Description

Penggemar soto wajib cuba hidangan ini di Restoran Oh My Soto! Sup ayam pekat yang dimakan bersama nasi impit, dan begedil ini amat menyelerakan.

Resepi turun temurun dimasak cukup rasa menggunakan rempah campuran membangkitkan aroma sup. Pelanggan boleh memesan 2 jenis soto iaitu soto nasi impit atau bihun. Bertambah enak dimakan dengan kicap pedas istimewa, begedil, taburan kacang, bawang goreng, taugeh, dan daun sup.

Bukan sekadar soto, Oh My Soto turut menyajikan nasi ayam, lontong, laksa penang, mee kari, nasi air, colek ayam dan pasembor.

Location

Kota Bharu

Website

https://www.facebook.com/ohmysoto/

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Kota Bharu