Umum

Family Day vs Team Building

Family Day dan Team Building adalah dua jenis acara yang popular di Malaysia, tetapi masing-masing mempunyai tujuan dan fokus yang berbeza.

Family day biasanya diadakan untuk mengeratkan hubungan dalam keluarga, manakala Team Building lebih bertujuan untuk memperbaiki kerjasama dan komunikasi antara ahli pasukan, terutamanya dalam kerjaya.

Walaupun kedua-duanya bertujuan untuk membina hubungan yang lebih baik, pendekatan dan aktiviti yang dilakukan berbeza mengikut objektif masing-masing.

Tujuan dan Focus

Family Day

Tujuan
Family day atau Hari Keluarga adalah untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dengan meluangkan masa berkualiti bersama. Tujuan utamanya adalah tak lain tak buat adalah untuk mempererat hubungan dalam keluarga dan mencipta kenangan indah bersama.
Fokus
Aktiviti pada Hari Keluarga lebih tertumpu kepada keseronokan, perhubungan, dan kegembiraan bersama keluarga. Focus kita lebih kepada bersantai, bersahaja tapi masih lagi menarik untuk kita luiangkan masa yang ada itu bersama.
Matlamat
Mengeratkan ikatan keluarga, berehat, dan mencipta kenangan positif bersama ahli keluarga dari pelbagai peringkat umur.

Team Building

Tujuan
Team Building pula bertujuan untuk meningkatkan komunikasi, kerjasama, dan kolaborasi dalam satu kumpulan, terutamanya dalam konteks pekerjaan atau organisasi.
Fokus
Aktiviti biasanya tertumpu kepada penyelesaian masalah, kerja berpasukan, dan membina kepercayaan antara ahli pasukan. Ia lebih kepada meningkatkan kemahiran profesional dan memperbaiki dinamik dalam kumpulan.
Matlamat
Meningkatkan hubungan kerja dalam satu pasukan atau organisasi, membina kerjasama, dan memperbaiki cara pasukan berfungsi bersama.

Aktiviti dalam team building lebih kepada company focus oriented, seperti contoh, jika team building di kalangan agent hartanah, agent coway dan seumpamanya yang lebih banyak luangkan masa deal dengan customer, mungkin focusnya supaya lebih cekal, dan bersemangat untuk mencari case.

Kalau di kalangan pekerja pejabat contohnya, mungkin focusnya lebih kepada komunikasi diantara pekerja.

Semuanya ini, sangatlah berkait rapat dengan aktiviti yang akan dipilih pula nanti.

Jenis Aktiviti

Family Day

Aktiviti lebih kepada keseronokan bersama dan menikmati masa bersama keluarga, seperti:

  • Permainan luar seperti sepak takraw, badminton, atau bola sepak.
  • Aktiviti kreatif seperti melukis, membuat kraftangan, atau memasak bersama.
  • Aktiviti santai seperti menonton filem, bermain papan permainan, atau BBQ bersama.
  • Board Games seperti chess, dam haji, game ular.

Team Building

Aktiviti lebih tertumpu kepada kerjasama dan pencapaian matlamat pasukan, seperti:

  • Cabaran penyelesaian masalah, seperti permainan escape room atau projek pembinaan, siapkan rakit.
  • Aktiviti fizikal berpasukan, seperti kursus halangan atau permainan kepercayaan.
  • Sesi latihan atau bengkel berkaitan komunikasi, kepimpinan, atau penyelesaian konflik

Suasana

Hari Keluarga

Suasana biasanya santai, mesra, dan menyeronokkan. Ia adalah masa untuk menikmati waktu bersama tanpa tekanan untuk mencapai matlamat tertentu.
Fokusnya adalah untuk berhubung, bukan berkompetisi atau mengasah kemahiran tertentu.

Team Building

Suasana lebih berorientasikan matlamat, dengan fokus untuk mencapai hasil tertentu seperti meningkatkan komunikasi atau kerjasama dalam pasukan. Ia lebih kepada mempelajari dan memperbaiki kemahiran yang berguna dalam konteks profesional.

Saiz Tempat

Kalau family day sahaja, mungkin sebuah rumah atau villa dengan sungai di hadapan rumah, atau swimming pool, atau satu kawasan camping sudah cukup.

Tapi kalau team building mungkin perlukan lebih luas, tambah lagi bila kita akan buat juga pertandingan sukaneka contohnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *