Kalau waktu siang dah melawat tempat bersejarah. Sekarang kami nak dedahkan beberapa tempat menarik di Taiping waktu malam yang jarang diketahui ramai!
Taiping mungkin terkenal dengan tempat bersejarah dan kehijauan siang hari, tapi waktu malam pun ada banyak lokasi menarik yang boleh diterokai!

Kalau korang suka suasana santai, pemandangan cantik, atau nak cuba makanan sedap, Taiping memang ada semuanya. Termasuklah di malam hari.
Rekomendasi 8 tempat menarik di Taiping waktu malam
Rugi sekiranya bercuti di tempat menarik di Taiping, tapi hanya lepak dalam bilik hotel pada waktu malam.
Ada beberapa tempat yang boleh anda pergi untuk kutip pengalaman berharga bersama yang tersayang.
1. Taman Tasik Taiping – Keindahan malam yang menenangkan
Jika pada waktu siang, Taman Tasik Taiping menjadi tempat riadah orang awam. Tapak bekas perlombongan bijih timah ini memang indah!
Landskap memukau dengan deretan pokok-pokok besar di tepi tasik ini cukup memukau.
Namun waktu malam lain pula ceritanya.
Dengan pencahayaan yang lembut dan suasana yang damai, taman ini jadi tempat ideal untuk berjalan santai atau sekadar duduk menikmati angin malam.
Apa yang menarik pada waktu malam?
- Cahaya lampu yang memukau: Deretan lampu LED berwarna-warni membuatkan laluan pejalan kaki lebih ceria. Malah, cahaya lampu yang memantul di tasik menjadikan suasana sangat romantik.
- Banyak permainan menarik untuk kanak-kanak: Rides, roller blade, basikal, & skuter juga membuatkan lokasi ini lebih ceria. Ini merupakan aktiviti sihat untuk anak kecil, bayaran setiap ride juga berpatutan.
- Kawasan fotogenik: Sekiranya suka bergambar, Taman Tasik Taiping paling best untuk shoot malam. terutama di spot cahaya lampu ang memantul di tasik.
2. Night Safari Taiping – Nikmati pengalaman luar biasa
Kami yakin anda pernah dengar tentang Night Safari. Berbeza dengan zoo biasa, Night Safari di Zoo Taiping membolehkan pengunjung melihat haiwan yang hanya aktif pada waktu malam.
Apa yang menarik di Night Safari Taiping?
- Lihat haiwan nocturnal: Berpeluang melihat haiwan yang hanya aktif pada waktu malam seperti rakun, burung hantu, hyena, possum, tapir, dan banyak lagi.
- Pameran menarik: Anda bakal melihat haiwan dalam suasana menarik kerana landskap zoo seolah habitan asal mereka. Seolah berada di hutam belantara!
- Info menarik: Selain melihat haiwan nocturnal ini dengan lebih dekat, staff mereka bakal memberitahu pelbagai informasi berguna!
Harga tiket Zoo Taiping Night Safari:
|
3. Dataran Warisan Taiping – Bersantai dan makan di dataran
Suasana Dataran Warisan Taiping ni memang meriah pada waktu malam. Banguna Wisma Majlis Perbandaran Taiping ini cukup indah di pada waktu malam.
Di tambah pulak dengan sinaran lampu, membuatkan lokasi ini benar-benar hidup pada waktu malam.
Apa yang best di Dataran Warisan Taiping ni?
Suasana santai dan meriah: Kawasan luas untuk aktiviti roller blade, skuter, dan pelbagai ride. Banyak temat duduk untuk pengunjung ambil angin malam.
Banyak gerai dan restoran menarik: Dari char kuey teow, satay, mee udang, hingga shawarma, semuanya ada di sini!
4. Spritzer Ecopark – Rekreasi santai di kelilingi alam semula jadi
Tempat menarik di Taiping waktu malam seterusnya adalah Spritzer Ecopark. Yup! Spritzer jenama air tu.
