Kedudukan Pahang yang menghadap Laut China Selatan menjadikan negeri ini juga memiliki beberapa buah pantai yang indah. Terdapat sekurang-kurangnya sembilan buah pantai di Pahang dan setiap satu daripadanya memiliki daya tarikan pelancongan yang tersendiri.
Ada yang dibangunkan sebagai pusat peranginan terkemuka seperti Cherating dan ada juga dijadikan sebagai perkampungan nelayan. Oleh itu dalam tulisan kali ini penulis akan mengulas tentang pantai-pantai menarik yang ada di Pahang. Diharap ia dapat menjadi panduan anda kelak.
Pantai Cherating
Pantai Cherating sememangnya salah satu pantai paling popular di Malaysia. Terletak di sempadan Pahang dan Terengganu, Cherating sering menjadi destinasi pilihan mereka yang mahukan percutian di tepi pantai. Tidak kiralah pelancong tempatan mahupun dari luar negara.
Persisiran pantainya yang cantik, pasir memutih, dan pantainya yang sesuai untuk bermandi-manda.
Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip di waktu malam, menaiki ATV, mandi manda, menunggang kuda, Cherating Mangrove River Cruise, dan banyak lagi.
Jangan tidak tahu, Cherating menjadi bualan di kalangan peluncur ombak tempatan sebagai pusat luncur ombak negara!
Tambahan pula, antara resort di Pahang yang paling dinilai tinggi dibangunkan di Cherating. Anda boleh pilih dari penginapan mewah seperti ClubMed hinggalah ke hotel murah.
Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak memang cukup popular di kalangan penduduk tempatan. Setiap hari, pantai ini sentiasa dipenuhi pengunjung tidak kira siang mahupun malam. Apatah lagi, lokasinya Cuma 12 minit sahaja dari pusat bandar. Boleh dikatakan antara tempat menarik di Kuantan yang boleh anda lawati.
Teluk Cempedak menjadi kawasan riadah seisi keluarga mahupun teman kerana landskapnya yang cantik dikelilingi batu-batu besar. Deretan restoran yang menyajikan masakan Melayu dan Barat termasuk McDonald’s yang beroperasi selama 24 jam menjadikan Teluk Cempedak sebagai lokasi sesuai untuk lepak di waktu malam.
Bahkan, banyak kemudahan yang ada di pantai yang di beri gelaran ‘TC’ oleh masyarakat tempatan ini seperti tandas awam, tempat mandi, wakaf, dan tempat letak kereta.
(Google Maps Location)
Pantai Beserah
Cuma 10 km dan mengambil masa kira-kira 18 minit dari bandar Kuantan. Sebahagian daripada Pantai Beserah merupakan perkampungan nelayan dan terkenal sebagai lokasi mencanting kain batik. Selain itu penduduk kampung di sini juga menjual ikan masin, kraftangan, dan restoran makanan laut.
Pantai Beserah ni terletak sebelum Pantai Balok jika anda daripadan bandar Kuantan.
Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat sebuah gua kecil yang dipanggil sebagai Gua Beserah yang dibuka kepada orang ramai.
Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam adalah sebuah lagi destinasi percutian tepi pantai di Pahang yang berbaloi untuk dikunjungin. Terletak sejauh 4 km pemanduan dari Kuantan melalui Beserah dan Balok.
Pantai ini jelas sekali mendapat namanya dari ciri unik yang ada di sini iaitu persisiran pantainya dipenuhi dengan batu batu berwarna hitam.
Tidak sesuai untuk bermandi manda, namun jika anda bertuah anda boleh menyertai pesta menangkap kerang di sini.
Sesuai dijadikan tempat lepak pada waktu petang kerana terdapat deretan gerai makanan dan kemudahan awam disediakan.
Pantai Balok
Pantai Balok merupakan lokasi popular kerana ia terletak hanya 8 km dari pusat bandar Kuantan. Persisiran pantainya luas, bersih, dan terjaga walaupun menerima kunjungan yang ramai.
Penduduk tempatan sendiri gemar menghabiskan hujung minggu di sini, apatah lagi pelancong kerana mereka boleh berulang-alik dari Kuantan sahaja.
Pantai Balok mempunyai kemudahan rekreasi yang termasuk taman permainan, gazebos dan bilik mandi. Terdapat banyak resort dan chalet, jadi anda tidak perlu risau soal penginapan.
Pantai Sungai Ular
Pantai ini tidak popular seperti pantai-pantai lain di Pahang. Mungkin kerana jaraknya agak jauh iaitu 33 km dari pusat bandar. Jika anda inginkan ketenangan seperti suasana kampung, bolehlah ke sini.
Terdapat beberapa resort menarik yang boleh anda pilih seperti Samsuria Resort dan dan Pallet Homestay.
(Google Maps Location)
Pantai Chendor
Pantai Chendor terletak kira kira 1 km dari Cherating. Ramai juga yang tidak tahu akan kewujudan pantai ini mungkin kerana ditenggelami populariti Cherating. Memandangkan ia tidak popular, pantai ini bersih dan indah.
Ia mempunyai tanjung berbukit dan terus menjalar ke pantai.
Pantai Chendor juga merupakan tempat penyu bertelur, anda boleh saksikannya sendiri pada waktu malam antar bulan April hingga September.
Pantai Taman Gelora
Terletak di dalam bandar Kuantan dan cuma 7 minit dari Teluk Cempedak. Taman Gelora merupakan taman rekreasi yang berada di tepi pantai. Ia menjadi pilihan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan jogging kerana banyak kemudahan bersenam dan laluan jogging sudah disediakan.
Penulis sendiri cukup suka beristirehat di Taman Gelora, begitu mendamaikan.
Oh ya, banyak juga gerai makan di sini. Yang paling mendapat perhatian adalah rojak ayam dan nasi ayam. Pada waktu pagi pula, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan nasi lemak di sini.
Alamat: Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan
Pantai Sepat / Tanjung Sepat
Pantai sepat adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Kuantan menuju ke Pekan. Tidak seperti pesisir pantai yang cerun ke laut untuk beberapa meter dan tiba-tiba jatuh mendalam, pantai di Pantai Sepat nampak lereng sangat perlahan ke laut. Ini menjadikan airnya sangat cetek.
Memandangkan pantai ini menuju ke Bandar DiRaja, luangkan masa anda dengan melawat beberapa tempat menarik di Pekan.
Sudah alang-alang berada di sini, anda boleh terus berkunjung ke tempat menarik di Gambang. Bosan mandi pantai, apa kata mandi di taman tema pula.
Pahang ni banyak lokasi peranginan yang best lagi menyeronokkan. Anda boleh ke tempat menarik di Bentong jika inginkan percutian di tanah tinggi dan bersuhu dingin. Selain itu banyak juga tempat menarik di Raub jika anda merangcang percutian unik yang dikelilingi alam semula jadi.
Okay lah, ramai yang memilih pantai di Pahang ini sebagai destinasi percutian singkat. Lebih-lebih lagi kerana jarak antara kesemua pantai yang kami sebut tadi tidak terlalu jauh. Tidak kira pantai mana yang anda pilih, kami berharap anda dapat berehat dan meluangkan masa bersama yang tersayang.