Air Terjun

Air Terjun dan Tempat Mandi di Penang (2024)

Untuk pengetahuan, Pulau Pinang cuma memiliki 4 buah air terjun iaitu:

  1. Air Terjun Titi Kerawang
  2. Air Terjun Teruna Dara
  3. Air Terjun Sungai Ara
  4. Chin Farm Waterfall

Jom lihat tarikan dan kelebihan setiap air terjun yang ada di Penang.

Air Terjun Titi Kerawang

Cukup popular dikalangan penduduk tempatan. Lokasinya pulak tidak jauh dari Batu Feringghi iaitu cuma 17 minit pemanduan dan 19 minit dari Teluk Bahang sahaja.

Apa yang membuatkan air terjun ini menarik perhatian adalah anda tidak perlu berjalan jauh dari tempat letak kereta. Cuma sekitar 100 meter sahaja dari jalan utama, dan tidak perlu melalui laluan yang sukar.

Kawasannya landai dan bersih. Sesuai kalau anda sekadar nak mandi di kolam. Batu-batuan di sini agak licin, hati-hati sekiranya ada anak kecil.

Lokasi: Google Maps

Jarak dari tempat menarik:

  • Teluk Bahang – 18 minit
  • Queensbay Mall – 37 minit
  • Batu Feringghi – 33 minit
Air Terjun Teruna Dara

Yang suka hiking, Air Terjun Teruna Dara ini amat sesuai untuk anda. Laluan menuju ke air terjun memerlukan sekitar 1 jam perjalanan dari tempat letak kereta. Selain itu anda perlu melalui sebuah perkampungan.

Air terjun ini tidak mempunyai kemudahan seperti tandas, tempat persalinan, atau gazebo. Just pure nature. Sampainya kawasan air terjun, segala penat lelah pendakian anda akan hilang kerana dapat lihat keindahan alam semula jadi dan mandi-manda dalam air yang sejuk.

Tempat menarik berdekatan:

  • Saanen Dairy Goat Farm – 4.2 km
  • Entopia by Penang Butterfly Farm – 12 km
Air Terjun Sungai Ara

Tidak jauh dari bandar iaitu cuma 12 km dari pusat bandar. AIr Terjun Ara ini pernah viral di mana airnya biru jernih dan persekitaran yang subur dan redup. Sesuai sekali untuk anda sekeluarga mandi-manda terutama pada musim panas.

Laluan untuk ke kawasan air terjun juga mudah diakses, malah ada yang melalui denai dengan motosikal. Hiking sekitar 5 minit pun dah boleh sampai.

Disamping itu, banyak kolam-kolam semula jadi yang sesuai untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, keudahan asas seperti tandas dan tempat persalinan tidak disediakan. Mungkin memelihara kehijauan kawasan.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Komtar – 17 minit
  • Balik Pulau – 19 minit
  • Bukit Bendera – 50 minit
Chin Farm Waterfall

Terletak di Batu Feringhi, memuatkan ia tidak jauh dari beberapa lokasi tarikan pelancong lain seperti Adventure Zone, Teddy Museum, dan Tropical Spice Garden.

Perjalanan ke kawasan air terju agak jauh tetapi tidak terlalu mencabar. Great exercise for the weekend. Masih sesuai untuk kanak-kanak, tetapi tidak untuk warga emas.

Air terjun yang bertingkat-tingkat ini dan dikelilingi pokok yang menghijau pasti akan membuatkan anda terpesona.

Lokasi: Google Maps

Baca: 12 Tempat Menarik di Penang yang Percuma

Sekiranya anda ada cadangan tempat mandi di Penang yang lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

 

 

2 Replies to Air Terjun dan Tempat Mandi di Penang (2024)

  1. Assalamualikum
    Nak tanya ..ada lagi tak air terjun di titi kerawang dkt Penang . Terima kasih .

Leave a Reply to Shakiela Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!