Ia merupakan sebuah tempat rekreasi yang terletak di Jalan Air Kuning. Cukup indah dengan landskap yang menghijau.
Pada waktu malam memang meriah dengan cahaya lampu. Masing-masing ambil peluang untuk bersantai & beberapa aktiviti menarik:
Aktiviti menarik di Spritzer Ecopark waktu malam:
- Mini Golf & Rekreasi: Anda boleh mencuba permainan mini golf dalam suasana yang tenang.
- Bersantai sambil tengok keindahan cahaya lampu: Seluruh kawasan dihiasi dengan lampu LED yang berwarna warni. Pengunjung boleh berkelah kerana banyak gazebo dan tempat duduk yang disediakan.
- Kafe & Kedai Cenderahati: Tempat sesuai untuk berehat sambil menikmati minuman segar.
Harga tiket Spritzer Ecopark:
- Masuk percuma
5. Bukit Larut – Menikmati angin dingin dari atas bukit
Bukit Larut lebih dikenali sebagai tempat hiking pada waktu pagi. Tapi anda juga boleh ke sana pada waktu malam. Suasananya memang sejuk, dah tak perlu ke Cameron Highlands lagi. Hehe!
Baca: 20 Tempat Menarik di Ipoh
Apa yang menarik di Bukit Larut waktu malam?
- Pemandangan Bandar Taiping: Dari atas bukit, korang boleh melihat bandar Taiping yang berkelipan dengan cahaya lampu.
- Udara segar & sejuk: Suasana yang lebih nyaman berbanding dalam bandar. Bahkan ada kabus lagi!
- Aktiviti Fotografi: Bagi yang suka astrofotografi, langit di Bukit Larut sangat sesuai untuk melihat bintang pada malam yang cerah.
6. Taiping Mall – Shopping & berhibur!
Lokasi dan aktiviti paling digemari iaitu membeli belah! Taiping Mall ada segalanya. Untuk yang nak window shopping atau nak jalan-jalan, Taiping Mall adalah destinasi terbaik.
Pelbagai kedai, restoran, dan pusat hiburan, tempat ini menjadi pilihan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong.
Apa yang best di Taiping Mall?
- Membeli-belah & window shopping: Pelbagai butik dan premis jualan menarik untuk ada dapatkan barangan harian, pakaian, gajet, dan aksesori.
- Menonton wayang: Nak tengok wayang terkini? Di sini ada Golden Screen Cinema!
- Bermain Bowling & game arcade: Sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama kawan-kawan atau keluarga.
- Menikmati Kopi & Makanan: Banyak pilihan kafe dan restoran untuk bersantai.
Tempat makan menarik di Taiping waktu malam
Selain lokasi tarikan pelancong, kami senaraikan juga tempat makan best di Taiping untuk anda singgah untuk makan malam.
Kami dah pilih yang terbaik, bukan sekadat terkenal di Tiktok semata-mata. Tetapi yang well established, sedap, dan mesra poket.
1. Taiping Meqrizq Republic Restaurant
Kalau anda hidangan western, nasi lemak dan masakan Johor, restoran ini adalah pilihan terbaik. Paling popular di Taiping, mendapat feedback baik dari Google Review.
Apa yang best di sini?
- Pelbagai pilhan menu: Anda boleh pilihan pelbagai hidangan seperti spaghettin, lamb chop, salad. Oh ya, masakan Arab pun ada tau. Untuk hidangan tempatan, pelanggan boleh cuba nasi lemak, soto, dan lontong.
- Portion besar dan murah: Kalau datang dengan perut lapar, jangan risau, sebab hidangan di sini memang berbaloi dengan harga.
- Suasana restoran cantik yang selesa: Rekaan dalaman restoran yang moden dan cozy memang sesuai untuk lepak santai sambil ambil gambar cantik.
Lokasi: Kampung Jambu, Taiping.
