Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur memang sarat dengan pembangunan. Sebut sahaja tempat menarik jenis apa yang anda inginkan, kota metropolitan ini pasti akan dapat menggembirakan anda sekeluarga.
Tidak kira di negeri mana anda tinggal, anda wajib berkunjung ke Kuala Lumpur. Bahkan, mereka yang sudah lama menetap di kota raya ini pun belum tentu pernah explore semua. Sebab banyak sangat, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
Jangan jadikan sibuk sebagai alasan. Masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan mesti juga dicari. Jadi kami ingin senaraikan beberapa tempat menarik yang sesuai untuk seisi keluarga sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur City Gallery
Kalau nak tengok bandar raya Kuala Lumpur dari pandangan atas tetapi masih berpijak di atas tanah, datanglah ke KL City Gallery. Di sini anda boleh lihat replika bangunan-bangunan dan jalan raya KL yang direka pada skala kecil. Lebih kurang macam miniature. Bayangkan, anda boleh merasai pengalaman melihat bandar Kuala Lumpur secara 360 darjah!
Bukan itu sahaja, banyak informasi dan sejarah tentang KL yang diterjemahkan dalam infografik menarik. Silap haribulan, anda yang berpuluh-puluh tahun menetap di sini pun masih tidak tahu akan sejarah ibu negara Malaysia ini.
Wifi juga disediakan secara percuma, mana lah tahu kalau-kalau anda nak ambil gambar dan teru muat naik di media sosial.
Harga tiket: RM10
Petaling Street
Siapa tidak kenal dengan Petaling Street? Bazar larut malam ini cukup meriah dengan aneka barangan dan makanan yang dijual pada harga yang cukup murah. Peniaga di sini pula begitu bertenaga dalam melakukan aksi tawar-menawar sehingga ada yang terpekik untuk menarik perhatian pelanggan.
Petaling Street mula beroperasi bermula jam 10 pagi hinggalah ke tengah malam. Tidak susah untuk ke lokasi ini kerana banyak pengangkutan awam disediakan. Jika menggunakan LRT, anda perlu berhenti di Stesen LRT Central Market, kerana Petaling Street hanya 400 meter sahaja dengan berjalan kaki.
Kami sarankan anda guna pengangkutan awam sebab kawasan ini memang susah untuk mendapatkan parking.
Kalau nak mendekati tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam, wajib singgah di Petaling Street.
Waktu operasi: 10am โ 10pm
Alamat: Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Skybridge KLCC
Siapa yang tidak kenal akan menara berkembar yang tersohor seantero dunia ini. Dua menara ini sudah menjadi mercu tanda Malaysia. Malah banyak tempat menarik sekitar kawasan KLCC yang sering menjadi tumpunan umum. Tapi tahukah anda, jambatan yang menghubungkan kedua dua menara ini dibuka kepada umum?
Kami yakin anda pasti akan teruja melintasi jejantas yang diberi nama The Skybridge KLCC ini. Terletak di aras 41 dari 88 tingkat, anda boleh lihat keindahan panorama Kuala Lumpur.
Menariknya, tingkap kaca jejantas ini diperbuat daripada kanta pembesar. Ini menjadikan semua objek dan bangunan di bawah kelihatan lebih besar dan mudah dilihat.
Jumlah pelawat dihadkan kepad 1,200 sehari. So, anda kena book awal-awal okay? Tempah di sini: https://www.petronastwintowers.com.my/ atau beli je terus masa kat sana nanti.
Harga tiket: Warga emas (RM15) ; kanak kanak (RM15) ; Dewasa (RM30)
Pasar Seni (Central Market)
Pasar Seni atau Central Market dikelaskan sebagai lokasi wajib singgah buat pelancong luar. Di sinilah tempat terbaik untuk membeli kraftangan, cederamatata dan barangan antik bercirikan Malaysia dan Asia.
Dari luar nampak sahaja buruk, kerana bagunan ini dibina sejak tahun 1888 lagi. Tetapi bangunan ini tetap utuh dan dijaga dengan baik. Untuk menambah kemeriahan Central Market ini, anda bakal dihiburkan dengan pemuzik jalanan atau buskers yang menyanyikan lagu-lagu tempatan dan luar negara. Jika berminat boleh juga abadikan wajah anda dalam bentuk potret yang dilukis oleh pelukis jalanan yang ada di sini.
Penat berjalan dan membeli-belah, nikmati teh o ais di gerai mamak yang berada di aras bawah.
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9.30malam, setiap hari.
Upside Down House
Salah satu tarikan terkini di Menara Kuala Lumpur adalah Upside Down House. Malaysia sendiri tidak mahu ketinggalan dalam membina rumah di mana lantai di atas kepala, bumbung pula di kaki.
Kesemua objek dalam rumah berada dalam kedudukan terbalik. Pada awalnya agak janggal. Tetapi inilah yang menjadi keunikan Upside Down House ini. Mesti seronok dapat merakam gambar kenang-kenangan di sini.
Waktu operasi: Setiap hari, 9 amย – 7 pm
Harga tiket bermula RM5.30
SkyBox KL Tower
Ini merupakan tempat menarik di KL. Jika perpeluang ke Menara KL, sila cabar keberanian diri dengan berada mencuba SkyBox! Pada ketinggian 300 meter, cabar diri anda untuk berada di dalam kotak kaca transparent yang menjulur keluar dari Menara KL ini.
Anda pasti akan berasa gayat kerana kotak kaca ini lebih-lebih lagi selepas mendapat tahu kaca yang menyokong berat anda cuma berketebalan 3 inci.
Rasai moment di mana bandar raya Kuala Lumpur betul-betul berada di bawah tapak kaki anda.
Waktu operasi: Setiap hari, (9 am โ 6 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM75) ; Kanak-kanak (RM39)
Muzium Negara
Kalau tak bawa anak-anak ke Muzium Negara memang tak sah. Muzium Negara menempatkan pelbagai jenis artifak dan warisan negara. Di sini, anda dapat pelajari susur galur dan sejarah Melayu, pembentukkan Malaysia dan banyak lagi.
Sejarah kedatangan Portugis, Belanda, British dan Jepun serta kesannya terhadap keadaan politik, sosial dan ekonomi negara turut dipamerkan.
Item-item yang disini mempunyai sejarah tersendiri dan kebanyakkan daripadanya berusia ratusan tahun.
Waktu operasi: Setiap hari, 9 pagi โ 6 petang
Harga Tiket: RM2, dan percuma untuk pelajar beruniform.
Itulah antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang berbaloi untuk dilawati. Setiap satu daripadanya mempunyai keunikan tersendiri. Dan yang paling penting anda dapat merasai pengalaman menyeronokkan bersama keluarga dan rakan.