Genting Highlands

Tempat Menarik di Genting Highlands

Dengan cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia, ramai yang merancang untuk bercuti di luar negara hanya untuk merasai suhu sejuk. Tetapi untuk merasai percutian sedemikian, anda tidak perlu mengeluarkan belanja besar kerana Malaysia sendiri mempunyai tanah tinggi yang menawarkan suhu dingin dan keseronokkan berganda, iaitu Genting Highland, Pahang. Apabila kita sebut tentang Genting, perkara pertama yang muncul di fikiran adalah taman temanya. Tetapi anda perlu tahu yang selain taman temanya, banyak lagi tempat menarik di Genting Highland yang boleh anda terokai.

Klook.com

Jika anda dari Kuala Lumpur perjalanan menuju ke Tanah Tinggi Genting hanya memakan kira kira 1 jam perjalanan. Siapa sangka, dalam keadaan panas terik dan 1 jam pemanduan anda sudah boleh merasai suhu bak negara Eropah.

Pusat peranginan yang terletak di Bentong ini berketinggian 2,000 meter dan inilah yang membuatkan Genting mencatatkan suhu rendah yang tidak melebihi 25 darjah Celsius. Malah, kadang kala ia mencecah 14 darjah Celsius.

Pengangkutan untuk ke Genting Highland

Bagaimana cara hendak ke Genting Highland? Selain memandu sendiri untuk ke sana, anda juga boleh memilih untuk menaiki kenderaan awam, terdapat bas, teksi, yang berulang-alik membawa penumpang ke Genting setiap hari. Anda boleh mendapatkan tiket di Stesen KL Sentral dan Stesen Bas Gombak.

Harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Genting Highland Cuma RM10. Anda boleh rujuk laman https://www.redbus.my/ms/bus-tickets/kuala-lumpur-to-genting-highlands untuk maklumat lanjut.

Kereta kabel ke Genting Highland

Untuk menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk naik ke puncak GentingHilands. Ada dua perkhidmatan yang boleh anda guna.

Pertama ialah di Awana Skyway, dan lagi satu ialah Genting Skyway. Untuk perbelanjaan harga semua anda boleh rujuk artikel khas kami Harga Kereta Kabel Genting.

#1 Strawberry Leisure Farms

Jangan ingat Cameron Highland sahaja yang ada buah strawberry. Anda juga boleh memetik buah strawberi segar di Genting. Strawberry Leisure farms terletak di sekitar Gohtong Jaya iaitu bandar utama Genting Highland.

Terdapat kira-kira 80,000 pokok strawberi yang ditanam dengan secara bertingkat di atas tanah seluas 0.8 hektar.

Anda boleh petik sendiri buah strawberi hingga terdaya di sini dan harga adalah mengikut timbangan berat. Teknik penanamannya juga berlainan memnyebabkan ia lebih segar dan ranum.

Selain ladang, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai jenis produk makanan berasaskan strawberi. Selain itu, terdapat juga kedai cenderamata yang menjual barangan hiasan. Bolehlah anda beli sebagai tanda ingatan .

Waktu Operasi: 9am – 6.30pm

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5

Alamat: No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang. (Goole Maps Location)

#2 Happy Bee Farm

Happy Bee Farm terletak di laluan masuk ke Genting View Resort. Daripada nama premis ini kita sudah tahu apa yang bakal ditawarkan kepada pengunjung. Ia merupakan ladang lebah yang menghasilkan madu.

Menariknya ladang ni bukan hanya untuk pengunjung melihat lebah dan madu lebah sahaja. Ia juga mempamerkan info menarik tentang madu dan proses begai mana ia dihasilkan dari lebah hinggalah ke sampai ke tangan pembeli terakhir.

Pengunjung juga boleh mempelajari khasiat makanan sunnah ini berserta serangga lain dengan lebih mendalam melalui infografik dan staff yang berkerja di sini.

Jangan lupa untuk bawa pulang madu asli ya?

Waktu operasi: 9am – 9pm

Harga tiket: Dewasa RM16 | Kanak-kanak/ Warga Emas RM12

Alamat: 8, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang (Google Maps Location)

#3 Butterfly Wonderland

Butterfly Wonderland Genting merupakan taman rama-rama yang sesuai untuk seisi keluarga. Memandangkan ia adalah sebahagian daripada Honey Bee Farm, konsepnya adalah sama iaitu selain dapat melihat kecantikan haiwan ini, pengunjung juga dapat mendapat banyak info daripadanya.

