Baiklah, sebelum ni memang pihak kami ada sediakan artikel tajuk yang sama ni, tempat menarik di Janda Baik, tapi artikel tu mungkin tak terlampau detail. Atau pun hanya cover separuh sahaja daripada apa yang anda boleh lihat dan gambarkan suasana sebenar di Janda Baik.
Tapi kali ni, harapnya perkongsian akan bertambah baik sebab kita akan kongsi hampir sepenuhnya tarikan yang ada di Janda Baik dan sekitar nya.
Kalau nak dikongsikan tarikan yang ada, sebenarnya ada pada 2 tempat:
Iaitu:
- Apa yang ada ditawarkan di dalam resort, atau penginapan
- Dan kedua, apa yang ada di luar resort. Kira nya tarikan lain.
Kiranya, lagi cantik kalau anda cari resort yang berdekatan dengan tempat tempat menarik di luar ni, baru la macam terkejut sikit banyak pilihan tempat nak pergi.
Jangan terkejut sangat sampai tak pergi mana sudah.
Jadi macam saya hari tu, punya lah buat senarai tempat nak pergi mana di Langkawi sana. Last nya tidur baring sahaja.
Baik untuk 2 jenis tarikan tadi tu, iaitu apa yang ditawarkan dalam resort dan apa yang ada diluar resort. Dalam artikel ni, kami hanya kongsikan tarikan yang ada di luar resort sahaja.
Untuk pakej pakej penginapan iaitu detail tentang penginapan dalam resort, dan juga tarikan apa yang ditawarkan. Seperti boleh BBQ ke tak, boleh memancing ke tak, ada swimming pool ke tak, ada breakfast ke tak, buat nya ada yang suka jungle tracking, so boleh ke tak kalau resort tu ada pakej untuk sukan lasak yang lain.
Semuanya kami akan senarai kan nanti.
Untuk itu, anda boleh rujuk senarai resort yang terbaik di bawah:
- Resort Janda Baik Yg Ada Swimming Pool
- Antara Resort Yang Terbaik di Janda Baik
- Chalet Tepi Sungai di Janda Baik
Dan sekarang pula, tempat menarik yang ada di Janda Baik selain daripada resort resort nya yang memang dah best.
Mount Nuang Nature(Google Map)
Ada tak pembaca blog TeamTravel yang memang rajin mendaki? Boleh cuba Gunung Nuang yang berketinggian 1493 metres (4898ft). Yang merupakan puncak dakian yang paling tinggi di Selangor. Dengan hampir 1500 meter, boleh kata tinggi juga sebab Gunung Kinabalu pun sudah 4095 meter. (Everest 8848 meter)
Gunung Nuang ni ada 3 hiking routes untuk ke puncak, 2 daripada nya di Selangor, manakala yang satu lagi ada di Janda Baik iaitu Starting Point Gunung Nuang via Janda Baik (Google Map)
Oh ya, starting poing Gunung Nuang di Janda Baik ni hanya 8.5 km sahaja daripada Fifty4Ferns Resort.
Swat Paintball – Janda Baik Activity & Games (Google Map)
Nak berperang sangat? Orang elok hidup aman anda pula rasa nak berjuang. Boleh cuba di Swat Paintball. Juga lebih kurang 7 km sahaja daripada Fifty4Ferns. Di sini juga kalau anda nak BBQ pun boleh.

- A Little Farm On The Hill
- Janda Baik – https://goo.gl/maps/DFmmnKkpqJXcn4n17
- Bukit Repin Trailhead
- Taman Jepun
Sungai dan Air Terjun
Untuk sungai sungai ni, kalau anda tengok sendiri dalam resort pun sudah ada. Kira kalau pilih resort yang memang sudah ada sungai semula jadi mengalir di dalam nya dah kira paling terbaik.
Anda rujuk artikel ni Chalet Tepi Sungai di Janda Baik
Tapi kalau anda memang berhasrat untuk cari sungai yang diluar resort, boleh cuba air terjun Sungai Chamang dan Sungai Chiling. Ada banyak lagi sungai dan air terjun lain, tapi untuk saya dua ni sahaja. Atau anda boleh baca lebih detail penerangan nya di artikel air terjun Janda Baik.
Coniferous Forest (GoogleMap)
Atau pun Hutan Lipur Konifer merupakan tempat rekreasi yang tak kurang juga OK nya. Boleh BBQ, boleh camping, suasana natural yang menenangkan. Cuma mungkin ada masalah kebersihan sikit sebab tak berapa nak well maintain.
Chin Swee Caves
Kalau Muslim memang tak lah kalau nak pergi sini kan. Tapi tak apa lah, saya senarai kan juga, kut kut ada pembaca yang bukan Muslim dalam blog ni.
Lentang Forest Reserve
Yang ni macam Hutan Lipur Konifores juga, cuma mungkin lebih well maintain. Ada sungai dan ruangan parking juga.
Genting Strawbery Leisure farms
Sungai Congkak Recreational Forest
Bentong Walk
Kolam Air Panas Bentong
Perdana Botanical Garden
Bilut Extreme Park
D’Bilut Agra Farm
Bilut Valley Bee Farm
Bentong UpSide Down House
Bukit Tinggi Rabbit Farm
Botanical Garden Bukit Tinggi Farm
National Elephant Conservation Centre
Valley Agro Park
Berjaya Hills Nature
Berjaya Hills Nature includes a Japanese Tea Garden and Botanical Garden. Take a drive to Bukit Tinggi to enjoy the various flora and fauna of Malaysia’s rainforest.
Take a 45-min hike to have a dip in the cooling water of Lata Tampit. Lata Tampit is one of the waterfalls in Janda Baik. It is located within the forest reserve. Hiking trail to Lata Tampit begins at Latto Charok Chalet.
12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]
5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!
Tempat Makan Best dan Murah di KL
Harga Tiket Cable Car Genting – RM9.90 [order di sini]
San Francisco Is always a good idea for a getaway