Tempat Menarik

Hotel ada Kolam di Besut, Terengganu

The Manor Beach Resort Besut

The Manor Beach Resort ini terletak tidak jauh dari dari pekan Besut. Sekitar 8 minit pemanduan sahaja.

Penginapan ini memang ideal untuk anda bercuti bersama keluarga. Ini kerana ia terletak di tepi pantai dan hadir dengan kolam renang dewasa dan kanak-kanak.

Resort ini amat selesa diinap. Mempunyai 4 jenis bilik iaitu King, Double Deluxe, Triple dengan balkoni, dan chalet. Kesemuanya cantik, bersih dan selesa untuk penginapan tiga hari dua malam.

Apa yang menjadi daya tarik resort ini adalah ia berkonsepkan Melayu klasik. Sesuai sangat untuk warga kota datang merehatkan minda pada hujung minggu.

Rata rata mereka yang meninggalkan review di resort ini berpuas hati dengan layanan staff dan kemudahan yang disediakan.

Kemudahan:

  • Kolam renang
  • Cafe

Tempat menarik berdekatan:

  • Pantai Air Tawar – 800 meter
  • Pantai Bukit Kluang – 1.4 km

Harga bilik: dari RM179 semalam

Lokasi: Google Map

Bukit Keluang Beach Resort

Memandangkan cuma ada satu sahaja resort/hotel yang ada swimming pool di Besut, kami cadangkan resort yang berada di kawasan sekitarnya. Contohnya di Bukit Keluang yang cuma 11 minit sahaja dari Besut.

Bukit Keluang Beach Resort ini terletak di Kampung Raja dan sering menjadi pilihan pelancong. Mana tidaknya, resort ini agak besar dan lengkap dengan segala kemudahan dan aktiviti menarik.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Bilik-bilik yang disediakan memang nice! Ala kampung, lengkap dengan taman permainan, restoran, dan dewan makan.

Kemudahan:

  • Taman permainan, carrom, snooker
  • Kolam renang
  • Spa
  • Restoran

Harga bilik: dari RM169

Lokasi: Google Map

Tanjung Demong Beach Resort

Terletak di Kampung Raja iaitu cuma 8 minit pemanduan dari Besut. Resort ini sering menjadi pilihan terutama untuk family day dan kursus.

Ini kerana mereka menyediakan pelbagai jenis bilik yang boleh tampung keluarga besar anda. Harganya juga amat berpatutan dan berbaloi kerana resort ini menyediakan kolam renang yang cukup besar untuk tetamu,

Anak-anak kecil pasti gembira kerana ada gelongsor terletak di tepi kolam.

Design resort ini biasa sahaja. Cukup sekadar lengkap dengan fasiliti, selesa dan bersih.

Aktiviti:

  • Mandi kolam, aktiviti pantai
  • Hiking, taman permainan, bola tampar
  • BBQ

Harga bilik: dari RM121

Lokasi: Google Maps

Itulah antara hotel yang ada kolam renang di Besut. Tak banyak penginapan yang ada fasiliti ini kerana mostly sudah terletak di tepi pantai. Pantai Terengganu memang cantik tau, anda boleh mandi manda dan berkelah.

Saya sertakan juga antara tempat menarik di Besut untuk rujukan:

  • Pantai Air Tawar
  • Kompleks Perikanan LKIM Besut
  • Pantai Bukit Keluang
  • Air Terjun Belatan
  • Pasar Tani Kuala Besut
  • La Hot Spring
  • Air Terjun Lata Tembakah
  • Nasi Dagang Hari Minggu Besut
  • Zul Ikan Bakar

Sempga artikel hotel ada kolam di Besut ini dapat membantu anda dalam merancang percutian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!