2. Doli Kuey Tiaw
Kalau sebut pasal kuey tiaw, restoran yang menjadi sebuta warga Taiping adalah Doli Kuey Tiaw. Dah lama beroperasi dan dan menjadi restoran ‘legend’ di sini.
Apa yang best di sini?
- Well established, resepi turun temurun: Sudah berpuluh tahun mengekalkan rasa asli yang digemari ramai.
- Kuey Teow enak & beraroma: Digoreng menggunakan wok dengan api besar. Ditambah dengan lauk kerang dan udang yang meriah!
- Aneka pilihan menu: Selain kuey tiaw, menu lain yang disediakan adalah mi kari, nasi ayam, dan mi celup.
Lokasi: Medan Taiping, Taiping.
3. Roti Bakar Arang Fadzil House
Nak menu basic orang Malaysia? Kami cadangkan anda ke Roti Bakar Arang Fadzil House. Berbeza dengan roti bakar biasa, roti di sini dibakar menggunakan arang, memberikan aroma dan rasa yang lebih unik dan authentic.
Apa yang best di sini?
- Roti dibakar atas arang: Teknik tradisional yang lebih beraroma dan rangup.
- Aneka roti bakar: Selain roti bakar yang dimakan bersama kaya, mereka sediakan roti telur goyang, roti bersama baked beans, & roti kukus.
- Nasi lemak & mi kari: Cuba jug nasi lemak dengan lauk paru, kerang dan rendang. Mi kari mereka juga hebat tau! Kuah pekat dan meriah dengan lauk.
Lokasi: Kampung Sungai Tupai, Taiping.
4. Nafis Kitchen Restaurant
Berkonsepkan mamak style, di sini pebagai jenis menu untuk makan malam. Suasana restoran juga baik untuk anda sekeluarga menjamu selera.
Apa yang best di sini?
Masakan panas: Menu ala Thai seperti tomyam, siakap tiga rasa, dan kailan ikan masin yang enak. Sebab tu restoran ni salah satu tempat makan menarik di Taiping waktu malam yang popular.
Roti naan: Disebabkan ia berkonsepkan restoran mamak, jadi pelbagai jenis roti naan ada. Makan bersama kari daging atau roti naan cheese.
Servis pantas & mesra: Mendapat ulasan baik, restoran ini memberikan servis yang baik menjadikan pengalaman makan lebih menyeronokkan.
Lokasi: Jalan Kota, Taiping.
Hotel menarik di Taiping
Untuk memudahkan percutian anda, kami senaraikan juga beberapa hotel di area Taiping yang anda boleh consider untuk menginap nanti.
Kami pilih berdasarkan harga berpatutan, lokasi yang dekat dengan tempat menarik, serta cantik & selesa.
Antaranya:
- Hotel Grand Baron – RM180 semalam
- The Cozytainer – RM82
- Taiping Perdana Hotel & Suite – RM118
- Legend Inn Hotel – RM83
FAQs
Tempat menarik di Kamunting?
Kamunting, dekat Taiping, memang best! Nak santai, lepak je kat Taman Tasik Kamunting. Nak lagi gempak, Zoo Taiping & Bukit Larut pun dekat. Jangan lupa singgah Muzium Perak kalau minat sejarah. Pendek kata, Kamunting ada macam-macam untuk semua orang!
Kesimpulan
Boleh tahan juga tempat menarik di Taiping waktu malam ni kan? Semua lokasi menenangkan jiwa. Perfect untuk mereka yang memang nak lari dari kesibukan kota.
Jadi jangan lupa rancang aktiviti malam korang supaya lebih bermakna. Selamat bercuti dan selamat meneroka keindahan malam di Taiping! Ikuti kami di Facebook TeamTravelAsia untuk info percutian, hotel, dan homestay menarik!
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi | TERKINI 2024
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI
13 Tempat Menarik di Alor Gajah 2025 | BEST Untuk Keluarga!