Landskap kawasannya direka indah dengan air terjun mini yang menempatkan ikan koi di dalam kolam. Selain melihat rama-rama, anda juga dapat menikmati pemandangan hutan hijau tropika yang melatari taman rama-rama ini.

Waktu Operasi: 9am – 8pm

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak/ Warga Emas RM16

Alamat: 6452, Genting View Resorts, KM 11-3, Genting Highlands

#4 Fashion Forest

Ini bukan tempat membeli-belah ya? Tetapi merupakan hutan hujan tropika yang dijaga rapi. Genting Highland bukan hanya tempat yang pernuh dengan hiburan semata-mata tetapi turut kaya dengan flora dan faunanya.

Fashion Forest adalah hutan hujan yang berusia lebih 130 tahun dan ia masih dijaga dengan rapi sehingga ke hari ini.

http://www.miriammerrygoround.com/2016/08/nature-discovery-fashion-forest-genting-highlands.html

Untuk menerokai hutan ini anda boleh approach Treks Nature Enterprise kerana mereka menyajikan pelbagai aktiviti dan program menarik. Seperti jungle tracking, meneroka haiwan nocturnal, dan yang paling best dapat lihat spesis haiwan dan tumbuhan yang jarang kita lihat dan hanya boleh dijumpai di hutan hujan tropika.

Harga tiket: Bermula pada RM75

No.Tel: 03-27181118

Laman Web: www.rwgenting.com

#5 World of Phalaenopsis (Taman Orkid Genting)

Berkeluasan kira-kira 6,500 meter persegi, Taman Orkid Genting ini menempatkan lebih 390 jenis bunga orkid yang terdiri daripada pelbagai jenis dan warna.

Pengunjung boleh datang dan lihat orkid ini danpasti akan teruja dengan kecantikannya terutama penggemar bunga. Di sini anda akan mendapat info dan panduan tentang bunga ini berserta tentang penjagaannya.

Selain dibuka untuk orang ramai, World of Phalaenopsis juga mengeksport orkid ini kepada hotel dan restoran mewah seluruh Malaysia.

Waktu Operasi: 8am – 5pm

Alamat: 100, Gohtong Jaya, Genting Highlands

#6 Snow World Genting

Inilah peluang anda untuk rasa main salji dalam suhu dan suasana bak benua Eropah. Taman ais yang merupakan sebahagian daripada Resorts World ini menjadi salah satu tarikan utama pelancong selain daripada Taman Tema Genting Highland.

Snow World menggunakan sistem penyejuk dari Jerman bagi mengawal suhu di taman tersebut yang kini mencecah -6 celcius. Anda kena siap sedia dengan baju tebal, tetapi jangan risau kerana pakaian tebal boleh di sewa di sini.

Kami pasti anak-anak pasti akan teruja bukan sekada dengan suhu sejuk, bahkan banyak tarikan lain yang ada seperti gelongsor Cresta Run, ukiran ais menarik, cahaya lampu LED, malah ia direka supaya Snow World boleh bertukar dari siang ke malam.

Harga Tiket: Bayaran Masuk (MyKad): Dewasa (12 – 59 Tahun) RM40 | Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) RM30 | Warga Emas (60 Tahun & Keatas) RM30

Waktu Operasi: 9:30 am – 11.20 pm

Alamat: Level T2A, First World Plaza, 69000 Genting Highland Resorts, Pahang

#7 Awana Skyway

Satu lagi tarikan yang dimiliki Resorst World Genting iaitu Awana Skyway. Awana Skyway adalah perkihdmatan kereta kabel yang membawa anda melihat keindahan Genting Higland dari pandangan atas.

Ia bermula dari Stesen Awana ke hentian akhir, SkyAvenue Station dan perjalanan ini mengambil masa kira-kira 10 minit. Gondola yang berlantaikan kaca ini akan melewati tarikan-tarikan menarik Genting termasuklah 20th Century Fox yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk mengambil gambar sebagai kenangan, dan berita gembira buat anda, kerana gondola ini menyediakan tempat mengecas telefon.

Ia beroperasi hingga ke tengah malam dan ini menjadikan Awana Skyway sebagai tempat menarik di Genting Highland waktu malam.

Waktu operasi: 7am – 12am

Harga tiket: Standard Gondola RM8 | Glass Floor Gondola RM50

Alamat: Level 2, Awana SkyWay building, Genting HighlandsLevel 2, Awana SkyWay building, Genting Highlands

#8 Genting Highland Theme Park

Genting Highland Theme Park adalah tarikan utama pelancong untuk ke tanah tinggi ini. Ia ia terbahagi kepada dua iaitu indoor dan outdoor.

