Senarai Resort

Senarai Resort di Kuala Lumpur

Ramai yang tak percaya yang di Kuala Lumpur pun ada resort. Mungkin selama ini kita telah dimomokkan yang resort hanya berhak diguna pakai oleh hotel yang dibangunkan ditepi pantai. Walhal, resort itu bermakna tempat penginapan atau berehat yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuklah hiburan dan rekreasi. Jadi kota besar tanpa pantai seperti Kuala Lumpu memang ada resort.

Tetapi resort di KL kebanyakkannya memiliki swimming pool, maka harga bilik agak tinggi berbanding hotel bajet. Tetapi kemudahannya memang tip top dan boleh melengkapkan percutian anda.

#1 Sunway Resort Hotel & Spa – harga dari RM487

Sunway Resort Hotel & Spa menawarkan percutian lengkap di tengah bandar. Ini kerana bukan sahaja sebuah resort yang lengkap dengan kemudahan dan keselesaan, bahkan memberikan pas masuk ke taman tema Sunway Lagoon yang hanya bersebelahan dengan resort.

 

Tidak cukup dengan itu anda menikmati kemudahan membeli-belah di pusat beli-belah terkemuka Sunway Pyramid yang dihubungkan terus dari hotel. Pada kami, ini merupakan best resort in Kuala Lumpur! Sangat sesuai untuk family.

Kemudahan: Kolam renang, wifi, parking percuma, room service, spa, gimnasium, breakfast percuma, bowling

Jarak dengan tempat menarik:

  • Sunway Lagoon – 8 meter, 1 minit
  • Bukit Bintang – 9.2km, 25 minit
  • Plaza Low Yat – 18 km, 22 minit
  • KLCC – 19.9km, 23 minit
  • Central Market – 16km, 25 minit

Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor (Google Maps Location)

#2 Berjaya Hotels & Resorts – harga dari RM327

Salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Berjaya Hotels & Resort memastikan pelanggannya merasai pengalaman sempurna tatkala menginap. Semasa penginapan anda di resort, anda dapat menikmati kemudahan spa, makan dan golf yang luar biasa.

Resort ini juga mempunyai kompleks membeli belah di sebelahnya dan terdapat indoor theme park di dalamnya.

Kedudukan hotel ini juga cukup strategik iaitu di tengah tengah kota KL. Ini bermakna ia dekat dengan tempat tempat menarik.

Kemudahan: Kolam renang, wifi, restaurant, sarapan pagi, room service, restoran, gimnasium, bar.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Plaza Low Yat – 600 meter, 3 minit
  • Sogo – 4.8km, 10 minit
  • Pavilion – 1.4km, 7 minit
  • KL Tower – 4.9km, 13 minit

Alamat: Level 15 West, Berjaya Times Square Hotel, No. 1 Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

#3 The Club Saujana Resort – harga dari RM270

The Club Saujana Resort berkonsepkan flora dan hutan tropika. Tempat percutian terbaik jika anda ingin berehat dan melupakan masalah di tempat kerja buat seketika. Resort ini berkeluasan 160 hektar dan terletak di antara dua buah padang golf.

Menawarkan 105 nuah bilik elegan, resort ini akan memberikan pengalaman mewahkepada anda. Club Saujana Resort memastikan tetamu dengan pengalaman yang unik serta momen yang sukar dilupakan.

Kemudahan: Padang golf, restoran mewah, wifi, kolam renang, gimnasium, spa, sauna, breakfast percuma.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Sunway Pyramid – 9.8km, 10 minit
  • Chinatow – 19km, 23 minit
  • Ikea Damansara – 9.7km, 27

Alamat: Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor (Google Maps Location)

#4 Villa Samadhi Kuala Lumpur – harga dari RM845

Villa Samadhi ni memang eksklusif. Reosrt bertaraf 5 bintang ini mempunyai sentuhan ala Bali. Yang paling menarik di sini adalah kolam renangnya yang luar dan menghubungkan ke bilik. Ini bermakna beberapa buah bilik akan disambungkan terus ke kolam

Kalau anda rujuk Villa Samadhi Kuala Lumpur review di laman Booking, majoriti pelanggan yang pernah menginap di sini berpuas hati dengan perhidmatan yang diberikan. Lebih-lebih lagi dari segi kebersihan dan keindahan decornya. Bukankah itu elemen yang kita sering titik beratkan setiap kali ingin menempah hotel?

Kemudahan: Kolam renang, restoran, wifi, mini bar dalam mili, DVD, spa, sauna, room service, breakfast percuma.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KLCC – 1.8km, 4 minit
  • Pavilion – 3.8km, 7 minit
  • Petaling Street – 7.8km, 12 minit
  • Avenue K – 1.8km, 4 minit

Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

Kalau anda mencari “beach resort near Kuala Lumpur memang tak akan jumpa sebab KL tidak mempunyak pantai. Yang paling dekat adalah Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ada juga dikalangan kita yang mahu betul-betul berehat dihujung minggu tanpa memikirkan masalah kerja. Golongan ini sudah semestinya mencari Kuala Lumpur resort spa supaya boleh memanjakan diri.

Resort yang mempunyai perkhidmatan spa terbaik

  • The Chateau Wellness Resort
  • Spa Village Kuala Lumpur
  • Impiana KLCC Hotel

Rasanya kita semua perlukan masa untuk bercuti memandangkan tanggungjawab ditempat kerja semakin hari semakin berat. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di KL yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas sebaik sahaja pulang kerja. Semoga artikel resort di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda dalam mencari lokasi percutian singkat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!