Tempat Makan

Tempat Makan Best dan Murah di KL

Jika anda ke Kuala Lumpur tetapi mempunyai bajet yang terhad, sudah tentu anda perlu berjimat dalam segala hal. Terutama sekali bab makan. Biasalah kota metropolitan ini. Kebanyakan harga makanan memang cekik darah. Usahkan restoran terkemuka, bahkan gerai biasa pun mengenakan caj tidak masuk akal. Jadi melalui artikel ini kami akan kongsikan beberapa tempat makan best dan murah di KL untuk anda.

Senarai tempat makan yang akan kami kongsikan ini berdasarkan populariti dan sering menjadi buat mulut para netizen.

Pekan Station

Tak semua hidangan Western itu mahal. Kita perlu tangkis tanggapan itu. Pekan Station yang terletak di Kampung Baru menyajikan masakan ala Barat pada harga murah.

Antara menu popular di sini adalah Chicken Chop Pasta, Mix Grill yang menggabungkan ayam, daging lembu dan kambing serta Chicken Bleu, meatball, dan Chicken Boxing. Bayangkan menu Black pepper Steak cuma berharga RM14 sahaja.

Anda boleh cuba menu lain seperti Chicken Chop Pasta, Mix Grill yang menggabungkan ayam, daging lembu dan kambing serta Chicken Bleu, meatball, dan Chicken Boxing.

Anda boleh menjamu selera dalam suasana kampung yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 5 pm – 11.30 pm | tutup pada Khamis

Kedai Murah Meriah Nasi Campur

Kalau tengok dari nama kedai makan ni pun sudah tahu bagaimana kualitinya. Kedai Murah Meriah Nasi Campur menyajikan pelbagai masakan Melayu. Antaranya masak lemak cili padi, aneka gulai, siput sedut, ikan goreng berlada, kangkung masak belacan, ayam goreng, dan banyak lagi.

Tempat makan best Kampung Baru ini sentiasa penuh di waktu tengah hari. Jadi, pastikan anda datang awal.

Ia mendapat rating yang agak tinggi di laman Google iaitu 4.4/5, dengan ulasan “Makanan murah, kecil, tapi padu”.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 10.30 am – 5 pm | tutup pada Ahad

Western Express

Sebuah lagi tempat makan western murah di Kuala Lumpur. Western Express agak popular di kalangan pelajar kerana ia menjual Chicken Chop pada harga RM7 sahaja! Memang susah nak cari makanan Barat semurah ini di KL.

Menu lain yang anda boleh pilih adalah kombinasi chicken grilled, beef steak, hotdog, chilli cheese fries, dan lain lain. Jangan lupa untuk cuba WEX Beefburger Horseshoe iaitu signature dish mereka yang Cuma berharga RM11.

Kalau anda tengah cari tempat makan malam best di KL, di sinilah tempatnya.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 4.30 pm – 5.30 am

Restoran Raso Omak Den

Penggemar masakan Melayu asli khususnya dari Negeri Sembilan, wajib singgah ke Raso Omak Den. Walaupun ada yang mengatakan masakan asli Negeri Sembilan ni pedas-pedas belaka, tapi bagi sesetengah pihak, lagi pedas lagi sedap!

Penangan daging salai dan udang galah masak lemak cili padi membuatkan ini sentiasa penuh terutama di waktu tengah hari. Memang sukar untuk mendapatkan meja.

Antara hidangan popular adalah Antara hidangan popular ialah daging salai lemak cili padi, udang galah lemak cili padi, siput sedut, pari bakar, tempoyak daun kayu, cendawan kukur, ayam kampung berlada, telur itik dan terubuk masin.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 7.30 am  – 5 pm | Tutup pada Jumaat

Satay Zaini

 

Siapa tidak kenal dengan Satay Zaini? Salah satu tempat makan menarik di Ampang ini sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Daging sataynya cukup dan lembut, manakala kuah kacang pula tiada tolok bandingnya.

Terdapat pelbagai jenis satay yang boleh anda pilih seperti satay perut muda, hati ayam, kambing, limpa, dan lain-lain. Jadi ia tidak terhad pada daging lembu dan ayam sahaja.

Restoran ini juga menjadi pilihan JJCM suatu ketika dahulu.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 4 pm – 11 pm

Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju

Tengah cari tempat makan best di Wangsa Maju? Cubalah hidangan popular dari Kelantan ini iaitu Nasi Kak Wook!

Nasi putih bersama gulai ayam, ayam goreng, dan sambal belacan diperah asam limau ini mampu menangkap selera sesiapa sahaja. Atas permintaan ramai, ia dibawa ke Kuala Lumpur.

Sekadar peringatan, ini bukanlah Nasi Kak Wook original Kelantan. Tetapi rasanya seakan sama.

Pada waktu pagi, mereka menyediakan nasi berlauk dari Kelantan, kuih muih dan roti canai.

Baca: 9 Tempat Sarapan Best di Kuala Lumpur

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 8 am – 6 pm | tutup pada Jumaat

Medan Selera Taman Sri Gombak

Makanan yang dijual di food court atau medan selera tidak pernah mengecewakan. Bukan sahaja murah, tetapi sedap. Sangat berbaloi. Antara medan selera yang popular adalan Medan Selera Taman Sri Gombak.

Banyak gerai-gerai yang menjual hidangan pelbagai yang boleh anda pilih. Juadah popular adalah gulai kawah, ikan bakar, percik ikan, kerabu, ulam-ulaman beserta pelengkap hidangan seperti tempoyak, budu, sambal belacan, dan cencalok.

Waktu tengah hari memang penuh, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menjamu selera masakan kampung.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 11 am – 12 am

Al Azmi ZK Garden

Restoran ini memang meriah pada waktu malam. Ini kerana mereka menyediakan pelbagai jenis menu dari shellout, western, seafood, ala Thai, dan masakan panas. Semuanya sedap belaka dan mendapat review baik di Google Review.

Suasana restoran juga tenang, luas, dan sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga besar serta anak kecil. Anda boleh pilih untuk makan di meja atau di bersila di gazebo.

Menu yang menjadi pilihan pelanggan di sini adalah chicken chop, dan ala Thai. Tomyamnya memang padu!

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 5 pm – 12 am | tutup pada Rabu

Restoran Gerak 23

 

Bagi yang teringin nak makan masakan kampung sedap di sekitar Kampung Baru, kami cadangkan anda ke Restoran Gerak 23. Cukup popular di kalangan warga tempatan terutama mereka yang berkerja di kawasan berdekatan.

Restoran ini menyediakan sejumlah lauk ala kampung dengan gulai, masak lemak, asam pedas, ayam goreng, ikan, seafood, dan ulam ulaman.

Bukan itu sahaja, harganya juga amat berpatutan di mana anda boleh mendapatkan hidangan yang berharga RM5.

Tak nak makan nasi campur? Mereka juga sediakan masakan panas dan burger untuk pelanggan.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 11 am – 7 pm

 

Itu dia tempat makan best dan murah di KL. Semoga senarai di atas dapat membantu anda dalam menjimatkan perbelanjaan ketika bercuti di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!