Homestay Janda Baik Tepi Sungai

Janda Baik merupakan salah satu destinasi percutian terkemuka di negeri Pahang. Kedudukan geografinya yang berada di dataran tanah tinggi membuatkan ramai yang ingin bercuti ke sana. Banyak kelebihan tempat peranginan di tanah tinggi ini sebenarnya. Selain dapat merasai cuaca dingin, pemandangan bukit bukau yang menghijau menjadi faktor mengapa Janda Baik sering menjadi pilihan ramai. Malah banyak penginapan yang menawarkan kemudahan menarik yang boleh anda pilih. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai menginap di homestay adalah lebih ideal. Homestay Janda Baik tepi sungai biasanya menjadi pilihan.

Perkampungan Melayu yang terletak di Bentong ini memang nyaman. Udaranya segar, berpanorama indah, malah terdapat aliran sungai yang bersih. Janda Baik adalah destinasi terbaik untuk mereka yang ingin lari dari beban kerja di pejabat.

Lagi pula Janda Baik hanya mengambil masa kira-kira 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur.

Kami senaraikan beberapa buah homestay Janda Baik yang dekat dengan sungai.

#1 KZ Homestay Janda Baik

Homestay ini agak popular kerana banyak juga result cariannya di laman Google. Rata-rata mereka yang pernah menginap sini, semuanya berpuas hati dengan servis dan kemudahan yang ada.

Menariknya, it is one of Janda Baik homestays with swimming pool! Kebiasaannya, percutian bersama keluarga yang ada anak-anak kecil pasti mahukan kemudahan kolam renang.

Facebook: https://www.facebook.com/JbHomestay/

Hubungi: 013-939 7371

Alamat: No. 100B, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang, 28750 Bentong (Google Maps Location)

#2 Hawa Resort

Hawa Resort, salah satu chalet yang berpatutan di Janda Baik. Mempunyai persekitaran yang tenang dan damai, Hawa Resort turut memiliki sebatang anak sungai di tepi chalet.

Resort ini menawarkan percutian yang penuh dengan aktiviti bersama keluarga kerana lengkap dengan gelanggan badminton, bola tampar, BBQ, dan rentas halangan.

Dengan kemudahan dewan terbuka dan asrama, resort ini sentiasa menjadi pilihan buat sekolah dan agensi untuk mengadakan kursus dan seminar.

Kemudahan: Wifi, dewan, dorm, gelanggan badminton, bola jaring, alatan BBQ, indoor games, merentas desa, kantin,

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#3 Inap Desa Chalet Janda Baik – harga dari RM150

Inap Desa Chalet merupakan salah satu penginapan yang terletak di tepi sungai. Siapa yang tak gemar mandi sungai? Anda boleh mandi manda di sini. Setelah selesai, teruskan pula dengan aktiviti memancing sama ada di sungai mahupun di tasik buatan. Menariknya anda tidak akan pulang dengan tangan kosong. Ada sahaja tangkapan yang diperolehi.

Chalet ini menawarkan bilik yang luas dan bersih. Terdapat tiga jenis bilih yang boleh anda pilih bergantung kepada bajet.

Kemudahan: Tepi sungai, karaoke, memancing, BBQ, tasik.

Hubungi: 019-9561906

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#4 Tam’s Chalet – harga dari RM150

Terletak betul-betul di hadapan D’Ark Resort. Chalet yang kelihatan seperti beberapa unik rumah kecil ini selesa untuk diinap. Kemudahan yang disediakan serba serbi lengkap.

Kawasan sekitarnya memang sesuai untuk dijadikan tempat berkelah. Ini kerana terdapat anak sungai yang mengalir di tepi chalet ini. Selamat untuk anak-anak kecil kerana ia cetek dan arusnya tidak deras.

Kemudahan: anak sungai, tempat letak kereta yang luas, kelengkapan BBQ, penghawa dingin, tilam lebih.

Hubungi: 012-603 6844

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#5 Ena’s Place

Merupakan homestay di Janda Baik yang terletak di tepi sungai. Kami pasti pengunjung akan selesa menginap di sini kerana suasananya tenang, luas, dan bersih.

Kami dapat rasakan yang jika menginap di sini anda bakal merasakan seperti tinggal di rumah sendiri. Ini kerana segala kelengkapan dalam rumah memenuhi keperluan harian.

Tidak jauh dari sini, terdapat anak sungai dan anda boleh berkelah dan bermandi manda di waktu petang.

Hubungi: 019-298 9818

Alamat: Lot 8533 Kuala Lurah, Chemperoh, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#6 Riverside Janda Baik

Riverside Janda Baik menawarkan penginapan yang berkonsepkan kampung Melayu yang tenang dan penuh dengan aktiviti kekeluargaan. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada seperti chalet, semi D, homestay, dan asrama.

Jika menyentuh soal aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini pula, Riverside menyediakan tapak perkhemahan yang lengkap. Bahkan and boleh junggle trekking di pinggir hutan bersama individu yang bertauliah, dan melakukan rubber tube rafting.

Penginapan ini dekat sahaja dengan anak sungai. Bolehlah bermandi-manda dan memancing bersama yang tersayang. Boleh dikatakan homestay Janda Baik tepi sungai 2018 yang paling popular.

Hubungi 019-948 3100 untuk tahu dengan lebih lanjut tentang harga.

Alamat: Lot 5506, Kampung Janda Baik 28750 Bentong Pahang Darul Makmur (Google Maps Location)

#7 Teratak Malaya – harga dari RM120

Dalam banyak banyak senarai chalet di Janda Baik, Teratak Malaya merupakan salah satu yang sering menjadi pilihan ramai. Terdapat 18 buah chalet dan dua rumah pokok yang direka khas menggunakan kayu dan buluh.

Bonus tambahan buah Teratak Malaya kerana lokasinya amat strategik iaitu berlatar belakangkan bukit dan mempunyai anak sungai yang mengalir di tepi chalet.

Berita baik buat kaki pancing, anda dibenarkan memancing di sungai di sini.

Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Janda Baik chalet murah ini adalah salah satu pilihan yang ada.

Kemudahan: Wifi, memancing, dewan, asrama, parking percuma

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

Bercuti di Janda Baik adalah lokasi yang terbaik jika anda ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Kawasannya yang tenang dan indah. Malah, banyak aktiviti fizikal yang boleh merapatkan lagi hubungan silaturahim. Jika datang dalam kumpulan atau berkeluarga besar, homestay Janda Baik tepi sungai yang kami nyatakan di atas sangat sempurna untuk percutian anda kelak. Selamat bercuti!

 

 

 

Leave a Comment!