Tempat Menarik

10 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka (2024)

Anda pasti tidak akan bosan sekiranya bercuti di Melaka. Mana tidaknya, negeri ini kaya dengan khazanah eko pelancongan dari segi sejarah, tarikan semula jadi, keindahan pantai, dan hiburan untuk seisi keluarga. Beristirehat di Melaka akan menghilangkan penat dan stress kerja. Untuk itu, kami cadangkan beberapa tempat menarik untuk family day di Melaka.

Yelah, meluangkan masa bersama keluarga adalah terapi terbaik. Lokasinya juga haruslah mantap dari segi keselesaan, kelengkapan asas, aktiviti menarik, dan harga yang munasabah.

Jom lihat beberapa tempat menarik untuk family day di Melaka.

Limastiga Melaka

Terletak di Kampung Bukit Tembakau, Limastiga menawarkan percutian moden, mewah, dan digabungkan dengan senibina Melayu tradisional.

Lengkap dengan kelengkapan asas, selesa, serta dekat dengan tempat-tempat menarik, Limastiga adalah destinasi percutian yang sempurna untuk anda sekeluarga.

Mana tidaknya, terdapat dua buah kolam renang dan ia dikelilingi oleh unit rumah. Bangun pagi terus dapat berendam dalam kolam tanpa perlu berjalan jauh.

Penginapan anda pula lengkap dengan keperluan asas seperti dapur yang berfungsi dengan baik, penghawa dingin, ruang rehat, beranda, dan katil empuk.

Kemudahan:

  • Kolam renang, Wifi, peralatan BBQ, Karaoke (harga berasingan)

Hubungi: 6012-6604286 ( Siti )

Lokasi: Google Maps

Ayer Keroh D’Village

Lokasinya tidak jauh dari plaza tol Ayer Keroh, mudah untuk akses ke Lebuhraya Utara-Selatan. Ayer Keroh D’Village boleh dikatakan sebagai sempurna untuk anda jadikan sebagai tempat menarik untuk family day company.

Mereka menawarkan 4 jenis bilik iaitu Superior Twin Room, Superior Single Room, Standard Chalet, dan Family Chalet. Oleh itu, anda boleh pilih mana-mana bilik yang bersesuaian dengan kapasiti dan bajet.

Setiap bilik dilengkap dengan keperluan seperti katil empuk, penghawa dingin, pembancuk kopi, air mandi pancuran, dan lain-lain.

Anda juga boleh bersantai dan berenang di kolam renang besar bersama keluarga. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, jangan risau kerana anak-anak anda boleh bersuka ria dalam kolam cetek dan selamat.

Ayer Keroh D’Village juga memiliki dewan seminar yang luas dan lengkap dengan keperluan. Sesuai untuk company atau sekolah mengadakan seminar, kem motivasi, atau kursus seumpamanya.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Night Zoo Melaka – 2km
  • The Stadthuys – 9.2 km
  • Jonker Street – 9.1km
  • Dataran Pahlawan Melaka Megamall – 9.5km

Harga bilik: dari RM149

Lokasi: Google Maps

Melaka Garden Home 2 Stay

Klebang juga salah satu destinasi pelancongan popular di Melaka. Ada pantai yang cantik dan dekat pula dengan pusat bandar. Kalau ingin menginap di homestay, adanya kolam renang itu dikira bonus.

Melaka Garden Home 2 Stay merupakan homestay Klebang Melaka yang ada swimming pool. Dua buah kolam renang disediakan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Homestay bakal melengkapkan impian family day anda kerana banyak sekali aktiviti menarik yang ditawarkan.

Aktiviti menarik:

  • Berenang, bola tampat, badminton
  • BBQ, ATV

Hubungi: 013-6259256

Lokasi: Google Maps

Mereka Unit rumah pula lengkap dengan segala keperluan asas. Bak menginap di rumah sendiri.

Selain itu, Melaka Garden Home 2 Stay turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk anda pilih. Maklumat lanjut layari laman Facebook mereka di – https://www.facebook.com/melakagardenhome2stay/

Pak Lah Resort

Turut dikenali dengan nama Pak Lah Resort Near Ikan Bakai Umbai. Chalet di Umbai ini memberikan suasana percutian ala kampung yang mendamaikan. Chaletnya mempunyai sentuhan seni bina tradisional Melaka.

Malah, persekitarannya yang bersih dan landskap menawan memberikan rasa tenang buat tetamu.

Pak Lah Resort ini berada di kawasan restoran ikan bakar. Maka, banyaklah restoran seafood berdekatan. Seafood di sini segar dan menyelerakan. Maklumlah, ia dibeli terus dari nelayan berdekatan.

Dekat juga dengan pantai menarik di Melaka iaitu Pantai Klebang.

Hubungi: 014-736 6811

Lokasi: Google Maps

 

Tea Hill Homestay

 

Tempat menarik untuk family day di Melaka yang seterusnya sudah tentulah Tea Hill Homestay. Reka bentuk cottage comel ini pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Bahkan itu turut memiliki sentuhan ala Inggeris. Warnanya yang lembut turut menjadi nilai tambah keindahan homestay ini.

Terdapat empat unit homestay. Setiap satu daripadanya mempunyai dua buah katil dan lengkap seperti bilik hotel. Hiasan dalamannya juga cantik. Ringkas tetapi elegan.

