Uncategorized

Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan

Sudah penat membeli-belah, perut pun mula lapar. Oleh itu kami cadangkan beberapa tempat makan best di Nilai yang wajib anda cuba. Rupanya banyak restoran menarik di sini. Tidak hairanlah warga KL pun sanggup drive 50 minit semata-mata untuk menjamu selera di sini.

Watie’s Corner [ lauk campur ]

Untuk penggemar masakan kampung seperti masak lemak cili api atau patin masak tempoyak, Watie’s Corner adalah restoran terbaik buat anda. Restoran ini turut dikenali sebagai turut dikenali sebagai “kedai makan tepi kubur” kerana terletak bersebelah Tanah Perkuburan Kg. Bukit Kadir.

Antara menu yang wajib anda order di sini adalah daging salai masak lemak cili api, ayam kampung goreng, asam pedas, dan udang sambal petai.

Lauk pauk ini akan dihidangkan di dalam pinggan klasik untuk mengingatkan anda akan keenakan masakan bonda di kampung.

Tempat: Watie’s Corner

Lokasi: Google Map

Thoyibb Cafe [ western + goreng2x ]

Menghidangkan aneka masakan tempatan dan Western yang lazat! Pada maza sama, anda juga boleh menikmati kopi premium yang sungguh lazat.

Apa yang best di sini adalah butter chicken chop fried rice yang sering menjadi pilihan pelanggan. Bihun tomyam dan mee goreng juga ditidak kurang hebatnya. Selain itu and ajuga wajar cuba ayam penyetnya, nasi mand, dan chicken wrap.

Tempat: Thoyibb Cafe

Lokasi: Google Map

The Lorong [ pelbagai menu ]

Sejak dibuka pada awal tahun 2020, The Lorong kini menjadi salah satu tempat menarik di Nilai yang harus anda pergi. Apa yang menarik di sini adalah kepelbagaian menu yang ditawarkan.

Antaranya western, seafood, masakan panas, dimsum, dan steamboat grill.

Anda juga diberi pilihan sama ada ingin makan di dalam restoran ataupun di bahagian luar iaitu di belakang bangunan yang lebih terbuka.

Nikmati alunan muzik dan nyanyian pada setiap hujung minggu.

Tempat: The Lorong

Lokasi: Google Map

Artikel berkaitan:

D’Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner [ mee udang ]

Makan malam di D’Laila Mee Udang memang best! Lihatlah kepekatan kuah mee dan saiz udang yang dihidangkan di dalam mangkuk. Rasa kuahnya cukup memikat, tidak terlalu pedas dan sesuai untuk semua golongan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati aneka makanan laut seperti ikan bakar, sotong tepung, tomyam sotong, kepah, udang, ketam, dan kerang.

Hidangan asam pedas dan ulam-ulaman juga disediakan buat pencinta masakan kampung.

Tempat: D’Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner

Lokasi: Google Map

Aunty Aini’s Garden Café [ lauk campur ]

Cukup popular di Nilai kerana restoran ini pernah menerima kunjungan chef selebriti Gordon Ramsay dan Anthony Bourdain. Hebat bukan? Menu di sini kesemuanya masakan kampung khususnya yang sinonim dengan Negeri Sembilan iaitu masak cili api.

Anda boleh cuba gulai tempoyak, gulai daging salai, kerabu pucuk paku, asam pedas, aneka gulain dan ulam. Suasana restoran juga best, dihias dengan pokok-pokok membuatkan anda seolah berada di kampung halaman.

Tempat: Aunty Aini’s Garden Café

Lokasi: Google Map

Aljamal Restaurant, Nilai [ nasi arab ]

Penggemar makanan Arab, jangan lepaskan peluang untuk makan di Aljamal Restaurant. Mendapat rating yang cukup baik di Google review. Masing-masing berpuas hati dengan makanan dan servis yang diberikan.

Menunya asli dari Tanah Arab ditambah pula dengan bahan-bahan masakan premium, makin sedaplah makanan di sini. Anda perlu cuba briyani, lamb shank, shawarma, haneeth, humus, aneka kebab, dan banyak lagi. Pizza juga turut disediakan.

