Description

Kalau nak tahu Kelantan juga memiliki restoran roti canai kayu arang. Terletak di Kok Lanas, Ketereh, ia menjadi port roti canai penduduk tempatan. Malah ada juga pelanggan sanggup datang dari daerah lain untuk merasai keenakan roti canai di sini.

Berbeza dengan kedai lain, roti canai di goreng menggunakan kayu arang dan bukannya dapur gas.

Aroma roti canainya memang cukup berbeza. Beraneka jenis roti dijual dari roti kosong, telur, sardin, cotek, boom, pisang, roti banjir, tsunami, dan banyak lagi.

Kalau nak lagi best, makan bersama kuah kari dan gearbox yang pekat dan menyelerakan. Roti titab juga ditawarkan untuk menambahkan lagi menu di sini.

Suasana restoran juga kondusif, luas, dan sesuai untuk mereka yang datang berkumpulan.

Pics: KulinerKelantan

 

Location
Website

https://www.facebook.com/pages/Roti-Canai-Kayu-Arang-Klanas-Kelantan/186561781977064

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location