Tempat Menarik di Ipoh, Perak

Kalau nak dikongsikan tempat menarik di dalam Perak, memang jenuh nak senaraikan satu satu. Tapi kalau dalam Ipoh sahaja, mungkin boleh gagah lagi ni. Dalam artikel ini juga saya akan bahagikan kepada jenis tempat menarik seperti tempat rekreasi atau bersejarah contoh nya.

Ada juga kategori lain yang mungkin khas untuk kunjungan anda di waktu malam atau pagi sahaja, supaya mudah untuk anda sendiri plan nak kemana kalau pagi pagi, atau bila tiba malam.

Baik lah, untuk permulaan saya nak kongsikan tempat riadah atau tempat yang kita duk boleh suka suka dengan family.

MAPS – Movie Animation Park Studios Theme Park

MAPS ni baru lagi dibuka, anda boleh tengok sendiri untuk preview tarikan apa yang ada di dalam tu. Untuk di bawah ni, kami kongsikan ringkasan nya sahaja..

 

Maps ni terbahagi kepada 5 zones

Animation squares – ada 4 tarikan di dalam nya, BoBoiBoy 4D Adventure Theatre, BoBoiBoy Hero Academy dan ada lagi 2 yang lain.

Blast Off

Fantasy Forest – sesuai untuk kanak kanak yang dari umur 3 hingga 12 tahun. Ada sampai 7 tarikan yang ada dalam area ni. Termasuk Up Side Down Pyramid dan Red Baron

Lakeside – area pula untuk anda main 3 giant spinner, iaitu Space X Ploers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Saya ada kongsikan gambarnya di bawah..

Live Action – jarang jarang kan kita dapat tengok aksi stunts, tapi kalau di MAPS ni. Memang ada zone khas untuk tengok lakonan serius ini. Budak budak mesti suka…

Atau kalau nak bahagikan kepada jenis tarikan pun boleh juga, ada

Thrill Rides – bunyi macam sesuatu yang boleh di naik naik kan? Memang ya pun, ada 3 jenis permainan yang boleh anak anak cuba, kalau tahap keberanian tinggi lah. Space X Ploers, Hyperspin dan Asteroid Attack.

Kids Fun

Family Entertainment

Show & Entertainment

Maps Snaps

Sekali imbas, macam untuk budak budak sahaja, tapi mak bapak pun digalakkan juga, kita sendiri pun tak pernah tengok benda benda macam ni kan. Tiket memang macam mahal sikit, so at least masuk sekali seumur hidup pun cukup lah.

Harga Tiket :

1 hari = RM 70 > anda boleh rujuk website ini untuk tempahan online

Evening pass [ 3 hingga 5 petang ] = RM 35

Lost World of Tambun

Yang ni memang dah popular kan. Dekat juga dengan bandaraya Ipoh, lebih kurang dalam 20 minutes. Kalau beberapa tahun yang lepas, walaupun jauh, tapi jalannya lengang. Sesak masa nak keluar dari Ipoh sahaja, lepas tu OK dah. So perjalanan anda akan lancar.

*sila update kan di comment ya, andai kata jalan nak menuju ke Lost World Tambun ni sesak.

Untuk harga tiket bergantung kepada tarikan yang anda nak lawati. Ada dua jenis masukan, sama ada memang nak ke Theme Park dari jam 10 atau 11 pagi hingga 6 petang.

Atau pun, aktiviti malam untuk masukan Lost World Hot Springs & Night Park Rates.

Theme Park

Weekdays: 11.00am – 6.00pm   /   Weekends: 10.00am – 6.00pm

Entrance ticket includes entry to ALL parks, including all rides, activities and attractions. Not applicable for pay-per-ride activities.

Admission Walk-in Rates (MYR)
Adult (13 years old and above) RM70
Child (12 years old and below) RM62
Senior Citizen (60 years old and above) RM62

Important Note:

  • Child rates apply to children above 90cm in height or age 12 years and below.
  • Free entrance for children under 90cm in height.

Lost World Hot Springs & Night Park Rates

Weekdays: 6.00pm – 11.00pm   /   Weekends: 6.00pm – 11.00pm

Ticket access to Lost World Hot Springs & Night Park only.

Admission Walk-in Rates (MYR)
Adult (13 years old and above) RM50
Child (12 years old and below) RM42
Senior Citizen (60 years old and above) RM42

Important Note:

  • Child rates apply to children above 90cm in height or age 12 years and below.
  • Free entrance for children under 90cm in height.

