Tempat Makan

Makan Tengah Hari di KL

Bandaraya Kuala Lumpur sememangnya cukup luas, pesat dengan pembangunan, dan banyak tempat tempat menarik. Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak tempat makan menarik. Dalam artikel kami akan kongsikan kedai makan sedap di KL, khususnya tempat makan tengah hari yang popular dan sedap.

Sekirnya berpeluang bercuti di Kuala Lumpur, pastikan anda cuba menjamu selera di di restoran yang tersenarai di bawah. Manakala jika anda menetap di KL, nak makan tengah hari di mana? Terdapat 9 kedai makan sedap di KL yang boleh anda terjah!

#1 Restoran Raso Omak Den

Penggemar masakan dari Negeri Sembilan, wajib singgah ke Raso Omak Den. Kita semua tahu yang masakan dari orang Nogori pedas-pedas belaka. Tapi bagi sesetengah orang, lagi pedas lagi sedap!

Penangan daging salai dan udang galah masak lemak cili padi di Raso Omak Den membuatkan restoran yang terletak di Taman Melawati ini sentiasa penuh terutama di waktu tengah hari. Memang sukar untuk mendapatkan meja dan tempat letak kenderaan.

Antara hidangan lain yang popular, siput sedut, pari bakar, tempoyak daun kayu, cendawan kukur, ayam kampung berlada, telur itik dan terubuk masin.

Waktu operasi: 9am – 6pm, tutup pada Jumaat

Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of KL (Google Maps Location)

#2 Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau cukup popular bagi mereka yang inginkan lauk campur khususnya masakan kampung. Sambal Hijau menyediakan kira kira 80 jenis masakan Melayu. Menu paling popular sudah tentulah daging salai dan udang masak lemak cili api, gulai tunjang ikan bakar, ayam kampung, dan patin masak tempoyak.

Ulam-ulaman dan kerabu turut disediakan disamping aneka sambal/air asam atau pencicah yang boleh dipilih.

Sambal Hijau pernah dikunjungi ‘food program’ tempatan paling popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Kalau sampai masuk tv, terbukti sedaplah kan?

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula jam 7.30 am – 2 am

Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

#4 Gobang Maju Patin Tempoyak

Menu ikan patin masak tempoyak sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Keenakkannya diakui oleh segenap lapisan masyarakat. Tapi anda tidak lagi perlu memandu ke Temerloh, Pahang, kerana ikan patin tempoyak sedap terdapat di Gobang Maju Patin Tempoyak. Merupakan salah satu kedai makan sedap di Sri Rampai, restoran ini menyediakan resepi asli orang Pahang itu.

Antara menu lain yang turut digemari ramai adalah siput sedut, ikan bakar, udang galah, aneka jenis lauk yang berasaskan ikan sungai.

Waktu Operasi: 11am – 7pm

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#5 MZ Darul Naim

MZ Darul Naim menyediakan masakan dari negeri Kelantan. Penggemar makanan dari Kelantan atau rakyat Kelantan yang menetap di KL wajib singgah di restoran ini. Pelbagai lauk pauk dan kuih muih dari negeri Che Siti Wan Kembang itu yang anda boleh temui di sini.

Antaranya adalah gulai kawah, ikan singgang, ayam percik bekuah putih, ulam ulaman, budu, dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 7am – 1 am

Alamat: No. 64, Lorong Haji Hussein 2, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

#6 Restoran Rebung Datuk Chef Ismail

Okay, kalau anda nak tahu restoran dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Chef Ismail. Terletak di Jalan Tanglin, Restoran Rebung ini menyediakan segala macam hidangan dan masakan kampung yang mampu membuatkan anda mengubat rindu anda akan masakan ibu.

Dari lauk pauk seperti siput sedut, masak lemak cili api, kari, aneka gulai, ikan bakar, sotong/udang/ayam goreng, semua ada di sini. Kuih muih tradisional pun ada, banyak pulak tu.

Lagi satu hiasan dalaman restoran ini juga unik. Ia seperti anda melangkah masuk ke dalam rumah sendiri.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 8–10AM, 12–3PM, 3:30–5:30PM, 7–10PM

Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#7 Sweetree

Untuk penggemar masakan Korea, jangan lepaskan peluang untuk merasa makan asli dari negara K-Pop itu. Di Sweetree, mereka menyajikan pelbagai jenis masakan Korea. Yang paling popular adalah Sweet and Spicy Korean Chicken, kimbab, dan bibimbap. Anda juga boleh memilih untuk grill daging kerana gas sudah disambungkan pada meja.

Ramai juga yang memuji makanan di sini sehinggakan mendapat rating yang baik di laman Google. Ini merupakan antara tempat makan menarik Ampang yang wajib anda cuba.

Waktu operasi: 11.30am – 12am, tutup pada Selasa.

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor  (Google Maps Location)

#8 Cosy Place

Nak cuba makanan barat, bolehlah ke Cosy Place. Cukup menarik dan famous di Tempat makan best di Wangsa Maju ini cukup popular dengan hidangan Barat nya. Lebih lebih lagi hiasan dalamannya yang mempunyai sentuhan British.

Macam-macam masakan barat ada di Cosy Place yang boleh anda pilih seperti baked salmon with tartar, fish and chips, ribeye steak, spaghetti, dan banyak lagi. Masakan panas atau local food seperti nasi goreng pun ada.

Harganya pula masih berpatutan dan munasabah walaupun dikategorikan sebagai ‘cafe hipster’.

Waktu operasi: 11am – 10.15pm

Alamat: 27 29, Kuala Lumpur Suburban Centre, 3, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

#9 Kedai Nasi JJ

Beralih kepada tempat makan menarik Selangor, jika anda berada di sekitar kawasan Taman TTDI, sila cuba Nasi Kak Wok di Kedai Nasi JJ. Nasi Kak Wok merupakan menu tersohor dari Kelantan.

Nasi Kak Wok menggabungkan nasi putih, gulai ayam, dan ayam goreng, bersama sambal belaca dengan perahan asam limau. Bunyinya ringkas sahaja, tetapi cukup sedap!

Waktu operasi: 8.30am – 3pm

Alamat: 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor (Google Maps Location)

#10 Flora Kafe

Mencari tempat makan romantik di Kuala Lumpur? Kami cadangkan Flora Kafe untuk anda dan pasangan. Nak tahu apa yang ada di sini? Flora Kafe menyajikan menu tempatan seperti masakan panas dan western.

Menariknya di sini, suasananya begitu tenang dan diserikan dengan dekorasi menarik. Ini sekali gus membangkitkan mood romantik.

Waktu operasi: 12pm – 11pm

Alamat: Amp Walk, 218, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

Itu dia beberapa tempat makan tengah hari di KL yang kami rasakan menarik dan wajib cuba. Anda ada cadangan lain? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah dan cadangan anda bakal kami selitkan dalam artikel akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!