Hotel, Tempat Menarik

Villa untuk Family Day di Pahang

Berpeluang untuk meraikan family sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap keluarga. Inilah masanya untuk anda meluangkan masa dengan yang tersayang selepas sibuk dengan urusan kerja dan pembelajaran. Memilih negeri Pahang sebagai destinasi percutian adalah idea yang bernas. Banyak lokasi best di negeri ini. Jadi, kami akan kongsikan beberapa villa untuk family day di Pahang untuk anda pilih.

Sebenarnya kalau nak senaraikan villa memang tak banyak. Ada sejumlah homestay tetapi tidak mempunyai banyak kelengkapan untuk family day. Jadi, lokasi yang bakal kami senaraikan ini turut meliputi homestay, resort atau chalet yang berpatutan, serta penginapan yang ada swimming pool.

#1 Casa Titik, Cherating

Terletak di pesisiran pantai popular, Cherating. Casa Titik menawarkan percutian menarik untuk anda sekeluarga. Dengan villa yang mempunyai senibina Sepanyol, pastinya akan memberikan pengalaman percutian yang berbeza buat anda sekeluarga.

Menariknya, villa ini mempunyai 10 buah bilik yang lengkap dengan penghawa dingin, katil empuk, dan penghawa dingin. Malah hiasan dalamannya juga menarik. Cukup ringkas dan membuatkan anda seolah berada dirumah sendiri.

Kemudahan yang disediakan memang tip top! Seperti:

  • Dapur
  • Jakuzi
  • Wifi percuma
  • Snooker
  • Kolam renang
  • Bilik bacaan
  • Kelengkapan karaoke
  • Tv dengan perkhidmatan tv satelit

Villa ini terletak di tepi pantai membolehkan anda melakukan ativiti pantai seperti mandi manda, bermain layang-layang, berkelah, dan lain-lain.

Untuk pengetahuan, anda tidak perlu sewa sebuah vila, tetapi sewa bilik yang anda perlukan sahaja. Harga mengikut jenis bilik.

Harga: dari RM159 semalam

Hubungi: http://www.casatitik.com  |  019-938 9620

Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

#2 Eight Acres, Raub

Menjadi salah satu tempat menarik di Raub. Eight Acres menawarkan percutian di dalam kebun buah buahan yang selesa.

Merupakan sebuah resort mesra alam sekitar di mana ia dibina di tengah-tengah kebun buah-buahan, ladang kelapa sawit, dan ladang getah di Raub. Seni binanya juga menarik iaitu mempunyai sentuhan moden kontemporari.

Anda pasti terpegun dengan senibinanya yang moden dan agak mewah ini. Malah terdapat tasik buatan yang membolehkan tetapu menaiki kayak dan paddle boat.

Berkunjung ke sini pada musim buah buahan pastinya menyeronokkan. Anda boleh petik sendiri buah duku, rambutan, dan manggis. Durian pun ada tau.

Hubungi: 03-78775048

Alamat: Lot 7822, Mukim Gali, Off Jalan Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang

#3 Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort

Pasti anda pernah dengar akan nama tempat ini kan? Cukup popular, ia merupakan sebuah resort ekslusif di tengah-tengah hutan belantara.

Tanah Aina mengamalkan konsep back to basic di mana hanya menggunakan penggunaan teknologi secara minimum. Maknanya tiada wifi.

Malah mereka sendiri mengajar tetamu untuk cintakan alam sekitar dengan mengadakan program tanaman mandi sungai dan lain-lain.

Walau bagaimanapu, anda tetap dapat menginap dalam keadaan yang penuh selesa. Bilik lengkap dengan kemudahan asas dan tilam yang empuk.

Aktiviti menarik di Tanah Aina

  • Memancing
  • Jungle trekking
  • Organic Farming
  • River trekking
  • Mandi air terjun
  • BBQ

Tempat menarik di Bentong ini menyediakan pelbagai jenis bilik. Seperti jenis chalet, khemah, dan suite mewah.

Kalau anda pilih jenis chalet atau suite, ia juga boleh dijadikan sebagai villa untuk family day di Pahang. Kan?