Mereka juga sediakan pencuci mula popular, kunafa.

Tempat: Aljamal Restaurant, Nilai

Lokasi: Google Map

Kabaabish Restaurant Nilai [ nasi arab ]

Tempat makan best di Nilai seterusnya adalah Kabaabish. Juga merupakan restoran Arab. Menu seperti roti tempayan, naan chees, ayam tandoori memang sedap. Cuba juga pilihan utama pelanggan iaitu briyani ayam dan kambing.

Selain itu suasana persekitaran amat sesuai untuk anda jadikan tempat lepak. Pihak restoran juga sediakan shisha untuk pelanggan.

Tempat: Kabaabish Restaurant Nilai

Lokasi: Google Map

Sharing Western Food @ Nilai 3 [ pelbagai menu ]

Menjadi pilihan penduduk tempatan kerana suasananya syok untuk lepak dan tawaran menu yang pelbagai. Anda boleh cuba aneka masakan western seperti spaghetti, pizza, chicken chop, lamb chop, dan lain-lain.

Laksa Sarawaknya juga tidak kurang hebatnya. Apa yang membuatkan ramai yang suka ke sini adalah dekorasi restorannya yang cantik, terbuka, dan sesuai untuk OOTD.

Tempat: Sharing Western Food @ Nilai 3

Lokasi: Google Map

Restoran Adam Seafood [ seafood ]

Kalau tengah save budget, bolehlah singgah ke restoran yang terletak di Jalan Jati ini. Kesemua menu dijual pada harga yang amat berpatutan malah dalam portion yang besar. Patutlah ramai pelajar yang datang ke sini.

Menu best di sini adalah masakan panas dan western. Pada waktu tengah hari pula mereka sediakan sup ikan bersama ulam-ulaman.

Tempat: Restoran Adam Seafood

Lokasi: Google Map

Restoran Chunburi Seafood [ seafood ]

Masakan panas di sini kena dengan citarasa orang ramai. Menu tomyam, ketam berlada, kalian ikan masin, sotong goring tepung dan siakap tiga rasa sentiasa menjadi pilihan pelanggan tetap. Suasana restoran juga best, tidak terlalu crowded. Sesuai untuk anda dan keluarga.

Tempat: Restoran Chunburi Seafood

Lokasi: Google Map

Dapur Arang Corner Steamboat & Grills [ steamboat ]

Untuk penggemar steamboat dan grill pula, jangan lepaskan peluang untuk ke Dapur Arang Corner yang terletak di Putra Point. Berbeza dengan restoran lain seumpamanya, mereka gunakan arang instead of dapur gas. Ini membangkitkan lagi aroma makanan yang kita grill.

Anda boleh pilih pelbagai jenis lauk seperti ayam, daging, kambing, seafood, dan sayuran. Harganya juga amat berpatutan iaitu dewasa RM28, kanak-kanak RM15, pelajar RM23.

Cuba juga nasi briyani lamb shank mereka yang popular.

Tempat: Dapur Arang Corner Steamboat & Grills

Lokasi: Google Map

Restoran Dapur Melaka [ lauk campur ]

Restoran ini menyediakan masakan kampung terutama menu dari Negeri Sembilan dan Melaka. Contohnya masak lemak cili api dan asam pedas. Lauk-lauk lain seperti ayam goreng berempah, gulai, dan ulaman juga sedap.

Menu lain yang popular adalah nasi ayam, mee kari, dan soto. Pada waktu pagi, anda boleh makan telur separuh masak, roti bakar, dan aneka kuih muih tradisional.

Tempat: Restoran Dapur Melaka

Lokasi: Google Map

Amira Seafood [ seafood ]

Restoran ala Thai tetapi menunya lebih kepada makanan negeri Kelantan. Terletak di Jalan BBN. Anda boleh cuba tomyamnya yang memikat bersama lauk lain seperti sotong tepung, kalian, dan siakap stim. Mereka sediakan menu popular Thai seperti somtam, kerabu mangga, dan pulut mangga.

