Description

D’Villa ini special sikit berbanding dengan management villa yang lain ada di Janda Baik. Kebanyakan diuruskan family atau business keluarga. Tapi D’Villa ini lain, ia memang diuruskan satu pengurusan khas iaitu PlayManagement, sebuah property management company. Sebenarnya, kalau anda pun ada villa yang dibiarkan begitu sahaja, tak digunakan, boleh tandatangan contract dengan PlayManagement untuk mereka usahakan.

Kembali kepada perkongsian D’Villa. Kalau anda lihat gambar villanya, bentuk segi tiga, dengan di tengahnya ada swimming pool pun dah buatkan mata kita tertarik dan rasa nak cuba menginap disini. Parking dalam facility pun luas, banding dengan villa di tempat lain, kadang tu saiz sudah luas, tapi parking hanya beberapa kereta sahaja.

Banding dengan penginapan lain, kebanyakannya hanya ada satu konsep design sahaja. Tapi disini, ada 4 konsep binaan yang anda boleh pilih, Bali, Europe, modern family dan premier.

Website

https://www.facebook.com/dvillajandabaik/

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review
    Location

    D'Villa Janda Baik