Negeri Kelantan sudah sinonim dengan keenakkan hidangan tradisinya. Kalau ditanya apa yang paling best tentang negeri ini jawapan yang akan terpacul dari mulut mereka adalah makanannya! Jadi ramailah tercari-cari kat mana tempat makan menarik di Kelantan ni.
Ada juga yang datang daripada jauh hanya untuk menikmati masakan Kelantan. Kata mereka, air tangan orang Kelantan ni tiada tolok bandingnya walaupun juadah sama turut dijual di tempat mereka. Jadi kat mana tempat makan yang paling sedap?
Jadi dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tempat makan yang sentiasa menjadi suggestion orang ramai. Baik penduduk tempatan mahupun pelancong.
Kami sediakan juga lokasi dan alamat supaya mudah anda mencarinya menggunakan Waze jika berkunjung ke negeri ini.
Nasi Kak Wook
Siapa sangka menu ringkas seperti nasi putih, gulai ayam, ayam goreng yang dipotong, dan sambal belacan ini mampu memukau sesiapa sahaja yang mencubanya. Itulah kesitimewaan resepi turun temurun ini sehinggakan ada yang cuba meniru resepinya dan menjualnya di Kuala Lumpur.
Oleh itu kalau anda datang ke Kota Bharu anda harus tahu hanya enam cawangan Nasi Kak Wook yang original. Ia terletak Jalan Masjid Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Baru Kubang Kerian, Pasir Hor, Bandar Satelit Pasir Tumboh dan Taman Sari.
Percayalah, rasa nasi Kak Wook ‘wannabe’ tidak akan sama dengan yang original!
Alamat: Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan
Orang kata kalau datang ke Kelantan tapi tak makan budu memang tidak lengkap. Jadi untuk melengkapkan percutian anda di Kota Bharu, kami cadangkan anda ke restoran yang sudah sinonim dengan budu dan ulam-ulaman, iaitu Restoran Cikgu Nasi Ulam yang terletak di Kampung Kraftangan.
Cara hidangan adalah layan diri, anda hanya pilih lauk pauk seperti nasi campur yang terhidang. Kami yakin akan pasti akan rambang mata kerana juadah di sini memang sedap. Lebih-lebih lagi dimakan dengan budu berserta ulam-ulaman yang akan membangkitkan selera!
Oh ya, restoran ini dekat dengan Pasar Siti Khadijah dan beberapa buah muzium. Lokasi yang sempurna buat pelancong.
Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Lido Corner Â
Masyarakat di sini turut menggelarkannya sebagai ‘nasi sup tepi sungai’ kerana kedudukannya betul-betul di tepi Sungai Kelantan. Restoran ini menghidangkan nasi putih, sup tulang, daging dan ayam bakar bersama sos istimewa.
Ya, itu sahaja hidangan yang dijual di sini. Â Tapi percayalah, gabungan tiga hidangan saling melengkapi. Hanya beroperasi pada tengah hari, menjadikan gerai ini packed dengan mereka yang keluar lunch.
Alamat: Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Milo Tunggeng (Pok Loh)
Ini merupakan salah satu gerai yang popular kategori sarapan pagi di Kelantan. Kedai kopi ini mendapat namanya dari gaya pemiliknya ini mencurahkan Milo dari tin terus ke dalam gelas. Apa yang pasti, minuman Milo di sini sangat pekat tidak kira panas atau sejuk.
Juadah lain seperti nasi berlauk, nasi lemak, dan kuih muih tradisi Kelantan turut dijual di sini. Warungnya kecil sahaja, jadi baik datang awal pagi kalau tak nak terlepas aksi milo dicurahkan dalam gelas.
Alamat: 110, Jalan Dusun 2, Kampung Dusun, 15200 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Kopitiam Kita
Sebuah lagi kedai khas untuk sarapan pagi. Kopitiam Kita Sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan penduduk Kota Bharu dan juga pelancong. Ia menghidangkan pelbagai juadah popular Kelantan seperti nasi berlauk (Nasi Air Dingin), nasi tumpang, nasi kerabu, dan kuih muih tradisional.
Apa yang paling popular di sini atau ‘signiture dish’ adalah Roti Titab. Ia adalah roti bakar, telur separuh masak tengah tengah roti, dan kaya buatan sendiri di calit di setiap penjuru roti. Keenakan roti istimewa ini menjadi bualan ramai hinggalah ke luar negara.
Selebriti dan ahli politik sering singgah di sini dan anda boleh lihat sendiri gambar-gambar yang dipamerkan di dalam restoran.
Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Warung Pak Mat Pulau Pisang
Terkenal dengan Teh Tarik Madu di mana buihnya mewah sehingga melimpahi gelas. Kami yakin anda pasti pernah melihat rakan-rakan memuat naik foto teh ini di media sosial. Ia adalah salah satu restoran di Kota Bharu yang sering disebut-sebut rakyat tempatan.
Namun itu bukan satu-satunya signature dish Warung Pak Mat ni kerana anda juga perlu cuba sup kepala ikan. Di sini anda boleh pilih sama ada siakap, merah, kerapu, jenahak atau tenggiri. Ikut citarasa masing-masing. Di makan pula dengan ayam kampung goreng, dan daging goreng kunyit. Pastinya akan membangkitkan selera.
Alamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Restoran Nasi Kerabu Golok
Boleh dikatakan banyak restoran yang menjual nasi kerabu Golok, tapi yang betu-betul sedap dan paling popular adalah yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra. Rasanya berbeza kerana ia mempunyai sentuhan citarasa dari Thailand.
Apa yang membuatkan restoran ini lain dari yang lain, adalah kerana nasi kerabunya dipadankan dnegan daging salai bakar. Malah lauk-lauk sampingan lain seperti ikan celup tepung, ayam bakar, telur masin, sambal, dan ulaman segar juga turut menjadi penyumbang kepada keenakan Nasi Kerabu Golok.
Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
KST Ikan bakar Wakaf Che Yeh
Jika anda berada di kawasan Wakaf Che Yeh, kami cadangkan supaya anda singgah di KST Ikan Bakar. Ini kerana ia menghidangkan antara ikan bakar paling sedap di Kota Bharu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba masakan ala Thai seperti tomyam, kailan ikan masin, siakap dimasak stim, dan udang/sotong goreng tepung.
Dah alang-alang shopping di Pasar Malam Wakaf Che Yeh, jom isi perut di sini. Cuma 3 minit sahaja untuk ke restoran ini.
Alamat: Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan. ( Google Map Location )
Oh My Soto
Agak susah nak cari soto yang sempurna dari segenap aspek. Lol! Oh My Soto menyajikan pelbagai sajian tempatan seperti soto, nasi ayam, lontong, laksa Penang, colek ayam, dan pasembor.
Tapi yang paling menyerlah sudah tentulah soto. Di sini, soto boleh dinikmati dengan nasi impit, bihun, mee, dan kueh tiaw. Selain supnya yang memikat, gabungan kicap pedas dan begedilnya turut menjadikan soto di restoran ini mempunyai rasa yang sempurna.
Alamat: Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
New Horizon Garden
Okay, harga makanan di New Horizon Garden agak mahal berbanding di restoran yang kami cadangkan di atas. Restoran ini menghidangan pelbagai jenis masakan panas khususnya ala Thai. Tomyam, siakap dimasak stim, kailan ikan masih, butter prawn, kerabu mangga memang sedap dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Penulis cadangkan anda order daging sizzling. Percayalah, anda tidak akan menyesal. New Horizon Garden boleh dikategorikan sebagai tempat makan menarik di Kelantan pada waktu malam. Cukup meriah di malam hari.
Alamat: Lot 891, Jalan Pasir Mas – Salor, Batu 4, 15100 Kota Bharu, Kelantan ( Google Map Location )
Damia Cafe
Anda pasti pernah dengar tentang ‘colek’ atau rojak yang menjadi hidangan supper rakyat negeri Che Siti Wankembang. Nah, kalau nak rasa colek sedap di Kota Bharu, kami cadangkan singgah ke Damia Cafe.
Di sini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM10 dengan pelbagai jenis aneka colek. Pelanggan diberi pelbagai pilihan antaranya ikan, ayam, paru, sotong, perut lembu, kerang dan ketam. Steamboat juga sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Alamat :Â ( Google Map Location )
Colek lebih popular di bulan Ramadan kerana ramai yang menjamahnya selepas selesai menunaikan solat Terawih.
Makan Kelantan sememangnya cukup istimewa dan menjadi kebanggan rakyat negeri ini. Kalau tidak, masakan ia popular hingga terbawa-bawa ke negeri lain. Kalau anda berkesempatan berkunjung ke negeri ini, anda boleh cuba berjumjung ke tempat makan menarik yang kami senaraikan di atas.
2 Replies to Tempat Makan Menarik di Kelantan
Salam.. Encik boleh ko promosi cafe saya?
Boleh Tuan.. Saya PM