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, dari 10am – 1.30am

Google Maps Location

#7 Restoran Raso Omak Den

Penggemar masakan Melayu asli khususnya dari Negeri Sembilan, wajib singgah ke Raso Omak Den. Kita semua tahu yang masakan dari Negeri Sembila pedas-pedas belaka. Tapi bagi sesetengah orang, lagi pedas lagi sedap!

Penangan daging salai dan udang galah masak lemak cili padi membuatkan restoran yang terletak di Taman melawati ini sentiasa penuh terutama di waktu tengah hari. Memang sukar untuk mendapatkan meja.

Antara hidangan popular adalah Antara hidangan popular ialah daging salai lemak cili padi, udang galah lemak cili padi, siput sedut, pari bakar, tempoyak daun kayu, cendawan kukur, ayam kampung berlada, telur itik dan terubuk masin.

Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of KL.

Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, bermula jam 8am – 6pm.

Google Maps Location

#8 Restoran Kaw’d

Menu burger bakar pernah menjadi trending suatu ketika dahulu dan hidangan barat yang diinovasi itu masih kekal hingga ke hari ini. Kalau nak tahu kat mana burger bakar paling best di KL adalah di Restoran Kaw’d.

Mereka menyajikan pelbagai jenis burger seperti black pepper lamb, baconizer beef, basic lamb cheese, dan texas chilli beef. Kesemua daging diperap dengan rempah istimewa dan sos pula adalah resepi asli mereka sendiri.

Tempat makan menarik di Ampang ini turut menyajikan makanan barat lain contohnya nachos, meatball, spaghetti, mix grill, chilli potato, dan lain lain.

Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang,

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, dari 5pm – 1.30am

Google Maps Location

#9 Restoran Rebung Datuk Chef Ismail

Okay, restoran ini dimilik oleh selebriti chef terkenal tanah air iaitu Datuk Chef Ismail. Terletak di jalan tanglin, Restoran Rebung ini menyediakan segala macam hidangan dan masakan kampung yang mampun membuatkan anda mengubat rindu anda akan masakan ibu.

Dari lauk pauk seperti siput sedut, masak lemak cili api, kari, aneka gulai, ikan bakar, sotong/udang/ayam goreng, semua ada di sini. Kuih muih tradisional pun ada, banyak pulak tu.

Lagi satu hiasan dalaman restoran ini juga unik. Ia seperti anda melangkah masuk ke dalam rumah sendiri.

Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 8–10AM, 12–3PM, 3:30–5:30PM, 7–10PM

Google Maps Location

#10 Al Rawsha

Penggemar makanan Arab, kalau anda betul-betul nak nikmati hidangan Timur Tengah yang asli dari segi makanan dan persekitaran, wajib cuba di Al Rawsha. Kat sini bukan sekadar nasi Arab yang mereka hidangkan. Tetapi semua menyediakan 103 jenis hidangan lain, 52 jenis minuman Arab serta jus buah-buahan, salad Arab dan pencuci mulut.

Kualiti makanan di sini memang terjaga kerana mereka beras basmathi bermuti tinggi. Daging kambing dan ayam yang telah diperap dan kemudian dimasak dengan cara wap di dalam periuk di bawah tanah menggunakan bara api.

Portionnya pula besar, so sangat berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Dari jauh lagi anda dah nampak keunikan restoran ini kerana premisnya bagaikan sebuah istana lama.

Alamat: Jalan Kampung Pandan, Kelab Golf di Raja Selangor, 55000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam.

Google Maps Location

#11 Satay Capitol 1951 Warisan

Sebuah lagi restoran satay sedap di ibu kota. Restoran ini mempunyai 2 buah cawangan yang terletak di Kampung baru dan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pelbagai jenis satay dihidangkan di sini. Dagingnya lembut dan juicy, manakala kuah kacangnya pula memang sedap.

Selain itu, Satay Capitol turut menyediakan nasi lemak yang enak. Restoran ini juga sesuai untuk dijadikan tempat lepak bersama rakan.

Alamat: No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, bermula jam 5pm – 12am.

Google Maps Location

#12 Restoran Asam Pedas Kampung Baru

Dari nama restoran pun kita sudah tahu apa yang sedap di sini. Asam pedas di sini memang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan orang KL kalau nak makan asam pedas sedap.

Di sini, asam pedas dimasak menggunakan beberapa jenis ikan, anda cuma pilih je. Lauk pauk lain seperti masak lemak cili api, gulai, ikan goreng, ayam kampung turut dihidangkan.

Untuk menambahkan lagi sentuhan makanan kampung, aneka ulam bersama pencicah pun ada. Restoran ini memang penuh waktu makan tengah hari.

