Tempat Makan

6 Restoran Western Food di Bangi yang Sedap

Nak tahu port western food Bangi yang paling menarik? Menarik dari segi keenakan, menu yang ditawarkan, serta harga yang berpatutan? Anda datang ke artikel yang tepat. Memandangkan banyak kawasan perumahan serta UKM pula terletak di Bangi, maka banyaklah tempat makan menarik ada di kawasan sekitar.

Lebih-lebih lagi hidangan western yang sememangnya menjadi kegemaran setiap golongan. Sekiranya anda berada di sekitar Bangi, singgahlah ke salah satu restoran western yang kami senaraikan di bawah.

#1 Deen’z Kitchen Cafe

Kami mulakan senarai ini dengan Deen’z Kitchen Cafe yang terletak di Taman Jernang Jaya. Ia agak popular dikalangan penduduk tempatan kerana menawarkan hidangan western yang murah.

Semua jenis masakan western dijual di sini. Menu yang menarik perhatian ramai adalah Nasi Lemak Chicke Chop DK. Ia merupakan nasi lemak yang berlaukkan ayam chicken chop. Di makan pula dengan dua kuah berbeza.

Cafe best di Bangi ini turut menyediakan seafood lambak yang turut menjadi kegilaan pelanggan.

Alamat: No 17, Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya., Teras Jernang, 43650 Bangi

#2 Grato Plus Bangi

Agak sukar untuk mencar restoran yang menyediakan hidangan western yang asli. Kerana resepi diubah supaya kena dengan selera can citarasa orang Malaysia.

Tetapi sekiranya anda ke Grato Plus, segala menu yang disediakan adalah pure dari negara Barat khususnya Italian Food.

Menu popular di sini adalah Spicy Lamb Pasta, Chicken Steak with Pasta, dan nachos.

Minuman yang ditawarkan juga menarik dan dihidangkan dalam gelas bersaiz besar. Jadi berbaloilah dnegan harganya.

Waktu operasi: 4 pm – 11 pm

Alamat: 6, Jalan 3/7, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#3 Pavilion Steak and Grill

Apa yang menarik di sini adalah kepelbagaian menu dan harga yang ditawarkan. Anda boleh memilih menu chicken chop yang berharga RM11 sahaja. Portionnya agak besar, ayamnya segar dan rangup.

wanderlustdj.blogspot.com

Inginkan menu yang lebih fancy di hari gaji? Kami cadangkan Baked Lobster yang dimasak menggunakan tiga cara iaitu with cheese, chilli, dan BBQ.

Hidangan asli Itali seperti pizza segar dan lasagna turut terdapat dalam menu. Hah, jangan terkejut kalau Pavilion Steak Grill turut menawarkan nasi mandi dan kebab!

Waktu operasi: 12 pm 1 am

Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bangi, Selangor

#4 Red Card Cafe

Banyak betul restoran western food Bangi yang boleh anda cuba. Seterusnya kami cadangkan Red Card Cafe. Di sini, pelbagai jenis masakan barat yang boleh anda rasai.

muncity.blogspot.com

Seperti spaghetti & meatball, mixed grill, sirloin steak, lamb chop, grilled salmon, dan lain lain. Tidak cukup dengan makanan western, mereka turut menawarkan hidangan ala Thai seperti tomyum untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Tidak hairanlah jika Red Card Cafe ini menjadi tempat makan menarik di Bandar Baru Bangi.

Waktu operasi: 12 pm – 11 pm | tutup pada Isnin

Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#5 Port Cafe Bangi

Kalau nak tahu, Port Cafe menjadi pilihan program tv popular Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kerana keenakannya.

Apa yang menarik di sini adalah kepelbagaian masakan barat, Arab, serta hidangan tempatan.

Nasi mandy ayam dan kambing memang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Ini kerana portionnya besar dan sangat berpatutan.

Rasai juga chicken steak dan lamb chop di sini.

Waktu operasi: 10 am – 11 pm

Alamat: No, 76, Jalan medan PBIA, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

#6 Denali & Pinnacles The Wanderer’s cafe

Boleh tahan juga Denali & Pinnacles The Wanderer’s cafe. Menunya semua memikat hati. Lebih-lebih lagi apabila ia dihias cantik dan Instagram friendly.

Menu menarik di sini adalah Lamb with butter rice. Anda akan dapat sekeping daging kambing, grilled vege, mashed potatoes, dan butter rice yang menyelerakan.

Kepelbagaian jenis pasta juga bakal membuatkan anda rambang mata. Antara pasta yang disediakan adalah Creamy Garlic Basil, Spicy Provencal Linguine, dan Spicy Sriracha Linguine.

eznakhalili.com

Apa yang membuatkan restoran ini unik adalah kerana ia buka di bahagian rooftop. Menarik juga untuk anda yang inginkan tempat makan terbuka dan ingin lepak bersama rakan.

Hiasan dalamannya juga cantik

Waktu operasi: 5 pm – 2 am | tutup pada Selasa

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi

Bukan main banyak lagi restoran western food Bangi yang boleh anda terjah. Semua menu menarik manakala harganya juga berbaloi dengan portion dan rasa. Kalau anda ada idea lain, sertakan dalam ruangan komen di bawah ya?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!