Tanah Aina turut menyediakan khemah khas untuk mereka yang ingin berkhemah. Kawasan lapang yang selamat serta beberapa kemudahan untuk mereka yang inginkan adventure.

Laman web: https://www.tanahaina.com/farrah-soraya/

Alamat: 8, 27600 Raub, Pahang

#4 Teratak Malaya, Janda Baik

Tempat menarik untuk family day di Pahang yang seterusnya adalah Teratak Malaya yang terletak di Janda Baik.

Pengalaman menginap dalam suasana kampung yang nyaman ini sudah tentu memberikan pengalaman berbeza buat warga kota. Apatah lagi Janda baik Cuma 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Teratak Malaya merupakan salah satu chalet Janda Baik tepi sungai yang menjadi pilihan ramai.

Dengan adanya beberapa buah chalet sudah tentu dapat memuatkan keluarga besar anda.

Anak sungai yang mengalir di tepi chalet membolehkan anda dan keluarga merasa untuk mandi sungai. Airnya sejuk dan bersih. Malah, airnya cetek sahaja. Sesuai untuk anak-anak kecil.

Aktiviti:

  • Mandi sungai
  • Jungle trekking
  • Memancing

Facebook: https://www.facebook.com/teratakmalaya/

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

#5 Hawa Resort

Merupakan salah satu tempat menarik di Bentong kerana menyediakan penginapan selesa dan penuh dengan kemudahan. Bahkan, ia tempat menarik untuk family day dan company.

Dengan persekitaran yang nyaman dan udara yang bersih, anda dapat meluangkan masa dengan keluarga dengan seronok. Penginapan yang selesa dan fasiliti serba lengkap menambahkan lagi keceriaan bersama yang tersayang.

Luangkan masa dengan melakukan aktiviti outdoor seperti bermain badminton, mandi sungai, jungle trekking, memancing, dan banyak lagi.

Kalau nak tahu, suhu waktu tengah hari di sini Cuma 22 hingg 28 celcius sahaja.

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Hawa-ResortJanda-BaikPahang/210348458985512

Alamat: Kg Chemperoh, Janda Baik 28750 Bentong, Pahang

#6 De Rhu Beach Resort

Pantai Balok merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang sentiasa menjadi perhatian pelancong. Keindahan pantai dan deretan pohon rhu yang melambai menceriakan petang anda.

De Rhu Beach Resort pun adalah penginapa berdekatan yang penuh dengan kemudahan asas dan cukup selesa. Luas, sangat sesuai untuk family day.

Untuk pengetahuan, De Rhu Beach Resort menawarkan pakej family day untuk tetamu yang ingin meraikan hari minggu bersama keluarga.

Pakej family day ini merangkumi bilik, breakfast, lunch, dinner, dan pelbagai permainan menarik yang akan diuruskan pihak resort.

Rujuk laman web mereka untuk maklumat lanjut – https://derhu.com.my/family-package-b/

Alamat: Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang

#7 Comel Sea View Homestay

Penginapan jenis apartment. Anda boleh sewa satu atau dua unit mengikut kapasiti. Setiap unit hadir dengan tiga buah bilik tidur yang lengkap dengan katil empuk, selesa, penghawa dingin, dan tv.

Malah, dapurnya juga lengkap dengan perkakasan memasak sepert dapur gas, peti sejuk, kuali, periuk nasi, pembancuk kopi, dan lain-lain.

 

Menariknya, ia adalah homestay di Kuantan ada swimming pool. Anak-anak pasti suka. Luas, dan airnya jernih. Kalau anda memilih untuk mandi pantai pun boleh, kerana ia terletak di tepi pantai. Boleh jalan kaki sahaja.

Alang-alang berada di pusat bandar ini bolehlah anda melawat beberapa tempat menarik di Kuantan seperti Zoo Teruntum dan Teluk Cempedak.

Alamat: Block C, Apartment Sutravilla, 2, Lorong Pelindung Damai 5, 26100 Kuantan, Pahang

Itu antara tempat menarik untuk family day di Pahang. Menarik juga bukan? Kalau anda ingin cadangkan lokasi lain, boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!