Description

Terletak di tengah tengah kawasan tumpuan utama di Cameron Highland, iaitu 5 minit ke Brinchang, 5 minit lagi ke Tanah Rata. Disebabkan hotel ini bukan di pekan, jadi anda akan dapat rasa suasana tenang sikit berbanding dengan hiruk pikuk orang yang mencari parking kereta di waktu malam.

Anda juga kalau bertuah boleh dapatkan view padang golf kalau bilik tersebut masih available untuk dapatkan panorama dan pengalaman yang lebih manis bersama De La Ferns.

Sebelum kami lupa, Hotel De La Ferns ini berkonsepkan ala ala english atau europe style, price range harga daripada RM 220 hingga ke RM 1000 untuk satu malam.

Hotel ini juga terletak dekat sahaja dengan Steamboat yang paling popular di Cameron Highlands, iaitu Glory 78 Steamboat Snack Corner, lot sebelah hotel sahaja.

Website

http://www.hoteldelaferns.com.my/

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands