Description

Ada yang berpendapat Inap Desa Chalet ni perlukan lebih sentuhan, mungkin dari segi kekemasan dan kebersihan. Tapi Inap Desa Chalet ini kalau kita datang, anda akan rasa macam balik kampung sendiri.

Sebabkan chalet ni nampak bersahaja, rasanya lebih selesa untuk setengah orang kita yang tak suka berprotokol sangat. Dan lebih baik lagi, sungai dekat sahaja. Buat yang kaki pancing, memang sudah disediakan kolam di dalam chalet ini untuk anda beradu tenaga, dan BBQ pula lepas tu.

Harga chalet pun berpatutan, daripada RM 150 hingga ke RM 200 untuk satu malam.

Kapasiti untuk chalet ini ialah seramai 20 orang.

Gas dan dapur disediakan. Termasuk juga, kuali, rice cooker, cawan, pinggan dan meja untuk anda guna. Dan dah pasti, surau pun ada.

Surau? Ya macam saya cakap tadi, ibarat macam kita balik kampung.

Website

https://www.facebook.com/inapdesachaletsjandabaik/

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Inap Desa Chalet