Johor, Tempat Menarik

20 Tempat Menarik di Johor Bahru

Daerah yang paling banyak lokasi tumpuan pelancong di negeri Johor sudah tentulah Johor Bahru (JB). Bercuti di sini banyak kelebihannya. Banyak tempat menarik di Johor Bahru yang berbaloi untuk anda kunjungi.

Ibu negeri Johor ini pesat membangun membuatkan bandar ini penuh dengan tarikan menarik. Baik dari segi hiburan, tempat rekreasi, taman tema, tempat bersejarah, serta tempat shopping.

Paling menarik anda dapat menyaksikan keindahan Singapura

Admin telah sediakan panduan lengkap untuk memudahkan percutian anda ke sana pada hujung minggu atau musim cuti sekolah nanti.

1. Legoland

Admin rasa kalau tak masukkan Legoland dalam artikel ini memang tidak akan lengkap. Mana tidaknya, ia merupakan tama tema bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan dari permainan kanak-kanak popular, Lego.

Legoland meliputi taman tema biasa serta taman air yang bakal memberikan keseronokkan kepada anda sekeluarga.

Legoland tidak pernah lekang dari menerima kehadiran pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara.

Taman tema kering terbahagi kepada lapan bahagian iaitu:

  • Lego kingdom
  • Imagination
  • Land of adventure
  • Lego technic
  • The beginning
  • Lego city
  • Mini Land
  • Akuarium Hidupan Laut

Manakala Legoland Water Park pula meliputi:

  • Beach Grill
  • Beach Blaster
  • Built-A-Raft
  • Duplo Splash Safari
  • Joker Soaker
  • Lego Slide Racer

Rasai pengalaman meluncur di dalam beberapa buah gelongsor berbeza, dan bermain ombak buatan di Beach grill. Taman tema air ini merupakan salah satu tempat mandi di Johor yang popular.

Harga tiket Legoland Malaysia 2018:

  • Theme park – Dewasa: RM150 | Kanak-kanak: RM130
  • Water park – Dewasa: RM98 |Kanak-kanak: RM82

Tiket Masuk Legoland – Klook
Tiket Staycation – Klook
Share Coach Transfer Singapore – Klook

2. Sanrio Hello Kitty Town

Watak kartun Hello Kitty sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia sudah lama menjadi kegemaran ramai dek kerana kecomelannya. Jika anda berada di JB, anda berpeluang untuk ke Sanrio Hello Kitty Town di mana ia merupakan sebuah taman tema yang dipenuhi dengan Hello Kitty.

Jangan sangka ia untuk kanak-kanak sahaja tau, kerana Hello Kitty Town ini juga sesuai untuk golongan dewasa.

Hello Kitty Town yang berada di aras pertama di Puteri Harbour mempunyai ENAM tarikan menghiburkan iaitu:

  • Hello Kitty Oz – Terokai pengembaraan dongeng dengan aktiviti interaktif, dan mengalami kisah keberanian dan persahabatan di Dunia Oz. Ia berlatar belakangkan alam magis dari filem klasik OZ tertapi semuanya digantikan dengan Hello Kitty. Menarik bukan?
  • Wishful Studio – Anda berpeluang untuk memperagakan pakaian Hello Kitty dan merakam gambar bak supermodel. Lakukan jugak aktivit seni seperti melukis dan berpeluang membawanya pulang sebagai cenderahati.
  • Hello Kitty’s House – Rasai pengalaman meneroka rumah Hello Kitty bersaiz kecil. Bukan itu sahaja, anda juga bakal diberikan tugasan untuk menyelesaikan misi yang menyeronokkan.
  • Purfect Stage – Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan lakonan dan menyanyi bersama-sama Hello Kitty dan rakan-rakan di atas pentas.
  • Kitty Tea Cup Ride – Menaiki tea cup ride yang comel bersama yang tersayang.
  • Dream Photo Garden – Bergambar bersama figura Hello Kitty dan rakan-rakan. Abadikan gambar tersebut sebagai kenang-kenangan.

Selain itu anda berpeluang menjamu selera di Kitty cafe dan membeli cenderamata menarik.

Harga tiket: RM81 | All pass ticket: RM118 (termasuk Thomas Town)

Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor

3. Thomas Town

Ini merupakan tempat menarik di Johor Bahru untuk anak-anak. Kerana Thomas Town bertemakan beberapa kartun popular di tv. Mereka pasti akan teruja melihat karakter animasi kegemaran muncul di dunia nyata!

