Resort

Sweet Beach Resort

Sweet Beach Resort adalah antara beberapa resort yang terdapat di Tok Bali yang sememangnya popular dengan tarikan pantai. Antara resort yang lain nya terdapat di sini, ialah Tok Aman Bali, Villa Danialla, Manor Beach Resort dan banyak lagi…

Resort yang terletak kira kira 44.5km atau 1 jam perjalanan dari Kota Bharu ini menjadi pilihan ramai kerana ia dikelaskan sebagai resort pada harga bajet. Selain itu kedudukan Sweet Beach Resort yang berada di tepi Pantai Tok bali juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada popularitinya.

http://sekolahkebangsaanblau.blogspot.com/2011/03/hari-keluarga-2011-bertempat-di-sweet.html

Untuk itu, jom kita lihat apa yang ada di resort ini.

Sweet Beach Resort menawarkan kira kira 100 buah bilik dari variasi berbeza. Pelanggan boleh pilih mengikut kemampuan dan kapasiti. Terdapat lapan jenis bilik iaitu dari kategori:

  • Super Suite > RM 350 – 2 UNITS ( 1D )
  • Suite > RM 250 – 4 UNITS ( 2D )
  • Super > Executive RM 280 24 UNITS ( 2D )
  • Super Deluxe > RM 170 – 11 UNITS ( 1D 1S )
  • Executive > RM 150 – 12 UNITS ( 1D 1S )
  • Superior Chalet > RM 130 – 35 UNITS ( 1D 1S )
  • Standard D > RM 80 – 8 UNITS ( 2 S )
  • Dorm > RM 55 ( PER PAX ) – 6 UNITS

Antara bilik yang sering menjadi pilihan adalah chalet yang berbentuk huruf ‘A’ kerana ia nampak unik. Dari luar, unit-unit chalet ini nampak cantik tersusun. Jika nak ambil gambar kenang-kenangan, di sinilah lokasinya. Chalet ini nampak sahaja kecil tapi agak luar di bahagian dalam sehingga boleh memuatkan sebuah keluarga.

Dari segi kemudahan asas seperti toiletries, tuala, penghawa dingin, alatan untum membancuh kopi, semua lengkap. Kawasan letak kenderaan juga luas dan berikan percuma kepada pelanggan.

Bersantai di tepi pantai

Nah, kalau nak rehatkan minda dan mengambil angin segar, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke pantai. Penulis yakin, anak-anak pasti seronok jika dapat bermandi-manda, membina istana pasir atau bermain layang-layang di sini. Di waktu petang, akan ada peniaga yang menjual makanan dan snek. Bolehlah anda menikmati snek, jagung bakar, dan air kelapa sambil bersiar-siar. Panorama matahari terbenam di sini cukup indah, rugi kalau tak tengok.

Kolam renang disediakan

Biarpun resort ini menawarkan harga murah, mereka tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan kemudahan kegemaran ramai iaitu kolam renang. Kolam renang di sini agak luas dan telah pun dibahagikan kepada peringkat umur mengikut kedalaman.

Jadi para ibu bapa tidak perlu khuatir sebab terdapat kolam cetek untuk anak anak kecil bermain di bawah pantauan anda. Mereka menggelarkannya sebagai ‘3 layered swimming pool.’

Bukan itu sahaja, Sweet Beach Resort turut menyediakan khidmat sewa dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan, keraian, hari keluarga, seminar, atau kem motivasi untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Dewan tersebut boleh memuatkan hingga 3,000 orang.

Malah, terdapat bilik 6 bilik jenis dorm yang sesuai diinap oleh pelajar selama beberapa hari.

Mungkin kerana itulah Sweet Beach ini sering menjadi pilihan pelancong termasuklah rakyat negeri Kelantan sendiri untu menginap di sini. Yelah, tak mahu travel jauh-jauh tapi masih lagi ingin meluangkan masa bersama keluarga untuk lari dari kesibukan kerja.

Jarak dengan tempat menarik

  • Pasar Siti Khadijah – 1 jam 5 minit. Pasar Ini sudah tidak dapat dipisahkan dengan negeri Kelantan. Di sinilah tempatnya jika anda nak cari barangan dapur kering atau basah, serunding daging, keropok, dan cenderamata untuk yang tersayang.
  • Wakaf Che Yeh – 52 minit
  • Jeti Kuala Besut  – 19 minit
  • Pantai Irama Bachok – 24 minit

Cuma kalau nak menempah resort ni, anda tak boleh book melalui laman booking tu. Sebaliknya, perlu menghubungi pemilik resort ini sendiri untuk bertanyakan harga dan menempah. Tak mengapalah, asalkan harga berpatutan, kemudahan mencukupi, bilik bersih dan selesa.

Facebook Sweet Beach Resort: https://www.facebook.com/Sweet-Beach-Resort-Holidays-HQ-271311683072330/

No. Tel: 011-1698 6003

Alamat: 16310 Pasir Puteh, Kelantan

Google Maps Location

2 Replies to Sweet Beach Resort

Leave a Reply to SyedShaff Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!