Boleh buat tempahan online untuk tiket ke Lost World of Tambun di sini, Ticket Price

Taman Reakreasi Gunung Lang

Kalau ada masa, boleh la naik sekali bot yang ditawarkan. Sebab setengah orang malas, lepas tu mula kata tak ada apa kat Gunung Lang ni, padahal dia sendiri yang tak explore habis.

Tarikan gunung lang ni bukan yang ada di tempat parking tu ya. Tapi bila anda betul betul utilize kemudahan yang dibina. Dekat sahaja dengan Ipoh, lebih kurang 15 minit.

Gua Tempurung

Gua tempurung ni best, kalau anda betul betul minat dengan suka lasak.

Kalau tak silap saya, untuk beberapa tahun yang lepas ada 3 level endurance atau kelasakan yang anda boleh cuba…

Update – ada 4 jenis rupanya. Saya pun dah lupa.

Anda boleh rujuk website Ipoh City untuk detail descrption dan harga tiket. Nanti saya akan pergi semula ke sana, sebab last update saya pergi pun lebih kurang 5 tahun yang lepas.

Fantasy House Trick Art

Ya, kalau di Penang tarikan macam art house ni memang banyak. Tapi di Ipoh pun ada sebenarnya. Saya sendiri tak berapa berminat dengan tarikan begiini, saya lebih suka aktiviti macam di Gua Tempurung, atau pun seperti di Gunung Lang, atau pun duk lepak tepi Tasik Taiping. Sekali masuk Zoo Taiping lah kan.

Tapi, kalau ada yang suka, mungkin untuk anak anak, boleh lah cuba.

Untuk location Fantasy House Art Trick, Gunung Lang, Maps dan Tambun semua anda boleh rujuk di Google Maps ya. Senang sahaja nak cari..

Aktiviti Pagi

Pasar Karat Ipoh

Hah, kalau yang pasar karat ni susah sikit. Tapi kalau tanya orang sini, ramai je tahu. Pasar Karat ni memang sesuai la kalau untuk aktiviti pagi. Mungkin lepas anda nak sarapan ke macam mana. kalau kedai kedai makan pagi ada sahaja berteberan tepi tepi pasar karat Ipoh ni.

Apa jenis barang yang dijual?

Macam macam, kalau yang memang berminat nak kumpul barang antik lagi lah bagus. Mana tahu ada yang berminat di hati..

  • Tasek Cermin Gunung Rapat & Taman Jepun
  • TAMAN REKREASI DR. SEEVINASAGAM
  • Tempat Riadah Mandi Manda
  • KLEDANG SAIONG
  • Lubuk Timah
  • Lata Ulu Chepor

Kalau nak mandi sungai pun dekat dengan Ipoh. Kalau anda nak menuju ke Utara, boleh singgah ke KLEDANG SAIONG. Atau kalau nak menuju ke KL atau ke Cameron Highlands, boleh singgah sekejap di Lubuk Timah.

Suasana di Lubuk Timah Hot Spring

Dua dua pun, jarang lebih kurang dalam 20 minit juga kalau dari bandaraya Ipoh.

Kalau Kledang Saiong, saya tak pasti, tapi kalau Lubuk Timah, memang best kalau pergi waktu pagi. Tarikanya tak ada la melampau macam Lata Ulu Chepor, sebab binaan dan kemudahannya masih lagi boleh dikira baru.

Tapi lengkap juga lah kalau nak berkelah semua. Boleh rujuk artikel khas mengenai Lubuk Timah di sini.

Untuk tempat bersejarah pula, kami sarankan

  • Kellie’s Castle
  • Muzium Darul Ridzuan

Mungkin ada lagi yang lain, tapi ini lah yang paling popular kalau di Ipoh. Atau kalau nak tahu sejarah Perak pada tahap yang lebih ekstrem, boleh rujuk website Orang Perak. Sesunggugnya penyunting OrangPerak bukan biasa biasa.

Atau pun, terus drive ke Kuala Kangsar kalau rajin.

Tarikan di Waktu Malam

Kalau di waktu malam pula, kami cadangkan 3 di bawa ni:

  • Bulatan Amanjaya
  • Gerbang Malam
  • Kinta Riverfront

Kalau memang niat nak beli barang ke apa, boleh la terus ke Gerbang Malam. Memang banyak pilihan kalau nak beli apa. Pasar ini pun memang dah terlampau lama sangat beroperasi. Kita Riverfront, ok lah juga kalau nak ambil gambar kenangan ke apa.

Ada kedai makan arab yang memang sedap dekat dengan Kinta Riverfront ni. Boleh la cuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *