Description

Kalau nak camping, tapi nak cari penginapan yang memang dah siap boleh cuba Tiarasa Escapes. Ini bukan khemah biasa ya, lengkap dengan katil, ruang tamu, sejadah, ruang untuk duduk semua. Dan jumlahnya agak banyak juga, ada 20 buah so called tented villa disediakan, tak termasuk lagi dengan rumah binaan atas pokok sebanyak 5 buah. Luas juga kan?

Memang luas, Tiarasa Escapes ni merangkumi seluas 7 ekar. Anda boleh buat macam macam aktiviti disini, dan banyak juga aktiviti yang ada di sini, tiada di tempat lain. Buatkan ia antara kemudahan facilities yang paling lengkap di dalam senarai kami ni.

Cuma mungkin anda tak sediakan khemah sendiri, buatkan percutian anda taklah adventure, tapi sarat dengan aktiviti.

Untuk BBQ kalau anda malas nak buat sendiri pun tiada masalah, sebab hanya perlu pilih sahaja menu yang anda mahukan, nanti lepas siap ia akan dihantar ke khemah anda.

Tiarasa juga ada menyediakan corporate retreat package untuk mereka plan dan setup team building aktiviti untuk anda.

Tags: Nature Walks dan Birdwatching, picnic di tepi sungai, unggun api, BBQ, moonlight cinema, swimming pool, art lesson, memanah, ATV Ride, Paintball.

Website

https://www.tiarasaescapes.com/

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik