Hotel

39 Chalet/Hotel Ada Kolam Renang di Terengganu [AWESOME!]

Bercuti di Terengganu adalah pilihan yang tepat. Negeri yang kaya dengan tarikan semula jadi seperti pantai dan pulau ini cukup memukau dan mampu menenangkan fikiran pada hujung minggu. Anda dah pilih ke hotel atau chalet untuk menginap? Kalau anda mencari chalet ada kolam renang di Terengganu, memang banyak. Kami bantu anda dengan menyenaraikan resort dan chalet menarik dan sesuai dengan bajet sederhana.

[perfect_survey id=”8004″]

DUNGUN

Ulek Beach Resort

Daerah Dungun tidak kirang juga hebatnya. Terletak di pesisir pantai dan tidak jauh dari bandar Kuantan. Ulek Beach Resort boleh dikatakan tempat percutian tepi pantai yang sempurna buat anda sekeluarga.

Lengkap dengan segala kemudahan seperti restoran, pusat urutan, wifi percuma, bilik yang selesa, dan banyak lagi.

Dengan menggabungkan konsep tradisional dan moden, resort ini bakal memberikan pengalaman percutian yang tenang dan menyeronokkan.

Tambahan pula, kolam renang yang luas membolehkan anda sekeluarga bersantai. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, usah risau kerana pihak resort turut menyediakan kolam kanak-kanak yang cetek.

Tempat: Ulek Beach Resort

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM227

Kemudahan

  • Restoran
  • Wifi percuma
  • Spa
  • Snorkeling di PulauTenggol (harga berasingan)

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Casa Tanjung Jara

Terletak di Pantai Tanjung Biadara, Casa Tanjung Bidara menyediakan penginapan jenis villa/homestay unik dan selesa untuk tetamu. Ia menggabungkan kontena terpakai untuk menaikkan seri landskap.

Malah, dua buah kolam renang yang luas di hadapan bilik juga memberikan mood percutian nyaman. Kalau anda mencari homestay Dungun ada kolam renang, di sinilah jawapannya.

Paling mencuri perhatian adalah hiasan dalaman biliknya. Cukup moden dengan sentuhan kemewahan. Susun atur perabot juga menaikkan seri bilik.

Tempat: Casa Tanjung Jara

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM270

Kemudahan

  • Kolam renang, BBQ, wifi, taman

Aktiviti menarik

  • Mandi pantai, mandi kolam
  • Snorkeling, berbasikal (harga berasingan)
  • Memancing

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Tanjong Jara Resort

Inginkan penginapan eksklusif? Tanjung Jara Resort adalah pilihan yang sangat sesuai. Lebih kurang sama sama level dengan Villapadu di Kuala Terengganu. Berkonsepkan ala ala binaan traditional melayu.

Ada 6 jenis bilik yang setiapnya akan dapat pemandangan garden/taman atau pun pantai. Di Tanjung Jara Resort ini pun aktiviti macam macam anda boleh buat, antaranya yang unik, yang jarang ada di penginapan lain ialah diving.

Tempat: Tanjong Jara Resort

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM540

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

The Retreat Tanjung Jara

Jangan tersalah tempat ya. Mula mula kami ingatkan The Retreat Tanjung Jara ini adalah sama dengan Tanjung Jara Resort. Tapi ternyata memang lainlah, malahan konsep penginapannya pun lain. Untuk anda jangan risau, kita dah setkan google map dan booking link yang betul. Jadi kalau apa apa, boleh terus klik link google map untuk check location. Lagi satu yang namanya lebih kurang, Casa Tanjung Jara, semuanya sudah kami tetapkan location.

Tanjung Jara Resort lebih seperti resort. Maksudnya anda akan dapat juga facility yang disediakan pihak pengurusan.

Kalau yang The Retreat Tanjung Jara ini seperti macam Motel. Hotel akan ada banyak bilik, macam ini Motel sahaja, sebab bilik tak sebanyak macam di Hotel. Tapi yang pasti, memang ada kolam renang, dan The Retreat Tanjung Jara ini pun menghadap pantai macam Tanjung Jara Resort juga.

Tempat: The Retreat Tanjung Jara

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM150

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Facebook

PERMATA RESORT

Permata Resort ini mula mula saya ingatkan ianya sebuah homestay. Tapi lepas amatan saya dan jawapan daripada admin Permata Resort sendiri yang kami contact, ia lebih kurang macam The Retreat Tanjung Jara. Harga satu bilik serendah RM 120, nampak macam semuanya facing pantai.

Dan ya, cantik swimming pool di Permata Resort ni.

Tempat: PERMATA RESORT

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM126

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Old Klang Road Homestay Dungun

Ok kali ini, memang betul betul homestay. Ada 3 jenis bilik penginapan, Lubuk China, RM 230 untuk 3 bilik. Lot pantai, RM 170 ada dua bilik. Dan satu bilik studio dengan 1 queen bed, Ladang Titian RM 100. Untuk swimming pool mungkin anda kena perhatikan videonya di facebook Old Klang Road Homestay ini.

Sebab bagi saya nampak macam kecil sahaja. kanak kanak sangat sesuai.

Tempat: Old Klang Road Homestay Dungun

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM100

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Nami by the Sea: Beachfront Cabin Homes

Nami by the sea ini adalah penginapan dalam cabin. Dengan keluasan hampir separuh ekar, atau 20 000 sqft, tenang untuk anda spend masa dengan family disini sambil BBQ.

Tempat: Nami by the Sea

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM392

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

BESUT

Layaran Chalet

Chalet terbaik untuk family day pada hujung minggu. Dengan kepelbagaian jenis bilik, anda boleh pilih yang masa bersesuaian dengan keluarga.

Setiap bilik dilengkap dengan penghawa dingin, katil empuk, air pancuran, tuala, dan pembancuh kopi.

Jangan lepaskan peluang untuk berendam di kolam renang mereka yang luas. Kolam yang cetek juga tersedia untuk si cilik.

Tetamu juga boleh bersantai di tepi pantai. Pondok dan buaian yang menghadap Laut China Selatan sudah tersedia buat anda.

Layaran Chalet juga sesuai dijadikan tempat untuk kem motivasi dan seminar. Dewan, dan peralatan diperlukan juga sedia untuk digunakan.

Tempat: Layaran Chalet

Lokasi: Google Map

Harga bilik: dari RM89

Aktiviti menarik:

  • Mandi pantai, berkelah, karaoke, BBQ
  • Mandi kolam

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Facebook

Manor Beach Resort

Penginapan jenis kotej kayu ini sunggu unik. Landskap dan kawasannya yang dipenuhi pohon-pohon menghijau menjadikan resort ini begitu redup dan nyaman.

Dengan harga serendah RM191 semalam anda boleh menikmati pelbagai kemudahan di sini khususnya kolam renang yang luas.

Bilik-biliknya juga selesa dan mempunyai sentuhan kemewahan pada harga bajet.

Tambahan pula, Manor Beach Resort turut mempunyai restoran mereka sendiri. Tidak perlu fikir lagi soal makanan.

Tempat: Manor Beach Resort

Lokasi: Google Map

Harga: RM191

Aktiviti menarik:

  • Mandi kolam
  • Perkhidmatan One-day trip ke Pulau Perhentian

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

Tok Aman Bali Beach Resort

Tok Aman Bali ini besar juga swimming poolnya. Paling best, bila pihak pengurusan buka gerai berhadapan dengan swimming pool time dinner. Tak pasti hari yang kami datang beberapa tahun lepas mereka plan buka gerai begitu. Tapi kalau anda datang dan mereka buat lagi macam tu, memang best.

Penginapan pun selesa. Biliknya pun luas. Untuk penginapan hotel, pilihan utama ialah sama ada menghadap swimming pool ataupun menghadap tasek. Yang kami pilih hari tu, menghadap swimming pool, di tingkat dua.

Ada juga yang boat pedal itik untuk anda naik, kalau tak silap ianya percuma. Oh ya, Tok Aman Bali ini ikutkan berada di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Tapi macam tak berapa jauh pun dengan Besut, jadi saya masukkan sekali. Lebih kurang 10 minit sahaja drive.

Tempat: Tok Aman Bali Beach Resort

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM300

Kemudahan

  • Restoran
  • Wifi percuma
  • Spa
  • pool
  • tub mandi

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

D MIMPI HOME

Mimpi Home macam ni memang best kalau anda buat percutian dengan family. Mungkin ada nak datang sini sebab kenduri kahwin contohnya, boleh menginap di homestay ni. Homestay kita ni sebenarnya banyak yang dah berusaha untuk menyediakan swimming pool sekali. Kalau di Kedah pun dah banyak yang buat.

Termasuk juga dengan di Mimpi Home di Besut ini.

Homestay ini ada 3 bilik, setiap 3 biliknya ada katil saiz queen.

Tempat: D MIMPI HOME

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM339

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

KUALA TERENGGANU

Ikutkan pada survey kami yang sudah, kebanyakan pengunjung nak cari penginapan yang ada swimming pool paling banyak di Kuala Terengganu.

Untuk itu kami dah kumpulkan kesemuanya di page khas, total ada 24 tempat, tak sesuai kalau kita campur dalam senarai ini.

>>> 24 Hotel Di Kuala Terengganu Yang Ada Swimming Pool <<<

KUALA BERANG

Warisan Pahlawan Resort

Resort yang cukup unik dan memiliki keistimewaanya yang tersendiri. Senibina dan landskap Warisan Pahlawan Resort menjadi daya penarik terhadap kehadiran tetamu di sini.

Senibina Melayu Terengganu ini cukup gah dan menggamit pandangan sesiapa sahaja. Persis Muzium Negeri Terengganu, ia juga lengkap dnegan segala macam kemudahan yang diperlukan untuk percutian sempurna.

Bilik-biliknya selesa dan hiasanya bakal memberikan anda pengalaman yang berbeza.

Kolam renang luas yang berada di tengah-tengah kawasan ini juga boleh dijadikan tempat bersantai. Tak banyak kolam renang Kuala Berang. Ini sahaja yang kami jumpa.

Ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar keluarga dek kerana latar belakangnya yang klasik.

Tempat: Warisan Pahlawan Resort

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM60

Aktiviti menarik:

  • Sukaneka
  • Berkayak
  • Berenang

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Facebook

The Pine House

The Pine House ini juga seperti homestay di Mimpi Home, cuma ini option untuk mereka yang berada di Kuala Berang pula. Kalau yang di Mimpi Home 3 bilik, yang ini 4 bilik, dengan harga RM 393 untuk satu malam.

Tempat: The Pine House

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM393

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Kl

The Serai Cottage (Boutique Hotel)

The Serai Cottage, terletak di jalan utama Kuala Berang. So anda tak perlu nak masuk ke kawasan yang dalam dalam untuk sampai ke sini. Sebabkan ia dijalan utama, kemudahan lain macam bank, 7e, DIY atau kedai makan yang lain anda boleh cuba juga andai kata nak tukar selera daripada apa yang biasa disajikan disini.

Tapi kalau di Serai Cottage ni nasi dagangnya memang menjadi pilihan utama mereka yang hadir. Dan breakfast disini pun FREE.

Tempat: The Serai Cottage (Boutique Hotel)

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM157

Kemudahan

  • Restoran
  • Wifi percuma
  • Spa
  • pool
  • tub mandi

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Klook

MARANG

Duta Ria Beach Resort

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan resort di Marang ini. Untuk mereka yang berbajet kecil, memilih untuk menghabiskan hujung minggu di Duta Ria Beach Resort adalah pilihan tepat.

Biarpun pada harga bajet, anda masih lagi boleh menikmati pelbagai fasiliti dan keselesaan bak resort empat bintang. Dan sebenarnya Duta Ria Beach Resort ini banyak kali menjadi pilihan untuk buat team building atau team gathering dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Hari keluarga pun ada dibuat disini. Anda boleh tengok sendiri di facebook.

Mereka menyediakan pelbagai jenis bilik pada harga berbeza, puluhan aktiviti outdoor menarik, dan yang paling penting ada kolam renang!

Anak-anak pasti suka sekiranya dapat berendam dalam kolam dingin ini.

Selain itu, ia juga sesuai untuk mengadakan family day, seminar, kem motivasi atau seumpamanya. Segala keperluan disediakan.

Tempat: Duta Ria Beach Resort

Lokasi: Google Map

Aktiviti menarik:

  • Mandi pantai, berkelah, BBQ
  • Sukaneka
  • Bola tampar

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Facebook

GONG BADAK

D Cottage

Sekiranya ingin bercuti di sekitar Gong Badak, kami sarankan anda cuba menginap di homestay D Cottage. Dari luar ia kelihatan seperti rumah perumahan biasa. Tetapi ia merupakan homestay indah, lengkap dnegan kemudahan dan hiasan yang cantik.

Malah, siap ada kolam renang di belakang rumah! Anak-anak pasti suka. Susah nak cari penginapan ada kolam renang di Gong Badak tau!

Ia hanya mempunyai dua bilik dan menyewanya pada kadar serendah RM80 semalam sahaja. Akan tetapi anda pasti akan berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan. Oh ya, ini merupakan homestay Kuala Terengganu ada kolam mandi. Cepat-cepat book!

Tempat: D Cottage

Lokasi: Google Map

Harga: dari RM80

Kemudahan:

  • Wifi percuma
  • Dapur yang berfungsi
  • Tilam tambahan

〈 Untuk Tempahan 〉

Booking | Agoda | Instagram

Menarik juga chalet ada kolam renang di Terengganu ni. Setiap satunya memiliki keistimewaan masing masing. Semoga artikel ini dapat memilih penginapan sesuai dengan keluarga dan bajet anda. Selamat bercuti!

5 Replies to 39 Chalet/Hotel Ada Kolam Renang di Terengganu [AWESOME!]

  1. saya mencari chalet atau homestay yang ada kolam renang 4 dewasa dan kanak2 2 org

  2. Bersama keluarga 6 dewasa 2 kanak kanak berumur dari 9-3 tahun yg berdekatan pasar payang dan jambatan angkat

  3. saya mencari chalet atau resort yang ada kolam dan dekat dengan pantai di area Terengganu untuk 26-28 Diec 2021 ni

  4. Nak cari penginapan untuk memudahkan bapa saya yang berkerusi roda,kerana bapa saya tidak mempunyai kaki lagi ada x min?

    1. salam, boleh je, masa search hotel kat booking.com, select features atau option atau setting, yang tulis wheelchair friendly. lupa dah saya exact keywordnya apa. tapi memang ada function untuk kita select kat booking kalau nak guna kerusi roda untuk oku

Leave a Reply to Julia binti jamaludin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!