Description

Adelia Hill Farm seluas 5 ekar ini merupakan penginapan jenis Villa yang terletak di puncak bukit. Terletak di daerah Kerling, Ulu Selangor, perjalanan ke villa ini hanya mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur.

Vila ini memang sesuai kalau nak buat family day sebab ia memang serba lengkap untuk family besar. Ada 4 bilik. 3 bilik daripadanya ada katil bersaiz queen, dan satu bilik lagi katil jenis single 2 buah. Boleh berbbq juga, sebab ada bbq elektrik disediakan.

Perkakas dapur juga lengkap, peti ais dua pintu, coway, oven dll.

Villa ini juga ada ladang mini untuk kanak kanak tengok tengok binatang seperti burung unta, angsa, arnab, burung merak,rusa. Dan kalau tak puas dalam Villa ini pun tiada masalah, sebab sungai berdekatan dekat sahaja, ada air terjun lagi. Untuk kaki pancing pun ada tempat untuk anda cuba cuba menunjukkan skill anda di sini pula.

Website

https://www.facebook.com/Adelia-Hill-Farm-1650822725203980/

Categories
Region
mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a review