Tips Travel

Cara Memilih Travel Beg

Bagi saya antara faktor yang paling penting bila kita nak pilih travel bag, adalah dengan mengetahui jenis beg travel yang sesuai, berapa harga beg yang kita selesa, dan saiz luggage yang kita mahukan. Sama ada yang paling besar atau pun sederhana.

  1. Jenis beg travel yang sesuai
  2. design atau warna..
  3. Berapa bajet beg travel yang kita cari – tapi kena berpadalah ya. Jangan spend RM 100 tapi kemampuan beg tu kita tengok pula pada harga yang ribu ribu.
  4. Dan semestinya saiz, betapa besar yang kita mahukan.
  5. berapa slot ada
  6. safety

Atau kalau anda ada rasa pendapat lain, boleh kongsikan juga di ruangan komen ya.

Jenis Travel Beg

Travel beg ada macam macam jenis. Kalau ikut artikel sudah yang saya ada kongsikan sebelum ada 6 jenis kesemuanya. Jenis yang bagi saya paling mudah dan paling ramai orang guna ialah Carry On Luggage.

Bagi saya CarryOn Luggage ni lebih mudah. Nak susun pun mudah, nanti bila nak guna pun akan mudah. Sebab kita boleh buka terus semua bahagian beg kan. Banding beg macam backpack, saya tak selesa sangat kalau ada bebanan di belakang badan saya. Lagipun memang kebiasaannya pun saya akan gunakan kereta masa travel ni. Public transport pun saya jarang guna.

Beg carry on luggage juga ada tayar atau wheelkan. So lebih mudahkan lagi juga bila nak bawak. Seret guna roda dia sahaja.

Wheel ini juga kalau anda nak beli jangan beli yang plastik. Nanti bunyi bising sangat bila anda seret beg ni kalau di jalan tar. Better beli yang ada getah sikit. Bila beg luggage ni, sepanjang pengalaman saya guna, bahagian yang paling mudah dan paling awal rosak ialah di bahagian pemegangnya.

Sama ada susah nak tutup, atau tak boleh tutup terus. Tapi tak apa lah, puas juga lah guna lepas setahun pun. Harga pun tak sampai RM 100 kalau tak silap.

Design Atau Warna

Saya perasan ada luggage beg yang kartoon mickey mouselah. Bunga bungalah. Memang macam macam. Ikut cita rasa sendiri. Untuk saya sendiri, selaku laki yang maskulin. Saya suka yang satu jenis warna sahaja dan kosong. Tiada design atau gambar apa apa.

Tapi saya pun perasan kadang tu, kita nak pilih warna atau gambar yang unik sikit untuk mudah nampak bila tray luggage masa turun flight lalu kan? Senang sikit nak perasan. Macam abang saya beli, besar gila, warna hijau pun striking lain macam. Memang mudah nampak.

Bajet Berapa

Travel beg boleh dapat bawah RM 100 ja. Kalau memang bajet lebih, ada yang harga sampai RM 5000 pun tiada masalah. Kalau memang anda pentingkan safety.

Untuk saya sendiri bukanlah tak focus pada safety. Tapi memang luggage beg ni kebiasaannya akan dekat dengan saya sahaja. Dan saya pun jarang gunakan public transport. So memang beg tu duk dalam kereta sahaja. Lagipun kalau saya spend sampai RM 5000 untuk beli beg travel, baik saya setelkan loan motor saya dahulu.

Apa apa pun, bergantung kepada bajet dan kemahuan kita.

Kalau betul memang tiada masalah bajet, boleh la cuba brand brand utama seperti American Tourister yang memang pada harga mid range gitu, dalam 150 dollar. Atau pun brand atau company macam Samsonite yang dah 100 tahun company. Awal dulu buat trunk (peti simpanan). Brand Samsonite ni pun lebih kurang dalam RM 800 sahaja. Brand TravelPro pun agak kemas juga. Namun bagi saya brand Hartmann tampak lebih exclusive design gitu.

Apa pun bergantung kepada bajet anda, dan bagaimana juga anda nak gunakan beg itu nanti. Kalau memang sentiasa disisi. Anggap luggage beg ni macam saya sahaja.Asalkan boleh guna untuk simpan baju baju, dan pastikan jangan beli yang jenis kain sahaja.

Saiz

Untuk Saiz ini macam sesuatu yang subjektive. Untuk saya sendiri saiz sederhana sudah cukup. Tapi kalau wife saya memang tak cukup saiz sederhana yang macam saya guna.

Saiz beg luggage anda beli juga mesti tally dengan saiz boot kereta. Kalau beli tapi tak muat nak masuk kereta sendiri pun masalah juga.

Berapa Slot Boleh?

Slot atau ruang ruang yang anda boleh masuk stoking, sependa, baju dalam semua kadang tu memang jenis ada yang betul betul particular. Untuk saya sendiri, saya masuk sahaja tempat yang sama. Tapi bagus juga, tak da seksa anda nak cari semula nantikan. Contoh macam tempat simpanan barang kecil kecil seperti charger, hands free ataupun power bank.

Kalau nak cari jenis slot untuk letak laptop pun ada. Tapi bagi saya, lebih selesa letak laptop dalam beg galas. Kira beg yang memang betul untuk letak laptop. Saya nak buka untuk buat kerja pun mudah.

Safety

Macam yang saya kongsikan di atas tadi. faktor safety ni bukanlah menjadi faktor utama sangat bila beli beg travel. Tapi kalau jenis anda yang mungkin selalu turun naik flight mungkin perlu lebih hati hati sikit dan ambil berat sikit dekat bahagian safety.

Beg travel ni, yang paling bahaya adalah di bahagian zip yang expose. Kalau orang nak curi barang, memang cucuk dengan pen sahaja dah boleh buka atau unzip beg tu.

Kiranya mungkin anda kena beli yang mahal sikit yang tak mudah dibuka. Kalau tak silap saya ada jenis beg travel yang siap ada app lagi kat mana beg travel ni pergi. Kiranya kalau dah dicuri ka macam mana, kita ada app untuk track kemana beg ni sudah terbang.

Apa apa pun, beli jenis macam mana pun. mahal semahal mana pun, akan tetap binasa juga kalau tak guna dengan cermat. Terutamanya bahagian pemegang yang jenis carry on luggage.

betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!