Harga tiket Genting Highland 2018

INDOOR THEME PARK

Kenapa Taman Tema Genting ada dua kawasan? Sebab sesetengah permainan tidak sesuai diletakkan diluar walaupun pada suhu dingin. Jenis indoor mempunyai 4 tingkat yang terletak di dalam pusat membeli-belah First World Complex. Sangat luas dan bermacam-macam permainan yang ditawarkan.

Jika anda perhatikan, ia seolah olah membawa penonton ke beberapa negara dalam satu bangunan. Ia dapat dilihat melalui jenis permainan yang disediakan seperti:

  • Carousel
  • Tour de Paris
  • Ferris Wheel
  • Venice Gondola
  • Monorail
  • Reindeer Cruiser
  • Euro Express
  • Genting Sky Venture

OUTDOOR THEME PARK

Untuk pengetahuan bahagian menawarkan keseronokkan luar biasa. Akan tetapi taman tema Genting OUTDOOR ditutup sejak 2013 kerana memberi laluan kepada proses pembinaan 20th Century Fox Theme Park.

Harga Tiket Taman Tema Genting

Di sana ada 3 harga tiket yang berbeza, mengikut pakej mana satu yang korang nak beli. Pakej Indoor, Pakej Tiket Outdoor dan Pakej All-Pass. Memandangkan Outdoor ditutup, hanya Indoor sahaja yang ditawarkan.

Indoor

Unlimited rides (satu hari):

RM32 (Dewasa)  |  RM30 (Kanak-Kanak)  |  RM16 (Senior)  | RM109 (Pakej Keluarga, 2 Dewasa, 2 Kanak-Kanak)

#9 20th Century Fox Theme Park

Taman Tema Twentieth Century Fox yang menempatkan 25 permainan untuk semua lapisan umur dengan berkonsepkan filem popular seperti Ice Age, Life Of Pi, Alien, Predator dan Night At The Museum. Ia dijangka beroperasi pada Disember 2018.

Kaki filem Hollywood, inilah ‘syurga dunia’ buat anda. Di sini anda dapat menyaksikan pelbagai filem tersohor terbitan 20th Century Fox yang akan dibawa ke dunia nyata.

#10 Gohtong Jaya

Gohtong Jaya merupakan banda utama Genting. Pekan kecil ini menempatkan pelbagai kedai, rumah, serta penginapan menarik.Kalau anda nak mencari tempat makan yang lebih murah dari taman tema, di sinilah tempatnya.

Jarak antara Gohtong Jaya ke Taman Tema Genting kira kira 11km dan mengambil masa sekitar 20 minit pemanduan. Jika tidak mahu memandu, naik sahaja Genting Skyway iaitu perkhidmatan cable car yang disediakan.

Usah risau akan kereta anda, kerana terdapat sebuah bangunan 10 tingkat yang dikhaskan untuk meletak kenderaan.

Waktu Operasi:  7am – 12 am

Harga tiket: RM8

#11 Sky Avenue

Jangan ingat Genting ni hanya tempat sejuk yang ada taman tema sahaja. Tempat shopping pun ada! Sky Avenue merupakan pusat membeli belah yang berada diketinggian 6,000 kaki dari paras laut. Pusat membeli-belah bertaraf dunia ini menempat pelbagai jenis premis termasuklah panggung wayang berserta dewan teater IMAX.

Waktu operasi: 10am – 10pm

#12 Genting Highlands Premium Outlets

Sebuah lagi tempat shopping di Genting Highland yang bertaraf antarabangsa, Premium Outlets. Kami yang anda semua pernah dengar akan Johor Premium Outlet bukan? Genting turut memiliknya.

Premium Outlets ini menempatkan pelbagai premis dan butik berjenama khususnya pakaian dan aksesori. Ramai yang menyerbu Premium Outlets ini keranan item item yang dijual adalah original dan sukar untuk diperolehi di pusat membeli belah lain.

Waktu Operasi: 10am – 12am

Alamat: Genting Highlands Resorts, KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang

Bukan main banyak lagi tempat menarik di Genting Highland 2018. Pendek kata, kalau anda bercuti di sini, masa anda akan dipenuhi dengan aktivi-aktivi menarik. Apatah lagi dapat bercuti dalam cuaca sejuk, nyaman dan panorama yang mempersonakan.

One Reply to Tempat Menarik di Genting Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!