Kolam renangnya yang luas sudah tentu dapat menceriakan percutian anda. Kolam renang untuk dewasa dan yang cetek untuk kanak-kanak.

Bukan senang nak cari homestay ada kolam renang di Melaka. Tea Hill Homestay adalah salah satu darinya yang cukup istimewa. Rugi kalau tak menginap di sini bersama keluarga besar anda.

Kemudahan:

  • Kolam renang, cafe (mengikut tempahan)
  • Peralatan BBQ
  • Padang bola
  • Peralatan memancing

Harga: dari RM240 semalam

Lokasi: Google Maps

Andjungseri Cottage Serkam

Lihat kolam renangnya sahaja pun dah menggiurkan. Menginap di sini ibarat seperti menginap di rumah sendiri. Mana tidaknya, lengkap dengan segala jenis kemudahan untuk anda beristirehat pada hujung minggu.

Cottage ini menyediakan 3 buah bilik tidur, 3 bilik air. Cukup ideal buat family sederhana sekitar 13 orang. Malah, tilam tambahan juga disediakan.

Wifi, penyaman udara, dan basikal untuk anda keliling kampung.

Kemudahan:

  • Kelengkapan dapur
  • Kolam renang, BBQ, board game

Hubungi: 019-657 0942

Lokasi: Google Maps

Rumah Mak Embun

Homestay menarik di Melaka seterusnya adalah Rumah Mak Embun. Sesuai buat mereka yang mendambakan percutian ala kampung kerana homestay ini dikelilingi kebun buah yang mendamaikan di Pernu, Melaka.

Terdapat 3 unit homestay di dalam premis ini iaitu Rumah Ibu, Rumah Tengah dan Rumah Bawah. Ketiga-tiga rumah ini bercirikan tradisional Melayu Melaka.

Aktiviti best sudah tentu mandi-manda di kolam renang yang mesra kanak-kanak. Sekiranya anda datang pada musim buah, anda berpeluang makan durian dan cempedak, dan rambutan.

Kemudahan:

  • Kolam renang, BBQ pit,
  • Wifi, Tv, mesin basuh

Blog:

Lokasi: Google Maps

Homesweet Homestay Jasin

Mendapat rating yang memuaskan di laman Booking. Homestay dengan 3 bilik tidur ini boleh menampung sehigga 10 orang ahli keluarga.

Tetamu bebas memasak memandangkan kemudahan dapurnya yang lengkap. Kamar tidur pula luas, selesa, hadir dengan penyaman udara.

Homestay ini agak jauh dengan Afamosa, namun usah risau kerana ia dekat dengan Kolam Air Panas Jasin (Jasin Inflatable Waterpark). Bukan sekadar kolam air panas tetapi ibarat taman tema air mini untuk anak-anak bermain.

Banyak kemudahan, kolam luas dan mesra kanak-kanak, malah harga tiket yang berpatutan. Cuma RM 12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.

Harga: RM308 semalam

Jarak dengan tempat menarik:

  • Kolam Air Panas Jasin – 3.9 km
  • Dataran Jasin – 5.7 km
  • Cendol Jasin – 4.8 km

Lokasi: Google Maps

Puteri Qashrina Chalet

Bagi yang mendambakan family day di Melaka tepi pantai, kami cadangkan anda ke Puteri Qashrina yang terletak betul-betul di persisiran Pantai Puteri.

Pada kami, chalet ini dah cuku sempurna buat anda yang nak meraikan hari keluarga keran pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan.

Chalet ini unik kerana terdapat sebuah cruise di atas darat sebaga daya penarik dan port bergambar. Disamping itu mereka turut menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut saiz keluarga dan bajet anda.

Dari segi aktiviti, memang tiptop. Chalet ini hadir dengan kolam renang, biik karaoke, laman untuk sukaneka, dan basikal. Tetamu juga bebas ke pantai.

Harga bilik: dari RM150

Aktiviti:

  • Mandi pantai, kolam renang
  • Karaoke, BBQ,
  • Taman permainan, berbasikal

Lokasi: Google Maps

Agrofarmstay @Skill-Tech

Lokasi percutian keluarga seterusnya adalah Resort Agrofarmstay di Durian Tunggal. Sebuah lagi resort yang dikelilingi oleh kebun durian dan kelapa sawit yang redup dan menyamankan.

Mereka menawarkan percutian ala kampung supaya anda boleh lari dari kebisingan kota.

Agrofarmstay adalah resort terbaik untuk family day, kursus, dan team building. Ini kerana kemudahan dan peralatan untuk aktiviti outdoor berada dalam keadaan memuaskan.

Contohnya:

  • Kolam renang
  • Tasik untuk aktiviti kayak, water rafting,
  • Berkuda
  • Rentas halangan

Disamping itu, pihak resort turut menawarkan pakej family day yang berpatutan. Anda boleh rujuk di sini – https://agrofarmstay.my/family-day-packages/

Lokasi: Google Maps

Menjadikan Melaka sebagai destinasi untuk family day adalah idea yang bernas. Banyak homestay dan chalet menarik. Bahkan anda boleh ke beberapa tempat menarik di Melaka seperti A’Famosa, Jonker Street, Menara Taming Sari dan banyak lagi. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!