Tempat Menarik

Tempat Menarik di Kudat

Bercuti di negeri Sabah memang menarik. Suasananya jauh berbeza dengan Tanah Semenanjung baik dari segi budaya dan persekitaran. Apatah lagi apabila banyak tempat di negeri Di Bawah Bayu ini memiliki keindahan alam semula jadi. Daerah yang bakal kami kongsikan dalam artikel ini adalah Kudat. Terletak di bahagian paling utara Sabah dan di penghujung Borneo. Jom ketahui antara tempat menarik di Kudat.

Jika anda dari Kota Kinabalu, anda boleh menyewa kereta atau lebih jimat, dengan bas dari Terminal Bandaran.

Jika anda melawat tempat menarik di Kota Belud, singgahlah pula ke Kudat. Perjalanan cuma mengambil masa 1 jam 20 minit sahaja.

#1 Tip Of Borneo – Tanjung Simpang Mengayau

Lokasi yang wajib dikunjungi sekiranya berkunjung ke Kudat. Tanjung Simpang Mengayau merupakan kawasan penghujung pulau Borneo sebagai pulau yang ketiga terbesar di dunia.

Untuk ke sini, anda boleh melalui Jalan Pinangsoo Loro iaitu sejauh 23 km dari Pekan Kudat.

Salah satu tempat menarik di Sabah ini agak luas dan di bina cantik untuk pengunjung. Bahkan terdapat anak tangga yang membolehkan anda turun ke kawasan bawah.

Nikmati pemandangan laut yang mempersonakan.Waktu terbaik adalah ketika matahari terbenam.

Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti laluan pejalan kaki, podok rehat, kedai cenderamata, dan tandas awam.

Alamat: Jalan Pinangsoo Loro 89050 Kudat, Sabah

#2 Gombizau Honey Bee Farm

Ladang Madu lebah yang terletak di Matunggong ini adalah lokasi untuk anda membeli madu lebah asli. Sering menjadi tumpuan pelancong, ia bukan sahaja menjual bahkan membeli peluang untuk anda melihat sendiri bagaimana ladang ini beroperasi.

Pengunjung boleh lihat sarang lebah dan bagaimana ia madu dikutip. Usah risau soal risiko disengat, kerana ia selamat dan anda ditemani pegawai yang bertugas.

Jangan lupa untuk membawa pulang beberapa botol madu asli yang segar dan murah sebagai buah tangan.

Alamat: Kampung Pinawantai, 89050 Kudat, Sabah

#3 Maranjak Longhouse Lodge

Negeri Sabah sudah tidak dapat dipisahkan dengan penempatan orang asli iaitu rumah panjang. Menariknya, anda berpeluang untuk menginap di rumah panjang untuk merasai sendiri suasana kampung.

Maranjak Longhouse Lodge menawarkan percutian gaya homestay buat anda. Homestay ini diperbuat daripada bulu dan atap nipah sebagai bumbung.

Jangan risau, kerana homestay ini lengkap dengan cahaya lampu, kipas, perabot yang selesa.

Menginap di sini, anda berpeluang untuk melakukan aktiviti desa seperti menangkap ikan, mandi sungai, jungle trekking, dan melawat taman herba.

Malah, pada waktu malam pengunjung bakal dihiburkan dengan tarian dan muzik tradisional.

Ini bakal menjadikan pengalaman bercuti di Kudat lebih bermakna.

Alamat: Jalan Bavanggazo,, PS 17, Pos Mini Matunggong, 89058 Kudat, Sabah

#4 Kampung Sumangkap Gong Factory

Gong merupakan alat muzik terpenting ketika upacara atau keraian di negeri Sabah. Malah stiap lagu tradisional pasti akan menyelitkan instrument ini. Kampung Sumangkap menjadi kawasan pembuatan gong yang digunakan oleh masyarakat  Sabah.

Anda boleh ke Kampung Sumangkap Gong Factory untuk melihat bagaimana ia dihasilkan. Jika anda bertuah, mereka akan memainkan lagu tradisional. Pengunjung juga boleh membeli mini gong sebagai cenderamata.

Alamat: Jalan Kg Sumangkap

#5 Kampung Bavanggazo (Rumah Panjang Rungus)

Sebuah lagi penginapan rumah panjang yang boleh anda cuba adalah di Kampung Bavanggazo. Ia merupakan rumah panjang suku kaum Rungus.

Di sini pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana masyarakt orang asli melakukan kehidupan seharian.

Penginapannya selesa kerana dilengkap katil bersih, tandas, kipas, dan lain lain.

Ia sering menjadi pilihan pelancong luar negara yang gemarkan suasana kampung.

#6 Pantai Kelambu

Tidak dinafikan, Pantai Kelambu merupakan pantai tercantik di Kudat, Sabah. Pantainya landai, tidak bergelora, dan airnya jernih. Sesuai untuk aktiviti mandi manda.

Malah, adanya sebuah mulau kecil menambahkan lain keindahan pantai ini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat panorama matahari terbenam dan berjalan-jalan di tepi pantai yang mendamaikan.

Alamat: Jln Pantai Kelambu 89050 Kudat, Sabah

#7 Kudat Riviera

Kudat Riviera adalah sebuah penginapan mewah buat mereka yang mempunyai bajet besar. Terletak di Pantai Kelambu, Kudat Riviera menawarkan percutian mendamaikan di tepi pantai.

Hiasan dalamannya bertaraf antarabangsa, bahkan mempunyai kolam renang cantik dan luas.

Ia seperti bercuti di pulau luar negara kerana konsepnya yang unik dan persekitaran tropikanya yang memukau.

Alamat: Jalan Pantai Kelambu, 89050 Kudat, Malaysia

#8 Dreamland Beach Holiday

Chalet berbentuk huruf ‘A’ yang terletak di tepi lereng bukit ini menawarkan percutian selesa dengan pemandangan menakjubkan. Lebih-lebih lagi ia menghadap laut yang biru.

Dreamland Beach Holiday lengkap dengan sgala kemudahan yang anda perlukan termasuklah restoran, bar, dan pondok rehat di tepi pantai.

Percutian mendamaikan ini pasti akan menghilangkan penat.

Harga: dari RM288

Alamat: KG TAMPAKAN, 89058 Kudat, Malaysia

Tempat menarik di Kota Marudu

  • Air Terjun Hatob
  • Gamagayo River park
  • Air Terjun Misumpak

Tempat menarik di Kota Kinabalu

  • Taman Tunku Abdul Rahman
  • Borneo Ant House
  • Pantai Tanjung Aru
  • Signal Hill Observatory Platform

Tempat menarik di Kundasang

  • Desa Cattle Dairy Farm
  • Timpohon Gate
  • Kundasang Mount Valley Recreation

Semoga anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang menggembirakan sewaktu melawat tempat menarik di Kudat. Keindahan daerah Kudat memang istimewa terutamanya The Tip of Borneo.

 

 

You might also like

One Reply to Tempat Menarik di Kudat

Leave a Reply to Afiqah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!