Tempat Makan

Jalan Jalan Cari Makan Melaka

Penat melawat tempat bersejarah di Melaka, apa kata anda singgah menjamu selera dahulu. Dek kerana negeri ini tidak pernah putus dengan kehadiran pelancong, maka banyaklah restoran menarik dibuka. Tidak kiralah hidangan sarapan, makan tengah hari, mahupun malam, banyak tempat makan menarik yang boleh anda cuba. Untuk artikel kali ini, kami kongsikan restoran best termasuklah yang pernah dikunjungi program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) di Melaka!

Kalau dah masuk rancangan JJCM, sudah tentulah restoran tersebut sedapkan? Jom lihat antara tempat makan best di Melaka!

The Old Mark Cafe

Kami mulakan dengan sebuah cafe hipster yang terletak di Taman Kota Shahbandar. Menu popular di cafe ini adalah pancakenya. Pernah viral di laman sosial beberapa bulan lalu dek kerana keenakan dan betapa gebunya pancake yang dihidangkan.

Wajib cuba Fluffy Matcha Souffle Pancakes di sini, bahkan ia hadir dengan aiskrim, whip cream, dan kuah matcha yang menyelerakan.

Cafe ini menyediakan pelbagai jenis masakan western, dessert, dan aneka kopi premium untuk pencinta kopi.

Waktu operasi: 11 am – 6 pm

Alamat: Google Map

Roti Canai Kayu Arang

Lokasi sarapan paling popular di Malaka. Apa yang membuatkan roti canai di sini berbeza dengan yang lain adalah ia digoreng menggunakan kayu arang. Ini sekaligus membangkitkan aroma yang enak. Pelbagai jenis roti canai yang boleh anda order. Sebut sahaja, pasti ada di sini.

Antara yang popular seperti roti canai nachos bersama cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar. Selain itu anda patut cuba Roti Tampal Dangdut.

Anda juga wajar cuba nasi lemak yang memiliki sambal sedap, di makan bersama ayam goreng berempah, sotong, dan kangkung istimewa.

Waktu operasi: 7am – 12pm | 7pm 12am

Alamat: Google Map

Mee Besen Original

Hah, Mee Besen Original jugan menjadi bualan ramai dek kerana keunikan menu ini dihidangkan kepada pelanggan. Mee supnya dihidangkan di dalam besen bersaiz besar agar pelanggan dapat menikmatinya beramai-ramai.

Pelbagai saiz besen yang anda boleh pilih mengikut kapasiti seperti saiz S hinggalah Jumbo yang boleh dimakan seramai 7 hingga lapan orang.

juliaali.blogspot.com

Keunikannya bukanlah terletak pada saiz besen semata mata, meenya cukup enak dan sesuai dinikmati semua golongan.

Selain mee besen, restoran yang terletak di Kampung Durian Daun Dalam ini turut menyediakan shellout, kambing bakar, masakan western, cendol durian D24, dan pizza.

Waktu operasi: 3.30 pm – 10.30 pm | tutup pada Isnin

Alamat: Google Map

Artikel berkaitan:

Seafood Lambak Selera Kita

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, hidangan shell out atau seafood lambak ini menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, siapa tidak suka seafood, tambahan ula ia dimakan bersama kuah istimewa dan nasi putih.

Anda boleh singgah ke Seafood Lambak Selera Kita, kerana di sini menyediakan shell out Melaka paling best.

Anda bakal menikmati ketam, sotong, kerang, dan udang bersama sayuran. Sos atau sambalnya pula cukup menyelerakan. Tidak terlalu pedas dan sesuai untuk mereka yang tidak makan pedas.

Waktu operasi: 5 pm – 11 pm | tutup pada selasa

Alamat: Google Map

Anas Seafood

Kalau anda sedang mencari ikan bakar sedap di Melaka, kami syorkan supaya anda cuba Anas Seafood yang terletak di Tanjung Kling. Keenakan makanan laut di sini sudah diakui warga tempatan.

Ikan bakar dengan rempah istimewanya memang sedap dan memukau. Cuba juga siakap masak stim, udang/sotong tepung, kailan ikan masin, lala berlada, ikan masak merah dan banyak lagi.

Masakan panas mereka juga tidak kurang hebatnya. Patut la restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan pada waktu malam.

Waktu operasi: 6 pm – 12 am

Alamat: 76400 Tanjung Kling, Malacca

Ikan Bakar Parameswara

Lokasi jalan jalan cari makan Melaka yang seterusnya adalah Ikan Bakar Parameswara. Juga dikenali sebagai medan ikan bakar Melaka kerana restoran ini agak besar dan meriah bak food court.