Alamat: Lorong Raja Uda 2, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, bermula 10.30am – 10pm

Google Maps Location

#13 Tamarind Hill Kuala Lumpur By Samadhi

Restoran ini cukup eksklusif, menyediakan masakan Thai yang bukan biasa-biasa. Lol! Persekitarannya menarik, terutama sekali pada waktu malam, restoran ini akan bermandikan cahaya lilin.

Cuba bayangkan anda sedap menikmati hidangan enak sambil ditemani suasana restoran yang memukau. Tidak dinafikan, ini merupakan tempat makan romantik di Kuala Lumpur. Sangat sesuai untuk pasangan yang sedang hangat bercinta.

Alamat: 19 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur City Center, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 12–3pm, 6–11pm

Google Maps Location

#14 Cosy Place

Nak cuba makanan barat, bolehlah ke Cosy Place. Cukup menarik dan famous di Wangsa Maju. Anda pasti akan dapat menikmati hidangan dengan selesa apatah lagi melihat hiasa dalaman restoran ini yang ala-ala British.

Macam-macam masakan barat ada di Cosy Place yang boleh anda pilih seperti baked salmon with tartar, fish and chips, ribeye steak, spaghetti, dan banyak lagi. Masakan panas atau local food seperti nasi goreng pun ada.

Harganya pula masih berpatutan dan munasabah walaupun dikategorikan sebagai ‘cafe hipster’.

Alamat: 27 29, Kuala Lumpur Suburban Centre, 3, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: dibuka setiap hari bermula jam 11am – 10.15pm

Google Maps Location

#15 RSMY Cheese Nan

Terkenal dengan roti nan keju kerana kenakan rasanya yang kaya dengan keju mozarella. Sesiapa sahaja yang mencuba menu ini pasti teruja dengan  keju mozarella yang diadun dalam roti menyebabkannya meleleh dan boleh `ditarik’ ketika panas. Oh ya, sebelum itu restoran ini juga dipilih oleh program JJCM.

Rotinya juga lembut dan tidak mudah keras jika dibiarkan. Satu lagi faktor yang menarik pelanggan ke RSMY Cheese Nan ini adalah kerana kuah kegemaran ramai iaitu gulai daging cincang dan ayam tandoori.

Mereka menggunakan ramuan segar dan asli yang diimport dari Pakistan dan mungkin inilah yang membuatkan restoran ini lain dari kedai nan seumpamanya. RSMY Cheese Nan mempunyai tiga buah cawangan yang terletak di Jalan Danau Niaga, Jalan Medan Tuanku, dan di Bandar Baru Wangi.

Alamat: 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula 3pm – 2am

Google Maps Location

#16 Nasi Lemak Saleha

Bertempat di Kampung Pandan, restoran ini cukup terkenal dengan nasi lemaknya yang digemari oleh warga kota. Malah, variasi lauk pauk yang disediakan seperi paru goreng dan ayam rendang memang kena dengan citarasa. Sambalnya pula tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas.

Walaupun nama kedai ini Nasi Lemak Saleha, mee kari dan mee rebus turut dijual dan mendapat sambutan hangat dari pelanggan.

Alamat: No 11A, Jalan Pandan Kemajuan, Kg. Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula jam 4pm – 5.30am

Google Maps Location

#17 Golek-Golek

Restoran ini merupakan salah satu tempat makan sedap di Gombak. Golek-Golek menyajikan masakan Melayu, Barat, dan Cina. Yang menjadi pilihan ramai adalah ikan bakar sambar petai, udang galah gulai lemak, sotong/lala/kerang yang dimasak dengan pelbagai cara.

Suasana tenang dikelilingi pokok-pokok dan beroperasi dalam rumah Melayu lama juga menjadi salah satu faktor kenapa ramai gemar menjamu selera di sini.

Untuk pengetahuan, Golek-Golek dimiliki oleh penulis novel terkenal iaitu Ahadiat Akashah.

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, bermula jam 7pm – 2am

Google Maps Location

#18 Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai

Dah tak perlu ke Temerloh untuk menikmati ikan patin tempoyak yang asli kerana juadah popular ini boleh didapati di Sri Rampai sahaja. Menggunakan resepi keluarga, isi ikan patin yang dihidangkan begitu lembut dan tidak hanyir.

Apatah lagi kuahnya yang cukup enak sehinggakan ada yang menghirupnya. Lbih sedap lagi jika dimakan dengan telur dadar dan lauk pauk lain.

Hargnya juga masih relevan dan tidak banyak beza dengan tempat lain iaitu RM15 untuk sepotong ikan patin.

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula jam 11.30am – 10pm

Google Maps Location

Anda wajib pergi ke salah satu tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang kami cadangkan ni. Macam tak lengkap pula percutian anda nanti kalau tak mencuba makanan enak sebagai alas perut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!