Hotel Dan Penginapan

Le Medirien Kota Kinabalu Review

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, memang tenang dan mendamaikan. Ini kerana majoriti tempat menarik di sini lebih kepada tarikan alam sekitar yang mempersonakan. Lokasi seperti Pantai Tanjung Aru, Borneo Ant House, Pasar Gaya, dan lain-lain pasti akan menceriakan percutian anda. Persoalannya, nak menginap di mana? Jika anda mempunyai bajet lebih, kami cadangkan anda menginap di Le Meridien Kota Kinabalu.

Le Meridien merupakan rangkaian hotel terkemuka kerana ia mempunyai beberapa cawangan di Malaysia dan serata dunia.

Terletak di Jalan Tun Fuad Stephens, Le Meridien Hotel menawarkan penginapan mewah dan selesa untuk mereka yang benar-benar ingin merasai nikmati bercuti.

Sesetengah orang mahukan hotel yang dekat dengan kemudahan awam seperti tempat menarik dan pusat membeli-belah. Jadi tidak hairanlah mengapa hotel ini sering menjadi pilihan pelancong.

Kalau nak tahu, Le Meridien berhampiran dengan kawasan tumpuan seperti Pantai Tanjung Aru, Oceanus Waterfront Mall, Filipino Market dan banyak lagi. Bahkan ia terletak kira-kira 1 km sahaja dari Jesselton Point, iaitu jeti untuk ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman seperti Pulau Sapi.

Strategik bukan? Ia berada di tengah-tengah banda KK dan membuatkan anda mudah untuk meneroka keindahan dan keunikkan bandar ini.

Kemudahan

Untuk memenuhi kehendak majoriti pelanggan, Le Meriden menyediakan sebuah kolam renang bersaiz besar. Kolam renang terbuka ini sesuai untuk semua golongan. Bukan itu sahaja, anda boleh bersantai di gazebo cantik dan melihat keindahan pantai dan gugusan pulau indah.

Pelanggan boleh manjakan diri di spa dan mendapatkan khidmat massage yang menyegarkan. Bukankan nikmat kalau menerima urutan? Ini sekaligus dapat melegakan kepenatan setelah bertungkus lumus berkerja sepanjang minggu.

Untuk yang menjaga kesihatan badan dan ingin memastikan tubuh sentiasa ‘fit’ sebuah pusat kecergasan (gym), sauna, dan stim disediakan untuk kegunaan anda.

Kepelbagaian bilik

Terdapat 11 jenis bilik di Le Meridien Kota Kinabalu iaitu dari bilik biasa hinggalah bilik yang super mewah, Vista Seaview king, Guest room, 1 King, Mid floor.

Bagi yang ingin meluangkan masa pada hujung minggu bersama keluarga, bilik Vista Seaview Twin merupakan pilihan yang paling ideal.

Apa yang best di Le Meridien adalah dekorasi dalamannya yang moden dan elegen. Penggunaan tona warna yang lebut menambahkan sentuhan mewah hotel ini. Apatah lgi apabila setiap bilik disusun dengan perabot cantik dan minimal.

Setiap bilik disambungkan dengan mudahan Wifi, televisyen LCD, mini bar, dan toiletries. Untuk keselesaan, hairdryer dan bathrobes disediakan.

Sarapan pagi disediakan

Soal makan pula, pelanggan diberikan sarapan pagi ala buffet di restoran mewahnya, Latest Recipe. Le Meridien buffet review juga dinilai baik di laman TripAdvisor. Selain itu hidangan hidangan ala carte untuk makan tengah hari dan malam juga disedikan di sini.

Terdapat tiga buah lagi restoran iaitu Favola Italian Restaurant, Azure Pool Bar & Café dan Latitude 05.

Harga bilik Le Medirien Kota Kinabalu

Kemudahan: Wifi, kolam renang, sarapan, parking percuma, bilik keluarga, spa, sauna

Jarak dengan tempat menarik

  • Upside Down House – 46 minit
  • Gaya Street – 11 minit
  • Kota Kinabalu Central Market – 5 minit
  • Atkinson Clock Tower – 13 minit

Hotel lain yang menarik sekitar KK

  • Promenade Hotel Kota Kinabalu
  • Marriott Kota Kinabalu
  • Hilton Kota Kinabalu
  • Hyatt Kota Kinabalu

Secara keseluruhan, Le Medirien Kota Kinabalu memang bakal menceriakan lagi percutian anda di Kota Kinabalu. Ia selesa mewah dan sempurna untuk percutian santai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!