Menu seperti ikan masak stim dan sweet sour tu memang wajib order kerana cukup enak. Di sini, anda boleh pilih ikan anda sendiri yang terdiri dari pelbagai saiz.

Udang goreng butter juga sering menjadi pilihan para pelanggan.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am | tutup pada Isnin

Alamat: Google Map

Qasreena Cafe

Qasreena Cafe adalah salah satu tempat makan menarik di Ayer Keroh Melaka yang harus anda kunjungi. Pernah dilawati rancangan tv JJCM, Qasreena Cafe menyediakan aneka jenis hidangan ala Thai, masakan panas, dan western.

Menu signature di sini sudah tentulah mee racun iaitu mee sup istimewa. Selain itu, nama menu yang ditawarkan juga amat unik dari segi namanya, seperti Mee Shah Rukh Khan, Mawi Sup Sapi, Kungfu Hustle, dan banyak lagi.

Suasana restorannya juga tenang, bersih, dan selesa untuk anda seisi keluarga menjamu selera.

Waktu operasi: 11.45 am – 1.15 am | tutup pada Ahad

Alamat: Google Map

Restoran Hajjah Rahmah Kari Kepala Ikan

Kedai makan di Bukit Katil Melaka yang cukup popular pada waktu tengah hari. Masakan kampung seperti asam pedasnya memang tiada tandingan!

Aneka lauk pauk lain sudah tersedia untuk anda pilih seperti kari kepala ikan, asam pedas tetel, ayam kampung goreng, masak lemak, dan banyak lagi.

Jangan lupa makan bersama ulam-ulaman bersama sambal belacan untuk membangkitkan selera anda.

Kudapan seperti pisang goreng, keropok lekor, cekodok, juda disediakan.

Waktu operasi: 11.30 am – 5 m

Alamat: Google Map

Cendol Jam Besar

Tempat makan menarik di Bandar Hilir Melaka pula adalah Cendol Jam Besar. Semangkuk cendol sudah cukup untuk membasahkan anak tekak selepas seharian melawat tempat menarik di Bandar Hilir.

Ia terletak di hadapan menara jam The Stadthyus. Waktu tengah hari, gerai ini akan dikerumuni pelanggan.

kitapunya.com

Terdapat beberapa jenis cendol yang boleh anda pilih seperti cendol kacang, pulut, jagung, durian, malah air batu campur turut dijual.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: GoogleMap

ARy Nasi Buluh

Anda pasti pernah dengar tentang nasi buluh Melaka bukan? Banyak juga restoran yang menyediakan hidangan unik ini, tetapi yang paling popular adalah di ARy Nasi Buluh.

Restoran yang menyediakan masakan dari Indonesia untuk cukup menyelerakan. Nasinya di masa dalam buluh, menjadikan hidangan ini mempunyai aromanya yang tersendiri.

Ia dimakan bersama ayam goreng, sambal istimewa, gulai, tempe, dan ulam.

Location: Google Map

Beriani Roket Durian Tunggal

Bagi anda yang tertanya-tanya mengapa nama restoran ini adalah beriani roket? Ini kerana ia dimasak di dalam kukusan silinder tinggi seakan roket.

Menu istimewa di sini adalah Nasi Beriani Gearbox yang cuma berherga RM12, manakala yang lain RM8, bergantung pada lauk yang anda ambil.

Kesemua lauk yang disediakan seperti dalca, kari, aneka gulai, soto masak sambal, memang sedap. Tidak hairanlah orang ramai sanggup beratur untuk menikmati nasi beriani di sini.

Waktu operasi: 10 am – 5 pm | tutup pada Selasa & Khamis

Alamat: Google Map

Bam Bam Bistro

Untuk penggemar masakan western pula, jangan lupa ke Bam Bam Bistro yang dikenali sebagai salah satu tempat makan best di Alor Gajah. Restoran selesa ini menghidangkan chicken chop, spaghetti, meatballs, dan pelbagai menu Barat lain.

duniapatik.com

Selain itu, anda juga wajar cuba Nasi Lemak Pandan dan Nasi Vanggey.

Selain makanan yang enak, Bam Bam Bistro ini menjadi pilihan pelanggan kerana harganya yang murah. Anda boleh menikmati chicken chop pada harga serendah RM 2 dan aneka air seperti sparkling dan float yang Cuma RM2 sahaj. Murah bukan?

Waktu operasi: 5.30 pm – 11.30 pm | tutup pada Khamis

Alamat: GoogleMap

Semoga artikel jalan jalan cari makan Melaka ini membantu anda dalam mencari port makan sedap di sana. Selamat bercuti!

One Reply to Jalan Jalan Cari Makan Melaka

Leave a Reply to Ary Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!