Description

Pasir Belanda Resort merupakan resort terbaik untuk mereka yang inginkan suasana kampung. Terletak di Kampung Kijang, yang tidak jauh dari Pantai Cahaya Bulan, resort ini benar-benar membangkitkan suasana kampung yang menenangkan.

Bangunan chaletnya mempunyai sentuhan Melayu lama. Manakala kemudahan asasnya pula cukup lengkap. Setiap chalet dilengkapi katil empuk bersih, penghawa dingin, water heater, pantry, dan lain-lain.

Anda berpeluang berbasikal mengelilingi kampung dan melawat tempat mencanting batik.

Bukan itu sahaja, lokasinya cukup strategik iaitu dekat dengan pantai, Restoran Acutera (colek seafood), dan beberapa buah kedai batik dan songket.

Website

http://www.pasirbelanda.com/

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Pasir Belanda Resort