Selain itu nasi kerabu golok, laksam, dan mee celup juga amat popular dikalangan pelanggan. Agak susah untuk mendapatkan tempat letak kereta terutama pada waktu puncak.

Tempat: Amira Seafood

Lokasi: Google Map

Restoran Itik Salai Masthar @ Nilai [ lauk campur ]

Mendapat rating yang baik di Google review, signature dish di sini tentulah itik salai yang segar serta dibakar di sebelah tempat duduk. Jadi, anda boleh rasa aroma arang dalam setiap menu berasaskan itik.

Pada waktu tengah hari ramai yang memilih untuk makan masak lemak cili, ikan keli, ayam goreng, api bersama ulam. Bagi peminat itik salai, anda boleh beli itik yang telah dibakar untuk secara berasingan. Cuma RM40 untuk satu bekas.

Tempat: Restoran Itik Salai Masthar @ Nilai

Lokasi: Google Map

Gastrohub [ western ]

Kalau ada bajet lebih boleh ke restoran hipster, Gastrohub. Suasana restoran ini memang best. Dekorasi menarik, sesuai untuk OOTD dan boleh membangkitkan mood romantic terutama pada waktu malam.

Apa yang sedap di sini? Sudah tentulah masakan westernnya. Ia disediakan oleh chef berpengalaman bahkan setiap menu dihias cantic. Boleh dikatan ‘Instagram worthy’. Selain itu anda juga boleh cuba pelbagai jenis pastries dan roti homemade. Highly recommended!

Tempat: Gastrohub

Lokasi: Google Map

Restoran Nasi Ulam [ lauk campur ]

Untuk penggemar nasi ulam dan lauk campur, kami cadangkan anda ke restoran ini yang terletak di Jalan BBN 1/3f. Harganya berpatutan membuatkan ramai yang singgah makan tengah hari di sini. Anda wajib cuba masak lemak cilia pi dan ikan keli goreng di sini.

Pada waktu pagi, mereka sediakan roti canai dan kuih-muih tradisional.

Tempat: Restoran Nasi Ulam

Lokasi: Google Map

Restoran Marhaban Bikum [ nasi arab ]

Nasi Arab di Marhaban Bikum juga tidak kurang hebatnya. Nasi briyani kambing mereka memang sedap. Daging lembut, dan nasi sedap rasa. Untuk pelbagaikan menu, mereka turut menyediakan masakan western.

Rating di Google review rata-rata berpuas hati dengan servis dan masakan di sini. Harga juga masih reasonable sebab portion makanannya akan besar.

Tempat: Restoran Marhaban Bikum

Lokasi: Google Map

Kafe Kasbin [ ketam lembut ]

Tempat makan best di Nilai yang terakhir dalam senarai ini adalah Kafe Kasbin yang menyediakan seafood segar seperti pari, siakap, dan cencaru bakar. Namun, yang menjadi signature restoran ini adalah ketam lembut atau soft shell crab goreng tepung.

Selain itu mereka juga memperkenalkan Memperkenalkan Set Aur iaitu ikan bakar dalam buluh yang dihidangkan bersama tempoyak.

Selain itu jangan lupa untuk order cendol dan ABC yang turut menjadi kegemaran pelanggan di sini. Tak susah nak cari restoran ini kerana signboadnya besar dan kedai terang benderang terutama pada waktu malam.

Tempat: Kafe Kasbin

Lokasi: Google Map

2 Replies to Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan

  1. salam.. saya pemilik kafe kasbin.. terima kasih atas sharing ttg kedai kami 🙂.. cuma ada sedikit pembetulan, harap pihak tuan dpt betulkan supaya customer tak keliru.. utk menu utama, kami tkde udang petai, ayam kampung dan paru. dan kami xberoperasi pada tengahari. seafood ala thai juga bukan menu kami. tuan boleh wasap kami utk refer menu. 010-8400078

Leave a Reply to Zulaikha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!