Thomas Town meliputi beberapa buah kertun popular antarabangsa dan tempatan seperti:

  • Thomas and Friend
  • Pingu
  • Bob the Builder
  • Pingu
  • Angelina Ballerina
  • Barney and Friends

Pelbagai keseronokan dan rides yang boleh anda nikmati antaranya:

  • Bertie The Bus – Menaiki bas merah dengan berlatar belakangkan dunia Thomas and Friends.
  • Harold’s Helitours Ride – Helikopter comel ini bakal membawa anda melihat dunia Thomas. Berada di dalam helikopter ini membuatkan anda seperti benar benar berada dalam dunia Thomas.
  • Knapford Station – Lakukan lawatan ke Stesen Knapford di atas Thomas. Pastikan juga berpose untuk kamera juga.
  • Colin Crane Drop Ride – Saksikan pemandangan dari atas Island of Sodor bersama yang tersayang.
  • Sodor Windmill Ride – Ferris wheel klasik akan membawa anda sekeluarga melihat Island od Sodor yang indah.

Harga tiket: RM81 | All pass ticket: RM118 (termasuk Thomas Town)

Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor

4. Jalan Tan Hiok Nee

Jalan Tan Hiok Nee diwartakan sebagai kawasan kejiranan tertua di Johor dan ia masih terpelihara hingga ke hari ini.

Anda pasti akan terpukau akan senibina bangunan di sepanjang jalan. Bangunan-bangunan lama ini mempunyai unsur senibina China dan pada zaman kolonial.

Apa yang ada di sini? Banyak restoran menarik, kafe hipster, dan kedai pakaian untuk anda kunjungi.

Disebabkan ia terlalu cantik, Jalan Tan Hiok Nee menjadi tempat menarik untuk photoshoot di Johor Bahru.

Alamat: Jalan Tan Hiok Nee Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

5. Kwong Siew Heritage Gallery

Galeri ini mempamerkan informasi dan artifak tentang kedatangan rakyat China ke Johor pada zaman dahulu. Bagi mereka Johor Bharu adalah tempat untuk memulakan hidup baharu.

Banyak peralatan pertukangan, kostume opera China, barang kemas, dokumen, dan gambar lama di simpan di sini.

Menarik juga untuk anda lihat kerana ia sangat bermakna untuk bangsa Cina dan sejarah negara.

Waktu operasi: No. 24 Jalan Siu Nam, 80000 Johor Bahru, Johor Malaysia.

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Alamat: No. 24 Jalan Siu Nam, 80000 Johor Bahru, Johor Malaysia.

6. Zoo Johor

Jika anda bercuti bersama anak-anak, lawatan ke zoo pasti akan menggembirakan mereka. Kunjungi Zoo Johor yang terletak di Taman Istana, kerana zoo ini menempatkan lebih 100 spesis haiwan.

Haiwa-haiwan liar dan ekzotik seperti gorila, haimau, singa, dan lain-lain pasti akan mengujakan sesiapa sahaja.

Untuk pengetahuan, Zoo Johor merupakan antara zoo tertua di Malaysia. Tetapi ia masih kukuh dan dibaik pulih dari masa ke semasa.

Jika bertuah, anda boleh menyaksikan demonstrasi haiwan pada waktu wakti tertentu.

Harga tiket: RM3

Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm

Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

7. Johor Premium Outlets

Salah satu sebab mengapa anda perlu bercuti di Johor Bahru adalah kerana daerah ini mempunyai banyak tempat shopping. Yang paling popular sudah tentu Johor Premium Outlets.

Johor Premium Outlets(JPO) merupakan pusat membeli-belah yang memfokuskan fesyen dan pakaian dari jenama terkemuka. Ini merupakan cawangan pertama sebelum ia dibuka di Genting Higlands.

Sejak ia beroperasi, tidak pernah lekang dari menerima kehadiran pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara.

Banyak butik jenama terkenal yang boleh anda temui di sini seperti Levis, Prada, Coach, Victoria’s Secret, dan banyak lagi. Selain shopping, nikmati hidangan istimewa di cafe dan restoran yang ada.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor

8. Kuso Trick Art Gallery [closed]

Melawat galeri 3D memang menyeronokkan. Mana tidaknya, di sini terdapat pelbagai lukisan menarik yang nampak nyata jika dilihat dari sudut berlainan.

Lukisan-lukisan seperti inilah membolehkan anda mengambil pelbagai jenis gambar. Sesuai sekali untuk merakam memori bersama keluarga.

Kuso Trick Art Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Johor Bahru 2018. Memang hangat! Terdapat 5 jenis tema iaitu Be Funny, Excitement Scene, Horror Room, Romantic Love and Sweet Moment. Setiap tema memaparkan gambar berbeza. Pasti seronok dapat bergambar dengan pelbagai gaya. Dapatlah anda memuat naik ke media sosial nanti.

Harga tiket: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM12 |Bawah 110cm Percuma

Waktu operasi: 11 am – 8 pm

Alamat: 83-02, Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

9. Danga Bay

Tempat menarik di Johor Bahru yang seterusnya adalah Danga Bay. Kawasan ini mempunyai pemandangan teluk yang menakjubkan. Anda boleh menyaksikan bot-bot dan kapal kontena lalu-lalang yang membuktika Johor memang sangat pesat dengan aktiviti perdagangan.

Danga Bay boleh dikatakan tempat untuk kelas atasan. Ini kerana terdapat banyak restoran mewah. Selain itu ia juga mempunyai tempat rekreasi  dan pusat membeli-belah, Danga City Mall.

Alamat: Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor

10. Laser Battle

Salah satu tempat hiburan atau permainan yang sedang hangat sekarang adalah Laser Tag. Ia seakan paintball tetapi anda tidak perlu merasa sebarang kesakitan kerana hanya menggunakan pistol elektronik yang mengeluarkan cahaya semata.

Berkonsepkan futuristik, pemain perlu memakai baju elektronik dan diberi pistol laser yang mempunyai warna berbeza dengan pemain.

Seolah-olah berada di medan perang, pemain perlu mengatur strategi untuk mengalahkan musuh.

Walaupun perlu ‘menembak’ rakan, permainan ini sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim.

Harga tiket: 2 game RM35 seorang | 2 game RM45 seorang Klook

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

11. Pasar Karat Johor Bahru

Apabila malam menjelma, maka banyaklah gerai-gerai yang dibuka. Lain pula yang berlaku di Jalan Sengget kerana terdapat pasar malam yang hanya mengkhususkan barangan lama atau antik sahaja. Ia dikenali sebagai Pasar Karat (Rusty Market).

Jika anda seorang pengumpul barangan lama, kunjungan ke Pasar Karat pasti mengujakan. Banyak barangan lama yang masih elok dijual. Ia terdiri daripada peralatan elektrik, perhiasan, alat muzik, aksesori dan sebagainya.

Pakaian bundle dan peralatan terpakai pun ada dijual.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat 6pm to 12am | Sabtu – Ahad 7.30pm to 12am

Alamat: 26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

12. Kilang Bateri

Kilang Bateri menjadi tempat lepak di JB yang popular walaupun ia baharu sahaja beroperasi. Kenapa namanya ‘Kilang Bateri’? Ini kerana ia merupakan bekas kilang bateri jenama Eveready.

Kini kilang tersebut diubah suai menjadi tempat terkumpulnya cafe dan premis perniagaan yang menarik. Senang cerita, ia kini merupakan tempat hipster di JB.

Banyak kedai pakaian dan aksesori menarik yang dibuka seperti Super Sunday dan StickyBox. Kebanyakkannya menjual pakaian yang mengikut trend masa kini.

Selain itu, banyak cafe hipster yang boleh anda pilih. Antara hidangan yang boleh anda nikmati di sini adalah makanan Western, Korean, masakan tempatan, milkshake, ice blanded, dan banyak lagi.

[UPDATE] Kilang Bater sudah ditutup.

Waktu operasi: 12pm – 12am

Alamat: No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

13. Downtown Ride

Salah satu cara untuk benar-benar melihat tempat menarik di Johor Bahru adalah dengan menunggang basikal bersama Downtown Ride. Mereka menawarkan perkhidmatan ‘tourist guide’ tetapi dengan menggunakan basikal.

Anda akan dibawa mengelilingi bandar JB untuk melihat pemandangan dan mercu tanda menarik.

Akan tetapi kanak-kanak di bawah umut 12 tahun tidak dibenarkan ikut serta, kerana ia memerlukan anda melalui jalan berliku dan kemungkinan akan mendaki bukit.

Menarik untuk anda lakukan bersama rakan-rakan!

Hubungi: 016-2559094 untuk tempahan

Waktu operasi: 7am – 7pm

Alamat: Kampung Bahru, Johor Bahru, Johor

14. Austin Heights & Adventure Park

Selain Legoland, Austin Heights & Adventure Park merupakan sebuah taman tema yang menarik untuk dikunjungi di JB. Tetapi permainan di Austin Heights menguji tahap adrenaline anda.

Terdapat pelbagai halangan yang perlu anda lalui seperti halangan bertali, gelongsor, dan laluan bengkang-bengkok yang sukar.

Jika anda datang bersama anak kecil, usah khuatir kerana banyak aktiviti yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.

