Website
https://www.facebook.com/nasiulamcikguofficial
Juadah ulam-ulaman dan ulam-ulaman sudah sinonim dengan negeri Kelantan. Tidak lengkap kunjungan anda ke negeri ini sekiranya tidak cuba ulam dan budu. Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah tempat makan menarik di Kelantan yang boleh anda kunjungi.
Terletak di Kampung Kraftangan, restoran ini menyediakan aneka ulam-ulaman segar bersama budu, tempoyak, dan sambal belacan. Enak dimakan bersama nasi panas, sayur lemak berserta ikan atau ayam goreng.
Menu lain yang wajib anda rasa termasuklah ikan keli goreng, gulai darat, patin tempoyak, ikan percik, daging singgang, dan banyak lagi.
Lauk pauk yang disediakan pasti kena dengan selera kampung anda pada waktu tengah hari.
Selain itu, restoran ini tidak jauh dari stesen bas, dan Pasar Siti Khadijah.
Kota Bharu
https://www.facebook.com/nasiulamcikguofficial
Kota Bharu
Add a review