Description

Kepada anda yang sudah ke Sahom Valley Resort, pasti akan lebih puas hati ke Refarm Leisure Farm pula. Disini memang lebih menarik, tambah lagi kalau dengan kanak kanak. Rasanya yang kita dewasa pun akan lebih teruja disini.

Kami pun, peruntukan lebih banyak gambar untuk kongsikan tempat menarik disini. Untuk yang nak buat family day, ini adalah antara tempat terbaik yang mesti datang. Tempat ini pun cantik dan tarikan yang ada didalamnya disusun dengan baik.

Antara aktiviti yang boleh anda dan family buat ialah, pedal boat, pool, pesta air, animal feeding, berkelah, vegetation farm dan lain lain. Dan anda pun tak semestinya mesti stay disini. Staycation pun boleh. Tapi untuk penginapan jenis suite, anda akan dapat private pool khas.

Boleh juga bawa makanan luar dengan small fee sahaja dikenakan. Dan digalakkan juga untuk bawa makanan sendiri sebab untuk setakat sekarang, hanya ada small café untuk jual makanan makanan ringan sahaja. Biasa budak budak kalau dah mandi mesti penat dan nak makan. Jadi, elok pun bawa sendiri.

*Management Refarm juga dalam proses untuk membina restaurant.

RM 5 untuk dewasa

Location

Refarm Leisure Farm

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Refarm Leisure Farm