Description

Sekiranya anda berada di sekitar Kota Bharu, jemput makan tengah hari di Selera D'Pohon Jati yang berada di lokasi Jalan Atas Banggol, berdekatan dengan Kelantan Match Factory. Restoran ini turut dikenali sebagai 'Kedai Ikan Bakar Pok Yo' bersempena nama pemiliknya.

Sentiasa dipenuhi orang ramai yang datang untuk menikmati menu nasi sup ikan bakar, ayam, dan daging bakar istimewa di sini. Nasi putih dihidang bersama sup kosong, dan sambal istimewa.

Ikan cencaru bakarlah yang paling popular di sini. Ikan segar yang baru dibakar dicicah bersama sos yang memiliki rasa masam dan pedas. Cukup padu dinikmati pada waktu tengah hari.

Pastikan anda datang awal kerana agak sukar untuk mendapatkan meja dan kedai ini juga tutup operasi sekitar jam 3.30 petang.

Pics: KulinerKelantan

Location

Kota Bharu

Website

https://www.facebook.com/Selera-Dpohon-Jati-Nasi-Sup-Ayam-Bakar-1562453824042148/?ref=page_internal

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Kota Bharu