Baiklah, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terlibat untuk bantukan saya siapkan satu survey di page, Family Day di Perak. Artikel di sana bukanlah tak OK, tapi sebabkan tajuknya di Perak, macam terlalu besar pula untuk kami cover sedangkan belum pasti anda nak pergi sana kan.
Jadi itu sebablah, kami buatkan satu survey untuk pelawat blog teamtravel ni dapat bantu kami.
Lagipun, saya pun tak sangka kalau tempat macam Kuala Kangsar, Tapah ada pula permintaan untuk buat Family Day.
[wpcharts type=”doughnutchart” bgcolor=”red:gray:yellow,blue:gray:yellow,random:gray:yellow,purple:gray:yellow” min=”0″ legend=”false” titles=”Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bidor” values=”14,9,9,5″]
Baiklah, untuk tempoh kita yang lagi beberapa hari nak puasa ni. Saya nak kongsikan tempat terbaik untuk family day di bawah ini dahulu. Panjang juga senarainya kalau saya tambahkan semuanya. Jadi untuk permulaan ini saya hanya pilih tempat yang paling banyak mendapat pungutan suevey sahaja.
Dan terakhir, saya juga tak selitkan gambar sekali dalam post ini untuk menggelakan artikel akan jadi serabut dengan gambar yang terlalu banyak. Jadi kalau nak tengok gambar dan lokasi, dan butiran berkenaan tempat tempat dibawah ni, anda hanya perlu klik link yang saya sudah itu sahja.
Saya terkonsius sikit, Bagan Datoh atau Bagan Datuk. Sebab rasanya Bagan Datoh dulu. Google punya google, rupanya baru tukar kepada Bagan Datuk, sejajar dengan penukaran status daerah baru di negeri Perak, yang ke 12.
Bagan Datuk ni bukanlah besar sangat. Sebabkan tak besar, mungkin itu sebab jugalah tempat menariknya pun macam tak berapa nak ada. Ataupun mungkin tempat menariknya ada tapi tak diselenggara dengan baik, contoh macam Jeti Beras Basah. So tempat untuk family day pun saya tak dapat nak cari yang boleh kata terbaik untuk pengunjung TeamTravel. Itu sebab jugalah saya terpaksa rekemen 2 tempat yang agak jauh sikit iaitu Zamita Resort, Rick Resort di Teluk Intan.
Ipoh, memang saya jangka akan dapat banyak permintaan. Sebab saya pun ada macam tercari cari untuk bawa family nanti. Untuk Ipoh, dan mungkin juga di tempat tempat lain saya tak semestinya akan rekemen chalet, resort sahaja ya. Sebab ada juga hotel yang sesuai untuk buat family day. Mungkin disebabkan tempatnya yang cantik dan ada aktiviti lain disekitarnya.
Alright? terpulang kepada anda untuk pilih yang mana satu, nanti kalau ada yang menarik saya akan tambah lagi. Atau pun saya akan tambah dalam directory tempat menarik teamtravel di homepage.
Lama saya tak balik Slim River, dulu saya sekolah di Sekolah Men. Teknik Slim River. Tahun 2004 dan 2005.
Kenangan saya di Tapah, time budak budak dulu, takut betul nak duk lama di bus station Tapah, kita muka jambu. Sekarang ni ja muka violence sikit. Untuk tempat family day di Tapah saya rekemen jauh sikit ya. Kalau ada yang tahu lebih dekat atau memang dalam area Tapah minta komen dibawah saya akan masukkan dalam directory.
Lumut memang banyak tempat menarik. Banyak sangat, dengan Marina Bay lagi. Pantai pun ada sekurang kurangnya dua, kalau dulu saya biasa pergi Teluk Batik dan Teluk Senangin.
OK tak? Jum jalan jalan sebelum puasa. Saya pun tengah tempah tiket nak ke Langkawi ni.
*saya memang orang Perak, di Simpang Pulai. Tapi stay di Kedah. So bolehlah ke Langkawi ikut Kuala Kedah, anda jangan lagi. Stay dulu di Perak. Nanti dah green light, atau kalau sudah cucuk 2x vaksin baru boleh keluar negerikan!!
Baiklah, itu sahaja. Terima Kasih
Agak agak bila kita cucuk vaksin? Saya tak sabar ni. Terganggu masa sebab nak ke Cameron rasanya. Nak update tempat menarik di sana pula. Sebab dah lama tak pergi. 2016 dulu memang naik saja. Sebab saya pun masih tinggal di Simpang Pulai lagi.