Lubuk Timah

Lubuk Timah + Hot Spring + Harga Chalet 2023

Lubuk Timah merupakan pusat rekreasi air terjun dan kolam air panas (hot spring) popular di negeri Perak. Lokasinya cuma 30 minit pemanduan sahaja dari Bandaraya Ipoh. Sekiranya anda ingin menuju ke Cameron Highlands dari Ipoh, anda pasti akan melalui simpang Lubuk Lubuk Timah Fall terlebih dahulu.

Lubuk Timah Fall mula menjadi perhatian pelancong sejak sekitar  2014 selepas tempat tersebut dibangunkan dengan segala macam kemudahan. Malah, landskapnya juga amat menarik.

Rata-rata pengunjung memilih untuk mandi kolam, mandi sungai, dan berendam dalam kolam air panas sambil menikmati kehijauan alam sekitar di sini.

Lokasi Lubuk Timah Hotspring – Google Map

Kemudahan yang ada di Lubuk Timah Fall

  • Gazebo
  • Surau / Tandas awam
  • Tempat letak kenderaan
  • Tempat persalinan
  • Trek kuda
  • Chalet
Harga tiket & aktiviti di Lubuk Timah Fall / Hotspring

Oleh kerana kawasan ini dijaga rapi dan tahap kebersihannya berada pada tahap memuaskan, maka bayaran masuk dan beberapa caj lain dikenakan. Contohnya gazebo yang bernilai RM70 lengkap dengan kipas, tempat cas telefon, dan view anak sungai.

Tiket masuk:

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak (3 – 11 tahun) – RM3

Sewaan:

  • Gazebo – RM50
  • Gazebo X – RM70
  • Pondok – RM10
  • Peralatan BBQ – RM15
  • Peralatan BBQ + arang – RM30

Aktiviti:

  • Inflatable bouncer – RM3
  • Menunggang kuda – RM5/round
  • Skuter – RM10/30 minit
  • ATV – RM15/20 minit

Chalet di Lubuk Timah

Chalet yang disediakan tidak kurang hebatnya. Lengkap dengan kemudahan, bersih, dan mempunyai rekaan cantik. Bahkan pengunjung diberi 12 pilihan bilik bergantung kepada kapasti dan bajet.

Malah, pihak pengurusan turut menyedikan tapak perkhemahan untuk kem motivasi dan team building.

Harga chalet Lubuk Timah

Kolam air panas / kolam renang / anak sungai

Kolam Air Panas

Kolam air panas di sini agak luas dan lebih terjaga kerana ia dibina dengan baik serta boleh tampung pengunjung yang ramai.

Anda boleh mandi, rendam kaki, bahkan boleh rebus telur di sini. Warga emas ambil kesempatan ‘berubat’ kerana kolam air panas semula jadi dikatan boleh merawat sakit sendi dan urat.

Kolam renang

Untuk mereka yang tidak mahu mandi kolam air panas, anda boleh pilih untuk berenang di kolam biasa. Airnya bersih dan terjaga. Selain itu terdapat kolam khas buat kanak-kanak. Agak luas dan tersedia dengan tempat duduk untuk ibu bapa awasi si cilik.

Facebook: Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Hubungi: 013-433 5361 (Fansuri)

Itu sahajalah yang boleh kami kongsikan tentang tempat rekreasi Lubuk Timah ini. Sekiranya pernah nikmati kemudahan dan aktiviti lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

4 Replies to Lubuk Timah + Hot Spring + Harga Chalet 2023

  1. Hi boleh saya tahu sewaktu PKP disini masih dibuka? keadaannya masih lagi dalam keadaan bersih?
    dan jika berminat untuk bermalam, berapa harga chalet disini?

  2. Lu tmpt ni x ramai india. Skrg klu bhgn atas sume geng mrk. Sorry bukan rasict…tp geng ni lain mcm je cr dia konker tmpt di ats. Btul2 da x suke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!