Harga tiket: Dewasa RM88 | Kanak-kanak RM78

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

15. Angry Birds Park

Siapa yang tidak kenal dengan permainan video menerusi telefon pintar, Angry Birds? Permainan ini cukup terkenal dan dimainka oleh semua golongan. Luangkan masa anda untuk berhibur di dalam taman tema khas iaitu Ang Birds Park.

Memasuki Angry Birds Park dan bermain di dalamnya membuatkan anda seolah-olah berada di dalam permainan tersebut. Ini kerana setiap item dan ride bertemakan Angr Birds.

Beli tiket di – KLOOK

Harga tiket: Dewasa RM75| Kanak-kanak RM60

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Level 3 KOMTAR JBCC, Centre,, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

16. Taman Merdeka

Taman merdeka merupakan sebuah taman rekreasi berlandskap indah untuk orang awam. Ia direka khas untuk rakyat Johor bersenam dan menghirup udara segar. Terdapat taman permainan, trek jogging, tasik buatan, dan dataran yang luas untuk lepak.

Selain bersenam taman ini sedikit sebanyak memberikan info tentang kesukaran negara ini untuk mencapat kemerdekaan.

Terdapat 9 buah taman berbeza dan setiap satunya menceritakan bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan melalui papan tanda.

Alamat: Jln Datin Halimah, 80200 Johor Bahru, Johor

17. Stadium Larkin

Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau Stadium Larkin kini menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan negeri Johor. Sejak kelab bola sepak Johor Darul Takzim diberi nafas baru pada 2013, pasukan kebanggaan rakyat negeri ini sering mencipta kejuaraan baik dalam liga tempatan mahupun peringkat Asia.

Bukan itu sahaja, teknologi dan fasiliti yang digunakan oleh pasukan JDT juga bertaraf antarabangsa dan sama dengan pasukan dari Eropah.

Untuk itu, ia dibuka untuk tatapan menyokong JDT serta peminat bola sepak tempatan. Pengunjung berpeluang melihat bilik persalinan, padang latihan, menjejakkan kaki di padang bola, serta membeli merchandise JDT melalui tour yang disediakan.

Alamat: Jalan Dato Jaafar, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

18. Salahuddin Bakery

Kedai roti legend ini dibuka pada 1937 lagi dan sejak dari itu roti dan pastri di sini menjadi kegemaran rakyat Johor Bahru. Masih mengekal konsep asal kedai, anda boleh nampak yang ia benar-benar oldschool.

Namun keenakkan rotinya tidak pernah berubah. Malah, ada yang sanggup beratur untuk menikmati roti di sini. Roti yang menjadi kegemaran ramai adalah Roti Naik, karipap yang berbentuk segitiga, dan roti berkrim.

Alamat: 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

19. Pasar Karat Johor Bharu

Jika Kuala Lumpur ada Petaling Street dan Uptown, Johor pula memiliki Bazar Karat. Kedua duanya mempunyai persamaan iaitu merupakan bazar larut malam yang menjual segala jenis barangan pada harga murah.

Memang rambang mata kalau dapat shopping di sini. Pakaian, makanan, beg, kasut serta aksesori gajet, barangan antik, semuanya boleh di dapat di sini.

Beroperasi sehingga lewat malam, ada yang mengatakan lebih lewat, harga barangan menjadi lebih murah.

Suasana di pasar malam ini cukup meriah dengan deretan gerai, peniaga terpekik-pekik untuk menarik perhatian pelanggan.

Waktu operasi: 7 pm – 12 am | Setiap hari

Alamat: -26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor (Google Maps Location)

20. The Little Big Club

Legoland bukan satu-satunya taman tema di Johor. The Little Big Club mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tetapi The Little Big Club hanya mengkhususkan kepada siri katun popular Thomas & Friends, Pingu, Barney, Bob the Builder, dan Angelina Ballerina.

Anak-anak pasti teruja apabila dapat masuk ke dunia kartun yang dibina dan berinteraksi bersama karakter kegemaran mereka.

Banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak dalam ni. Semuanya bertemakan kartun popular ini. The Little Big Club berkongsi bangunan dengan Hello Kitty Town.

Harga tiket:

3 tahun dan ke atas – RM85

Kombo: Hello Kitty + Thomas Town – RM125

Alamat: Persiaran Puteri Selatan 79100 Nusajaya Johor (Google Maps Location) 

21. Skyscape Johor Bahru

Tarikan terkini di JB adalah Skyscape Johor Bahru di mana anda boleh lihat pemandangan JB dari ketinggian 149 meter. Nikmati pengalaman berjalan di atas jambatan kaca sambil mengambil gambar kenangan.

Selain jambatan kaca, terdapat banyak lagi tarikan yang disediakan. Memang berbaloi dengan harga kerana semua peralatan dan pertunjukkan adalah premium. Skyscape Johor Bahru ini sesuai untuk semua golongan.

Tempat: Skyscape Johor Bahru

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM26, Kanak-kanak RM16, Warga emas RM21 | Beli tiket di SINI

Aktiviti:

  • VR experience, terowong dengan cahaya LED
  • Permainan interaktif, dan mini theatre

22. Blue Ice Skating Rink

Bakal beri pengalaman berharga buat anda sekeluarga pada harga yang amat berpatutan. Anda akan berluncur di atas ais yang sebenar dan suhu persekitaran juga memang sejuk.

Tidak pandai skating? Jangan risau, staff mereka akan beri tunjuk ajar. Kawasan skating memang luas, dan tidak crowded sangat.

Untuk lebih jimat, bawa sarung tangan dan stokin sendiri. Jika tidak anda perlu sewa, kerana pemakaian adalah diwajibkan.

Tempat: Blue Ice Skating Rink

Lokasi: Google Map

Harga tiket: RM25 | Beli tiket di SINI

23. Kota Tinggi Firely Park

Untuk lihat kelip-kelip, anda boleh menaiki bot dan menyusuri sungai sekitar 40 minit.  Disamping lihat cahaya haiwan, anda bakal mendengar panduan dan sejarah kawasan oleh pemandu.

Pastikan anda bawa camera yang berkualiti untuk rakam momen ini kerana anda akan menyusuri sungai dalam keadaan gelap gelita. Cuma cahaya kelip-kelip yang bakal menerangi anak sungai.

Tempat: Kota Tinggi Firefly Park

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM20, Kanak-kanak RM12 | Beli tiket di SINI

24. Utopia Jungle World Children Theme Park

Sebuah taman tema mini indoor yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Pelbagai permainan disediakan untuk anak-anak kecil.

Terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Bricks World, Bumper Car, Rainbow Tree, Nature’s Beach, Balloon House, Interactive Slide, dan Adventure Pool. Bukan sahaja berhibur, bahkan ada juga permainan jenis interaktif untuk tambah ilmu si cilik.

Ibu bapa juga boleh turut serta bermain dan awasi anak. Untuk lebih jimat, bawa stokin sendiri.

Tempat: Utopia Jungle World Children Theme Park

Lokasi: Google Map

Harga tiket: RM65 | Beli tiket di SINI

 


Kalau diikutkan banyak lagi tempat menarik di Johor ni. Tapi susah juga kalau nak disenaraikan semua. Dengan itu, selepas kami senaraikan dalam bullet point sahaja. Anda boleh klik pada tajuk tempat menarik tersebut untuk check jarak dan location di Google Map, kalau ia berdekatan dengan tempat anda menginap.

Hotel menarik di Johor Bahru

  • Bliss Boutique Hotel  – harga dari RM155
  • 1 Tebrau Suites – RM154
  • Holiday Villa Johor Bahru City Centre – harga rari RM270
  • Potpourri Boutique Hotel – harga dari RM105

Untuk menempah anda boleh menggunakan laman menempah seperti Booking dan Agoda untuk harga terendah.

Tempat menarik di Kota Tinggi

  • Desaru Coast Adventure Waterpark
  • Muzium Kota Tinggi
  • Kota Tinggi Firefly Park
  • Air Terjun Kota Tinggi

Tempat menarik di Kulai

  • Star Fish Leisure Farm
  • Upside Down Warm House

Tempat menarik di Batu Pahat Johor

  • Wet World Batu Pahat
  • Pantai Minyak Beku
  • Taman Rekreasi Y

Tempat menarik di Pasir Gudang

  • TS Wonderland Indoor Water Park
  • Muzium Layang-Layang
  • Taman Pertanian Kong-kong
  • Sarang Buaya Tanjung Langsat

Air Terjun di Johor

Sebagai negeri yang menghadapt Laut China Selatan, maka banyaklah pantai yang boleh anda lawati. Selain itu, jika anda suka akan air yang dingin, terdapat beberapa buah air terjun di Johor yang sesuai dijadikan sebagai tempat berkelah.

  • Air Terjun Kota Tinggi
  • Air Terjun Ayed Puteh
  • Air Terjun Gunung Pulai
  • Air Terjun Gunung Ledang

Tempat menarik di Johor Bahru ini boleh dikatakan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi memilih JB sebagai lokasi percutian merupakan pilihan ideal. Atau ada lagi tempat menari yang admin tidak tahu? Kongsikan di ruang komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!